Monday, 24 June 2013

RUPA MACAM DIA TAPI BUKAN DIA?







SEJUK....Adalah menyejukkan mata melihat dua pemimpin yang berlainan ideologi politik dan citarasa duduk semeja dan makan bersama.

Oleh : GABUNGAN NGO ISLAM

SENARIO ini berlaku di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah selesai upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi tadi, 24 Jun (Isnin).

Senario ini tidak terbayang boleh berlaku oleh penyokong-penyokong pembangkang yang hanya beberapa jam sebelum itu berguling-guling di atas jalanraya di hadapan bangunan Parlimen dan bertempur dengan pihak keselamatan.

Akhirnya sejumlah daripada penyokong tersebut ditangkap pihak polis kerana cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen.

Mereka yang terlibat sebelum itu sanggup bermalam dalam khemah di Padang Merbok dalam keadaan cuaca yang panas dan berjerebu yang amat merbahaya kepada kesihatan.

Ini semuanya tidak dipedulikan demi pengorbanan dan keyakinan kepada pemimpin agung mereka, Anwar.
Malah sehari sebelum itu juga, pemimpin terhebat mereka berucap berapi-api di atas pentas di Padang Merbok menghasut rakyat menentang kerajaan malah Ayatollah Husam Musa mengeluarkan fatwa syahid kepada siapa yang rela mengadai nyawa demi rasa sayang yang mendalam terhadap Anwar.

Ada di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang begitu taksub dan ekstrem sanggup mendirikan pusat pendaftaran bagi mereka yang mahu menjadi pengebom berani mati.

Begitulah hebat aura dan tarikan persona Anwar dengan dibantu oleh ulama tahi kucing seperti Husam yang mengabsahkan segala tindakan pembangkang walaupun ia bertentangan sekali dengan undang-undang mahupun logik dan akal manusia.

Sementara penyokong ‘Khalifah’ Anwar berhempas pulas menahan lapar dan dahaga di bawah matahari terik, Anwar pula bersenang-senang, gelak ketawa, riang ria bersama pemimpin negara yang sebelumnya dilaknat, dikutuk, dimaki, difitnah dan dicerca dengan pelbagai dakwa-dakwi.

Anwar nampak seolah-olah telah melupakan segala apa yang telah beliau hemburkan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Parlimen.

Malangnya topeng ang dipakai ini jarang boleh dilihat oleh penyokong-penyokongnya yang memilih untuk membontotinya membabi buta dengan menelan apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Mungkin mereka juga akan mempertikaikan kesahihan gambar yang menunjukkan Anwar makan tengahari dengan Perdana Menteri dengan mengatakan ‘rupa macam dia tapi bukan dia’.

49 comments:

  1. Tindakan kumpulan aktivis mengadakan demonstrasi dan protes di luar bangunan Parlimen adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menyifatkan mereka terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup melanggar batas undang-undang.

    ReplyDelete
  3. “Saya berharap semua pihak akur dengan undang-undang yang ditetapkan, pihak polis hanya menjalankan tanggunjawab mereka, jadi jangan ikutkan perasaan dan buat sesuatu yang melanggar undang-undang,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Zainuddin Ismail

    Sementara itu, Ahli Parlimen Jelebu, Zainudin Ismail pula berpendapat, aktivis perlu berfikiran matang kerana semua wakil rakyat yang hadir di Parlimen tidak berdepan sebarang masalah, malah bermanis muka menjayakan majlis angkat sumpah tersebut.

    ReplyDelete
  5. “Untuk pengetahuan peserta demonstrasi yang berbaring di luar sana, pemimpin tuan-tuan di dalam ini aman damai, manis-manis muka dan saling mengucap tahniah antara satu sama lain. Jadi mereka yang di luar sana itu fikirlah.

    ReplyDelete
  6. Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihak polis perlu membebaskan mereka yang ditahan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  7. Beliau juga mendakwa tidak mengetahui mengenai insiden yang berlaku di pekarangan luar bangunan Parlimen.

    ReplyDelete
  8. “Saya bantah penahanan mereka, kenapa nak tahan lepaskan sahajalah. Mereka bukan buat apa pun. Saya baru dapat laporan dan akan beri reaksi balas secepat mungkin,” katanya.

