Monday, 24 June 2013

SANDIWARA ATAU TRAGEDI?






Saudara Pengarang,

PADA 17 Jun 2013, sekitar  jam satu petang, tiga orang cucu Buyung sedang bermain-main di bawah rumahnya yang terletak di tepi jalan raya simpang jalan Kg Tanagian, Tg labian.

Buyung dan isterinya tidak ada di rumah kerana ada urusan di bandar Lahad Datu. Tiba-tiba datang sekumpulan lebih kurang 15 orang yang tidak dikenali berpakaian 'ala- militan Sulu' dan terus menculik salah seorang daripada tiga orang budak perempuan berumur 14 tahun.

Lelaki bertopeng hitam itu bersenjata pistol dan yang lainnya tidak bertopeng menggunakan lambang khas pada pakaian mereka bersama dua karung yang berisi senjata berat yang tidak dikenalpasti jenisnya.

Setelah berita ini dilaporkan kepada Kem Askar di Tg Labian, maka Pasukan Keselamatan segera bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak perempuan itu sudah ditinggalkan Militan dan diikat ke sebatang pokok di Kg Tanagian Lama.

Menurut kanak-kanak perempuan itu, Militan berkenaan bertanyakan dua nama tetapi dikenalinya. Kanak-kanak perempuan itu dan beberapa orang penduduk Kampung Tanagian Lama terpaksa membuat laporan polis di Balau Polis Cenderawasih.

Pada kesokannya kanak-kanak perempuan itu terpaksa menyambung kenyataannya sebelum sekali lagi terpaksa memberi keterangan yang sama di Balai Polis Lahad Datu.

Walaupun keterangan kanak-kanak itu sama dan tidak berubah-ubah namun agak aneh polis  mengklasifasikan kes berkenaan sebagai kes rogol dan bukannya kes penculikan.

Oleh itu, sebagai penduduk Tg Labian, saya inginkan kepastian dan kejujuran polis berhubung kes ini agar tidak ada pihak yang memandang seorang kepada polis dan menabur fitnah bahawa kononnya kami bekerjasama dengan polis menutup kes penculikan berkenaan.

Salam Hormat,

KUNSUL NAHUL

40 comments:

  1. mungkinkah masih ada saki-baki pengganas sulu di Lahad Datu?? dan mungkinkah kes culik itu adalah sebagai isyarat bahawa mereka masih hidup dan berkeliaran di Lahad Datu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawalan harus diteruskan agar saki baki ini tidak berulang dan bertindak.

      Delete
  2. jika benar kumpulan penculik itu adalah saki-baki pengganas sulu, anggota polis tentunya tidak akan berdiam diri.. sudah menjadi tugas anggota polis merasiahkan apa sahaja yang difikirkan perlu diurasiahkan.. samada untuk kebaikkan orang awam mahupun supaya plan mereka tidak dihidu oleh pihak musuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa akan bertindak sekiranya kumpulanm ini bertindak ganas.

      Delete
  3. Kunsul sepatut minta penjelasan mengenai kes ini dibalai polis.. mungkin juga anggota polis mempunyai perancangan lain untuk memburu penculik berkenaan.. jika polis berterus terang bahawa penculik itu adalah pengganas sulu dan aktiviti memburu mereka sedang dijalankan, dikhuatiri pihak musuh ini akan sempat melarikan diri atau sempat merancang pelbagai tipu muslihat lain sebagaimana sebelum ini..

    ReplyDelete
  4. Dan Kunsul juga perlu sedar bahawa tindakan beliau membawa perkara ini ke media juga menyumbang kepada imej buruk anggota polis..

    ReplyDelete
  5. Tiada sebarang pencerobohan dan pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh Sulu seperti didakwa akhbar Filipina semalam, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek.

    ReplyDelete
  6. Sehingga kini, katanya, tidak berlaku lagi sebarang pencerobohan kerana kawasan perairan negara dikawal ketat oleh pasukan pertahanan dan keselamatan sejak berlaku kemasukan kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina pada Februari lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keselamatan rakyat di Sabah harus diutamakan.

      Delete
  7. "Tidak berlaku perkara seperti yang didakwa. Tidak ada berlaku sebarang pertempuran di kawasan Kampung Dengan Tungku, tidak berlaku sama sekali dan ini satu dakwaan yang tidak berasas ditimbulkan niat tidak baik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Dewan Undangan Negeri.

    ReplyDelete
  8. Beliau berkata, laporan itu hanya bertujuan untuk menunjukkan keadaan di kawasan di negeri ini tidak selamat selain mencetuskan huru-hara.

