Wednesday 26 June 2013

JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KRITIKAL






Saudara Pengarang,

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menerima dan sudi membaca warkah ini. Saya aktivis sosial yang sering membantu pekerja tempatan dan asing di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perhubungan Perusahaan, selain itu saya juga menjalankan penyelidikan dalam pemerdagangan orang melalui tenaga kerja.

Disini ingin saya nyatakan kronologi kes yang dibawa di hadapan pekerja-pekerja migran dari berbagai Negara.

Jenayah Pihak Polis: MANGSA 1

1. Abdul Kader Jilani (mangsa) secara bersama dengan mangsa-mangsa yang lain yang juga adalah korban syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis, ditipu serta paspot ditahan oleh syarikat SNT dan sebahagian paspot tak dapat dikesan dalam simpanan SNT.

2. Semasa beliau dipanggil untuk rakaman percakapan beliau telah dikasari secara berbahasa, diherdik dan dimarah kerana membuat laporan polis No. Repot PUDU/10336/12 oleh ASP Azari Bin Miskon no. talipon 012-5015420.

3. Pada masa yang sama mangsa terserempak dengan Babul @ Shahidul Islam Pengarah syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. 'perpetrator' dan Babul menyatakan beliau mempunyai jutaan ringgit untuk sogok pihak polis. Seterusnya menyatakan bahawa beliau mendapat layanan baik dari ASP Azahari bukan seperti mangsa yang dikasari.

4. Setelah mengetahui saya yang membantu, ASP Azahari mula berlembut dengan mangsa, seterusnya ASP Azahari meminta mangsa menarik balik laporan polis dan ASP Azahari berjanji akan mengatur kepulangan mangsa ke Negara asal.

5. Mangsa menyatakan kepada ASP Azari, yang mangsa telah kerugian sebanyak RM 3,500.00 dan paspot mangsa masih ditahan oleh Babul.

6. