MEGAH.....Bangunan
utama SMK Menggatal yang dijenamakan semula sebagai SMK Bandaraya masih
tersergam megah sekalipun berusia lebih tiga dekad.
Oleh : ZAKRI ZAKARIA
KOTA KINABALU : Mantan
Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Menggatal pada 1982, akan mengadakan pertemuan
bersejarah pada jam 10.30 pagi, 30 Jun 2013 (ahad) di Hotel Promenade Kota
Kinabalu sebelum mengadakan lawatan nostalgik ke sekolah yang mereka tinggalkan
31 tahun lalu untuk mengadakan kerja amal pada 1 Julai 2013.
Mesyuarat Khas Kerja Amal
Bekas Pelajar SMK Menggatal akan diadakan selepas Majlis Makan Tengahari '3 Dekad'
SMK Menggatal di Hotel Promenade yang akan turut disertai oleh Mantan Pengetua
SMK Menggatal, Nuri Udin.
Menurut Jurucakap Penganjur,
Mohd Rafih Mohd Said, majlis berkenaan amat penting untuk menemukan semula
semua pelajar Tingkatan Enam SMK Menggatal yang telah melakar pelbagai nama
dalam bidang masing-masing; sebahagian besar mereka belum menyertai Alumni SMK
Menggatal.
Setakat ini seramai 20 orang
bekas pelajar yang telah mengesahkan kehadiran mereka iaitu Omar Sarim Saidin, Fauziah
Mohd Din, Mutalib M.D, Hamir Zahari, Jarinah Ahmad, Ajanah Mohammad, Suardi
Suratman, Rosnani Untol, Jumaidah Harris, Lee Hai Fung, Ellen Empau, Zuraidah
Abdul Latif, Adi Zaini Ahmad, Mohd Rafih Mohd Said, Khairun Nisa, Mahmun
Sayadi, Mahali Yusin, Roni Kopit, Masly
Wahip dan Majus Munsing.
Menurut Rafih, pihaknya
masih berusaha untuk mengesan 14 lagi rakan yang tidak dapat dihubungi sejak 31
tahun lalu iaitu Jamilah Ahmad, Marian Guntingan, Dayang Seri Zaiton, Kartinah
Timbun, Sylvia Bernard, Japineh, Kuyupuh Gakit, Maria William, Azmi Abdul
Karim, Daim Guntingan, Sherkawi Maseri, Masri Ambikin, Masri Sarikol dan
Harlinah Momin.
Menurut Rafih, kesemua bekas
pelajar Tingkatan Enam 1982 SMK Menggatal berkenaan dikehendaki menghubungi
beliau di talian 019 5353101 untuk memastikan persediaan akhir dan program amal
berjalan lancar.
NOSTALGIK......Gambar
sebahagian pelajar Tingkat 6 1982 di SMK Menggatal.
No comments:
Post a Comment