    ReplyDelete
  9. Mohammad mengulas laporan akhbar tempatan Filipina yang mendakwa berlaku pertempuran membabitkan pasukan keselamatan Malaysia dengan kira-kira 400 tentera bersenjata Sulu di Kampung Dengan, Tungku, dekat Lahad Datu pada Isnin lepas.

    ReplyDelete
  10. Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram. Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Dengan, Tungku kira-kira jam 1 tengah hari sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

    ReplyDelete


  11. Mohammad berkata, sehingga kini Ops Daulat masih berterusan dan pintu masuk negara akan sentiasa diberikan kawalan keselamatan yang ketat bagi menghalang sebarang pencerobohan.

    ReplyDelete
  12. Dalam perkembangan lain, beliau berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang penculikan berlaku ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin lalu.

    ReplyDelete
  13. "Siasatan ESSCOM mendapati tidak benar, tidak berlaku sama sekali (penculikan) dan dari segi siasatan awal ESSCOM mendapati ini lebih kepada masalah dalaman keluarga dan saya tidak boleh komen kerana ini masih lagi dalam siasatan polis," katanya.

    ReplyDelete
  14. Mohammad turut meminta penduduk di kawasan terbabit mendapat maklumat yang tepat sebelum menyebarkan sebarang khabar angin.

    ReplyDelete
  15. Pencerobohan warga selatan Filipina di Lahad Datu awal Februari lepas tiada kaitan dengan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata polis membuat pertemuan dengan penceroboh dan perkara itu tidak ada kaitan dengan RCI.

    "Kita telah mengenal pasti mengapa mereka mendarat di Lahad Datu. RCI bukan punca kejadian ceroboh itu,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Hamza juga berkata, pencerobohan itu merupakan contoh kebanjiran pendatang asing ke Sabah dan ia boleh mengancam keselamatan di negeri itu kerana mereka yang terlibat mendapat sokongan rakan senegara yang mempunyai ikatan kekeluargaan atau kenalan yang bermastautin Sabah.

    ReplyDelete
  18. "Penceroboh ini juga dapat masuk ke negara ini kerana mendapat sokongan daripada rakyat tempatan, tetapi yang terlibat itu tidak ramai,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Hamza, yang dilantik ke jawatan tertinggi polis di Sabah pada 2010, juga menafikan penceroboh dapat masuk ke negeri ini kerana mereka memiliki kad pengenalan.

    "Saya terlibat dalam kes pencerobohan Lahad Datu ini sejak dari awal lagi. Saya yakin 100 peratus bahawa penceroboh orang Suluk itu adalah pendatang tanpa izin, mereka tidak mempunyai kad pengenalan,” katanya.

    ReplyDelete
  20. Tanduo issue is over now.

    ReplyDelete
  21. Antara sandiwara dan tragedi

    ReplyDelete
  22. If it is over then it is. There is no need to keep telling the other sides you are right.

    ReplyDelete
  23. Yang berlalu biar la berlalu

    ReplyDelete
  24. Let it buried with the long goodbyes.

    ReplyDelete
  25. Klasifikasikan sbg kes rogol? Macam lain ja tu

    ReplyDelete
  26. Wait for the authorities to clear up the mess

    ReplyDelete
  27. Serahkan saja kes ini kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  28. After all we can't figure it out

    ReplyDelete
  29. The best way is to go with the flow

    ReplyDelete
  30. Jadi apakah tindakan seterusnya?

    ReplyDelete
  31. harap pekara ini akan di siasat dan selesai segera.

    ReplyDelete
  32. Pusat pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Lahad Datu dicadang dipindahkan ke Sandakan berdasarkan beberapa faktor sekali gus memenuhi tujuan penubuhannya di negeri ini.

    ReplyDelete
  33. Datuk Samsuddin Yahya (BN-Sekong) berkata, langkah itu wajar memandangkan Sandakan mempunyai kemudahan logistik lebih lengkap termasuk kemudahan pengangkutan udara dan laut serta sokongan-sokongan lain yang akan melancarkan lagi pentadbiran Esscom.

    ReplyDelete
  34. "Semoga dengan adanya sebuah pentadbiran yang baik, operasi Esscom akan menjadi lebih efisien terutama dalam usaha mengekang sebarang ancaman dari dalam dan luar negara," katanya

    ReplyDelete
  35. kita tuggu hasil siasatan perkara ini

    ReplyDelete