    ReplyDelete
  9. Tian Chua

    Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau lebih dikenali dengan panggilan Tian Chua berkata, pihak polis tidak sepatutnya menggunakan kekerasan untuk menyuraikan protes tersebut.

    ReplyDelete
  10. “Saya rasa kesal dengan penahanan yang dilakukan ke atas para peserta demonstrasi ini. Saya minta pihak polis agar membebaskan mereka kerana saya tidak nampak sebab untuk mereka ditahan,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, masalah ini boleh diseelsaikan dengan cara yang lebih baik tanpa menggunakan kekerasan.

    ReplyDelete
  12. Ketika para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat cuba menimbulkan kekecohan dengan 'kekuatan' seramai lebih kurang 200 orang di luar pekarangan bangunan Parlimen dan menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya pada pagi Isnin untuk ke tempat kerja terutama yang menggunakan laluan ke Damansara dari arah Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan seramai 89 orang, mengangkat sumpah jawatan masing-masing dengan penuh bersahaja dan selamba tanpa menghiraukan apa yang mereka laung-laungkan sebelum ini.

    ReplyDelete
  13. Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah pada jam 11:50 pagi dengan menyatakan bahawa:

    "Saya, Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan negara."

    ReplyDelete
  14. Sekaligus, kepala yang beria-ia benar mahukan demonstrasi menumbangkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya yang diselenggarakan oleh SPR, telah pun memperakui bahawa keputusan PRU13 tidaklah sebagaimana dakwaannya. Bahkan secara tidak langsung, dia sendiri telah memperakui keputusan PRU13 yang sebelum ini dipertikaikan.

    ReplyDelete
  15. Kekecohan yang dilakukan oleh para penyokongnya di luar pekarangan Parlimen, nampaknya langsung tidak merencatkan Anwar Ibrahim untuk bergelar Ahli Parlimen. Sebaliknya, memorandum yang hendak disampaikan oleh kumpulan yang melakukan kekecohan dengan liputan penuh daripada stesen televisyen antarabangsa, Al-Jazeera tersebut, hanya diterima oleh ‘balacinya’, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pada jam 12:05 tengah hari yang kemudian mengeluarkan arahan agar mereka bersurai.

    ReplyDelete
  16. Anwar Ibrahim ketika perhimpunan Blackout 505 bersungguh-sungguh berucap walaupun sedikit hambar setelah melihat ramai yang meninggalkan venue tunjuk perasaan iaitu Padang Merbok, ternyata hari ini kekal sebagai seorang penipu dan pemerdaya terbesar.

    ReplyDelete
  17. Daripada memujuk rakyat Malaysia agar turun berdemonstrasi untuk menzahirkan penolakan terhadap keputusan PRU13 dan PRU13 yang dikendalikan oleh SPR, akhirnya setelah bersungguh-sungguh para pengikutnya cuba merealisasikan impian dan hajatnya, Anwar Ibrahim dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 88 orang yang lain, tanpa menghiraukan para pengikut mereka, mengangkat sumpah terima tugas.

    ReplyDelete
  18. Agak pelik dengan gelagat para pemimpin Pakatan Rakyat. Ketika bersama-sama penyokong, mereka menjadi manusia yang sangat kuat berpegang kepada prinsip. Mereka melafazkan pelbagai omongan yang dilihat mampu mempengaruhi para pengikut agar menuruti segala kehendak mereka, sekalipun terpaksa melanggar segala peraturan dan undang-undang di negara ini.

    ReplyDelete
  19. Namun apabila mereka sendiri mendapat peluang, segala yang dijanjikan kepada para pengikut yang sanggup menggadaikan keselamatan diri, bahkan sanggup dibuang kerja atas alasan perjuangan, akhirnya menjadi hampas belaka.

    ReplyDelete
  20. Bukti terbaru adalah apabila para pemimpin Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU13 lalu, tidak membuang masa untuk mengangkat sumpah walaupun pada awalnya, bersungguh-sungguh pula mereka merancang untuk memboikot perjalanan Parlimen Malaysia atas alasan, keputusan PRU13 meragukan.

    ReplyDelete
  21. Apakah sekarang ini, melihat kepada bukti-bukti ciptaan yang ada tidak mampu untuk mengubah keputusan, maka para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim enggan melepaskan peluang menjadi Ahli Parlimen?

    ReplyDelete
  22. Atas alasan apa pula mereka menerima tugas selaku Ahli Parlimen, sedangkan setahu ramai, bahkan rekod juga telah membuktikan, hampir kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu, tidak pernah menjalankan tugas mereka selaku wakil rakyat pun.

    ReplyDelete
  23. Banyak masalah rakyat terbiar dan akhirnya diselesaikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri, lebih banyak berkempen ke serata pelusuk negara untuk menaikkan sentimen rakyat, sekaligus mewujudkan suasana tidak tenteram dan politik yang tidak stabil.

    ReplyDelete
  24. Walau apa pun, ternyata peristiwa hari ini jelas menunjukkan bagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim lebih memikirkan perihal tekak dan perut mereka sendiri berbanding rakyat.

    ReplyDelete
  25. Di sebalik laungan dan cemuhan terhadap SPR sehingga sanggup pula menganjurkan demonstrasi dengan sasaran penyertaan 1 juta orang, hari ini, mereka terlebih awal berada di Parlimen untuk mengangkat sumpah, sekaligus menerimapakai keputusan PRU13 yang mereka pertikaikan sebelum ini!

    ReplyDelete
  26. Di Dalam Duduk Kerusi Empuk, Di Luar Baring Atas Jalan

    SEMENTARA 89 Ahli Parlimen pembangkang sedang duduk di atas kerusi empuk, bersiap sedia untuk mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, beberapa orang balaci mereka diluar kawasan parlimen sedang berbaring atas jalan kerana kononnya membantah keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan pembohongan.

    Entahlah, macam mana puak-puak ini berfikir pun kita tak tahu. Macam mana berlaku penipuan bila yang di dalam sedang enak duduk atas kerusi empuk, antara mereka buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen?

    Majoriti yang terlibat ini adalah budak-budak muda dari kumpulan Solidariti Anak Muda (SAMM) yang mana khemah mereka di padang Merbuk, dirampas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

    Silap-silap, budak hisap dadah dikutip entah dari lorong mana, diberi wang dan makan yang cukup untuk berbaring atas jalan.

    Inilah yang dikatakan bodoh piang, yang kat dalam tu rileks je menikmati keistimewaan sebagai ahli parlimen, yang kat luar itu pulak kemaruk sebab nak menutup malu kerana termakan pembohongan orang yang mereka anggap sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  27. HARAPAN DAN IMPIAN ANWAR UNTUK JADI PM SELEPAS PRU 13 YANG "BLACKOUT"

    PERHIMPUNAN Blackout 505 bermula seawal pukul 10 pagi, ada di antara kera pembangkang yang hadir seawal 7 pagi pun, sama-sama isi minyak dengan penulis di jalan masuk ke Kuala Lumpur.

    Kalau mengikut cakap Anwar Ibrahim semalam, himpunan haram hari ini akan dihadiri lebih suku juta manusia. Itu cakap Anwar Ibrahim. Kalau kita dengar cakap macainya yang majoriti sudah ada masalah mental, 1 juta akan hadir beramai-ramai untuk membantah keputusan PRU13 yang lepas kerana dakwaan penipuan.

    Tapi ternyata, dua dua pun meleset, hakikat sebenarnya, tak sampai 1% pun yang hadir dalam himpunan yang berakhir sebentar tadi. Ini macam mana cerita, 1% saja yang datang?

    Paling mengejutkan, komuniti Ah Beng yang memberikan 97% undi kepada pembangkang dalam pilihanraya umum yang lepas, tidak hadir bagi menyokong himpunan kali ini. Pelik, sebab kalau mengikut beberapa siri perhimpunan yang diadakan di beberapa negeri sebelum ini, kumpulan ini yang menjadi minoriti.

    Sebaliknya yang kembali menjadi bodoh, ialah orang Melayu juga, malunya pun ada dengan sikap segelintir bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  28. HARAPAN DAN IMPIAN ANWAR UNTUK JADI PM SELEPAS PRU 13 YANG "BLACKOUT"

    Sudah tentu Anwar ada sahaja alasan untuk menjustifikasikan keadaan kenapa kehadiran kali ini begitu mengecewakan. Sama ada Anwar nak berterusan menipu dengan fakta-fakta yang direkanya sendiri, ataupun Anwar akan menyalahkan cuaca Jerebu yang sedang melanda negara kita.

