Saturday 22 June 2013

KORBAN PERUBATAN TRADISIONAL






Oleh : HASLIN GAFFOR

SANDAKAN : Setelah sekian lama diburu kerana hempedu dan dagingnya, kini, beruang madu yang mendiami hutan Borneo, terus mendapat permintan tinggi dari seluruh dunia bagi tujuan perubatan tradisional dan untuk dijadikan hidangan eksotik, hingga menyebabkan populasinya menurun 30 peratus dalam tempoh tiga dekad lepas.

Pengasas dan ketua pengawai eksekutif Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC), Wong Siew Te berkata masyarakat pribumi, terutama di Borneo, percaya apabila seseekor beruang madu terjatuh, hempedunya akan terkeluar sendiri daripada pundi dan merebak ke seluruh tubuhnya untuk menyembuhkan kecederaan yang dialami haiwan ini.

"Beruang madu mampu memanjat pokok yang tinggi dan turun perlahan-lahan dari pokok itu. Tapi, apabila mendapati ia diburu manusia ketika berada di atas pokok, selalunya haiwan ini akan melungsur turun atau terus terjun. Jika tercedera, ia akan segera sembuh untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

"Barangkali, inilah yang menyebabkan ramai orang percaya fenomena itu berlaku kerana khasiat di dalam hempedu beruang madu yang merebak ke seluruh tubuhnya, akan menyembuhkan dengan segera kecederaan yang dialaminya. Inilah sebabnya beruang madu diburu untuk mendapatkan hempedunya, selain dagingnya," kata Wong.

Beliau berkata di sesetengah tempat di dunia, beruang hitam Asia dikurung secara kejam di dalam sangkar logam yang sempit untuk diambil hempedunya hingga selama 20 tahun dan akan dibunuh apabila ia sudah tidak mampu lagi menghasilkan cecair itu.

Walaupun di Malaysia tidak terdapat ladang ternakan beruang bagi tujuan mengambil hempedunya, namun hempedu haiwan ini mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

Inilah sebabnya pundi hempedu beruang, kapsul hempedu beruang dan produk hempedu lain dijual secara haram di kedai ubat tradisional.

"Berikutan permintaan ini, beruang madu terus menghadapi risiko untuk diburu di hutan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini bagi menimbulkan kesedaran semua pihak tentang nasib yang menimpa spesies beruang paling kecil di dunia ini.

Walaupun populasi sebenar beruang madu yang menghuni hutan Borneo tidak dapat dipastikan jumlahnya, namun statusnya sebagai spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah dan penyenaraiannya sebagai "rentan" dalam Senarai Merah The IUCN, tidak menghalang mereka yang memburunya daripada dikenakan hukuman.

Mengikut enakmen itu, mereka yang didapati memiliki beruang madu atau produknya, boleh dikenakan denda hingga RM50,000 atau dikenakan hukuman lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Wong berkata beruang madu terus diburu di Borneo kerana khasiat perubatan yang dipercayai dimilikinya, dan menurut laporan baru-baru ini, daging dan bahagian tubuh haiwan ini didapati dijual di sebuah pasar di Kapit, Sarawak.

Ancaman lain yang dihadapi beruang madu termasuk kehilangan habitat dan permintaan terhadap haiwan eksotik.

"Anak beruang madu memang comel dan oleh itu, mempunyai banyak permintaan. Untuk mendapatkan si anak, pemburu akan membunuh ibunya agar mereka tidak diserang. Apabila besar, anak beruang ini akan menjadi agresif dan berbahaya untuk dijadikan haiwan peliharaan.

"Inilah masanya mereka akan diserah kepada pihak berkuasa. Mereka hilang kemahiran hidup apabila dijadikan haiwan peliharaan kerana tidak dapat mempelajarinya daripada ibu masing-masing," katanya.

Beruang yang dirampas atau diserah kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah akan dihantar ke BSBCC yang terletak bersebelahan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Kini terdapat 28 beruang madu di pusat itu.

Kempen kesedaran akan ditingkatkan apabila BSBCC dibuka secara rasmi kepada orang ramai, mungkin pada awal tahun depan.

BSBCC merancang untuk mengadakan pungutan dana pada 20 Julai di Sandakan bagi menampung kos yang semakin meningkat untuk menjaga beruang madu yang dipelihara dalam kurungan, di samping untuk mengadakan kempen kesedaran.

Majlis makan malam untuk memungut derma ini yang bertemakan "Big Dreams, Little Bears" akan diserikan dengan sesi penerangan oleh Wong tentang perkembangan terkini haiwan berkenaan, di samping lelongan karya seni fotografi oleh Jonathan Tan serta persembahan oleh Jaclyn Victor, Gary Chow, Pink Tan dan Amir Yussof and Friends.

Satu tayangan percuma dokumentari dijadual diadakan pada 21 Julai di Sabah Hotel untuk 500 pelajar, guru dan wakil persatuan tempatan.

BSBCC adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 2008 melalui kerjasama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Land Empowerment Animals People (LEAP).

Antara penyumbang utama dana kepada BSBCC ialah Yayasan Sime Darby, Kementerian Pelancongan persekutuan, Sabah Tourism, Kementerian Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa pertubuhan tempatan dan asing lain. (Bernama)

1 comment:

  1. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete