Sunday 23 June 2013

GUNA SUBSIDI RM17 JUTA UNTUK TUJUAN LAIN






LABUAN : Pergerakan Pengguna Labuan (LCM) mencadangkan agar subsidi RM17 juta yang bertujuan meringankan beban pengguna feri, diperuntukkan semula untuk kegunaan lain.

Pengerusinya Fauziah Mohd Dun berkata cadangan itu dibuat setelah pihaknya dimaklumkan bahawa pengguna di Labuan dan tanah besar Sabah serta Sarawak tidak mendapat manfaat daripadanya, walaupun tambang feri dikurangkan 50 peratus.

Katanya maklumat dan maklum balas daripada pengguna serta hasil kajian bahagian penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan menunjukkan harga barang bukan sahaja tidak turun, malah terus meningkat.

Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa harga makanan yang dijual di kebanyakan kedai makan pula didapati meningkat dengan ketara.

“Penggguna tidak mendapat manfaat daripada potongan kadar tambang feri, tetapi pemilik lori dan pengusaha syarikat pengangkutan yang mendapatnya.

Berikutan perjumpaan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan, kami mencadangkan agar subsidi itu diperuntukkan semula bagi tujuan lain," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, walaupun tambang feri ke Labuan diturunkan 50 peratus bagi kenderaan perdagangan dari tanah besar Menumbok, Sabah, berkuatkuasa 1 Jun, namun harga kebanyakan barangan pengguna masih lebih mahal sedikit berbanding harga di tanah besar Sabah.

Walaupun penurunan harga dijangka berlaku berikutan pengurangan kos pengangkutan, tetapi ia akan hanya dirasai selepas dua atau tiga bulan.

Tinjauan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati lebih 400 barangan keperluan di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit dijual pada harga lama antara satu hingga 30 peratus lebih tinggi daripada di Kota Kinabalu.

Timbalan pengarahnya Aslani Dabi berkata harga bagi barangan basah seperti makanan laut dan sayur-sayuran pula masih tidak menentu kerana terlalu bergantung pada bekalan dari tanah besar.

“Kami percaya pengguna di tanah besar sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan harga akan turun secara drastik dalam tempoh satu atau dua bulan," katanya.

Diskaun tambang itu diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat tahun lepas. (Bernama)

21 comments:

  1. Kerajaan harus mengawal kenaikan harga barangan yang tidak bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  2. Semakin banyak subsidy kerajaan, ini akan menambah beban kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus mengkaji cara yang lebih baik selain memberi subsidy yang berterusan.

      Delete
  3. Penurunan tambang memanfaatkan pengguna. Satu tindakan yang baik juga.

    ReplyDelete
  4. Kos pengakutan yang rendah mendorong harga barang juga diturunkan.

    ReplyDelete
  5. Jika tidak memanfaatkan golongan majority, subsidy boleh diberi atas tujuan lain. Harus dikaji.

    ReplyDelete
  6. Subsidy yang tidak terkawal akan membawa masalah yang tidak terjangka.

    ReplyDelete
  7. Kadar pengangkutan yang diturunkan juga meringankan beban golongan pengguna feri tersebut.

    ReplyDelete
  8. “Kami percaya pengguna di tanah besar sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan harga akan turun secara drastik dalam tempoh satu atau dua bulan,"

    Kadar ini akan diturunkan secara berperingkat.

    ReplyDelete
  9. Kenaikan harga barangan harus dikawal.

    ReplyDelete
  10. Pembayaran subsidi dilakukan oleh kerajaan demi menjaga kebajikan rakyat jelata.Saya mendapati stesen minyak turut mempamerkan jumlah subsidi yang ditangggung kerajaan bagi setiap liter petrol dan diesel.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya pembayaran subsidi oleh kerajaan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu pembayaran kepada orang awam dan juga pembayaran subsidi kepada kelompok industri dan perniagaan.

    ReplyDelete
  12. Namun sistem penyampaian yang tidak berkesan telah mengagalkan impak yang diinginkan oleh kerajaan kepada kumpulan sasar.Malahan terdapat golongan lain pula yang mengaut keuntungan dan kumpulan sasar terus dibelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi.

    ReplyDelete
  13. Terdapat beberapa lapuran media mendedahkan tentang dakwaan penyelewengan diesel bersubsidi yang dimaksudkan untuk para nelayan dan industri sebagai kumpulan sasar.Penyeludupan minyak masak dan gas LPG juga sering dilapurkan oleh media cetak dan elektronik.

    ReplyDelete
  14. Penyeludupan berlaku lantaran bahan bahan bersubsidi ini mempunyai nilai harga yang jauh lebih tinggi di pasaran negara jiran seperti Thailand , Indonesia dan Filipina.

    ReplyDelete
  15. Daerah Kota Belud pada tahun 2012 telah digemparkan oleh perompak tegar yang cuba melarikan satu lori yang sarat dengan muatan kargo gas memasak LPG Petronas.

    ReplyDelete
  16. Pemberian subsidi oleh kerajaan adalah satu amalan mulia dan harus disanjung tinggi.Namun ironinya setiap rakyat perlu membelanjakan wang mereka terlebih dahulu untuk dapat menikmati subsidi ini.Saya teringat pula kepada satu ungkapan yang berkaitan dengan cukai.

    "Anda menjana pendapatan anda dikenakan cukai"
    "Anda membelanjakan wang anda dikenakan cukai"

    ReplyDelete
  17. Anda cuba menjana pendapatan pun turut dikenakan cukai.Golongan yang berniaga di kaki lima dengan hanya menjual sigup(tembakau tempatan)juga dilapurkan terpaksa membayar cukai harian sebanyak RM1 seperti lapuran Daily Express bertarikh 11 Jan 2013.Saya percaya perkara seperti ini turut berlaku di mana mana seperti tapak pasar tani di mana kebanyakan peniaga kecil adalah golongan bumiputera.

    ReplyDelete
  18. Setakat ini, isu pembayaran subsidi yang dibangkitkan iaitu subsidi kepada orang awam adalah seumpama cebisan kecil ketulan bongkah ais yang hanyut terapung dan timbul di permukaan lautan.

    ReplyDelete
  19. Golongan masyarakat yang tidak terlibat di dalam pembayaran subsidi ini hanya menunggu untuk menerima padah. Bongkah ais besar ini dinamakan sebagai subsidi gas asli cecair(LNG).

    ReplyDelete
  20. Petronas mengumumkan telah membayar sebanyakRM133 billion subsidi gas asli dari tahun 1997 sehingga Mac 2011.Subsidi gas asli ini adalah bagi menampung kos penjanaan tenaga elektrik yang ditanggung oleh Pengeluar Tenaga Bebas(IPP) dan industri yang melibatkan pengunaan gas asli cecair.

    ReplyDelete