    Ini Anwarlah, pembohong dan penipu nombor satu. Kalau dia boleh adakan perhimpunan berdasarkan keadaan yang tidak wujud (Blackout), setakat mencipta alasan untuk menjawab kepada balacinya kenapa kehadiran kali ini begitu mengecewakan, bukanlah satu masalah besar pada dia.

    Tapi melihat kepada keadaan tadi, rasanya kepimpinan Anwar semakin ditolak oleh penyokongnya sendiri. ’Kesikitan’ kera yang datang itu sudah satu hal, kalau yang datang pun ‘boo’ semasa Anwar berucap (kumpulan ABU), itu apa cerita?

    Apa sekalipun penulis melihat masa depan yang gelap untuk pembangkang. Dia nak blackout SPR, dia pulak yang akan diblackout rakyat kerana tidak konsisten dalam banyak hal. Kata tipu, tapi angkat sumpah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  29. Boleh kah terus berdamai saja?

    ReplyDelete
  30. Rupa dia macam dia bukan dia maksudnya salah orang la tu

    ReplyDelete
  31. Pasukan polis kontinjen Sabah akan memanfaatkan perjumpaan sewaktu perayaan untuk berkongsi maklumat mengenai isu kepolisan dalam usahanya menurunkan kadar jenayah.

    ReplyDelete
  32. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata perjumpaan semasa sambutan perayaan adalah antara masa terbaik untuk pasukan polis bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat yang bersama-sama meraikan perayaan kaum lain di negara ini.

    ReplyDelete
  33. Usaha menurunkan kadar jenayah ke arah sifar bukan sesuatu yang mustahil.

    ReplyDelete
  34. Umno remains the party of the people’s choice based on the results of the recent 13th general election

    ReplyDelete
  35. this was evident with Umno winning 88 of the parliamentary seats in the election, from 79 in the 2008 general election.

    ReplyDelete
  36. Rakyat Sarawak diingatkan agar terus menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dibuat mengikut lunas demokrasi berperlembagaan dan mengelak daripada menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai penyebab keretakan perpaduan di negeri ini.

    ReplyDelete
  37. Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng turut berharap mereka tidak terbawa-bawa dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian sedia ada.

    ReplyDelete
  38. Rakyat, katanya, dapat menyaksikan dan belajar bagaimana keadaan huru-hara dan rusuhan yang melanda sesetengah negara akibat perbalahan agama dan politik, telah menghancurkan serta menghalang proses pembangunan dan aktiviti ekonomi negara terbabit.

    ReplyDelete
  39. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan, yang telah dibentuk semula, dan di peringkat negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana memenangi PRU13 dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  40. rakyat juga harus ingat bahawa sesebuah negara atau negeri yang maju adalah hasil daripada peranan dan sumbangan setiap kaum kerana tanpa perjuangan dan kerjasama sedemikian, tidak mungkin negeri ini boleh mencapai kemajuan seperti yang dinikmati pada masa kini.

    ReplyDelete
  41. Sabah has a lot to offer to the rest of Malaysia, not only for its tourism assets but also the cultural and racial harmony that is evident here.

    ReplyDelete
  42. Tourism and Culture Minister, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz even went to describe Sabah as the epitome of ’1Malaysia’.

    ReplyDelete
  43. Hasrat Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan dalam PRU13 dilihat sebagai satu helah besar untuk menggunakan dana awam bagi mengemukakan bantahan keputusan pilihan raya secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  44. Ketua Pembangkangnya, Datuk Shamsuddin Lias berkata, keputusan itu tidak wajar dilaksanakan di negeri ini walhal PR telah memenangi dua pertiga kerusi di Selangor pada pilihan raya lalu.

    ReplyDelete
  45. "Perkara itu sepatutnya selesai, pilihan raya sudah berjalan, keputusan pun mereka menang, apa lagi mereka nak?

    ReplyDelete
  46. "Tapi saya nampak ini agenda besar, ketidakpuasan hati di peringkat Parlimen, kerana mereka kalah, kalau dia menang, tak kata pilihan raya ini banyak masalah, tak adalah nak tubuh suruhanjaya seperti ini," katanya

    ReplyDelete
  47. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kerajaan negeri yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri ini pada PRU13 lalu.

    ReplyDelete
  48. Anwar mmg pandai mempengaruhi orang lain.. mmg raja kelentong

    ReplyDelete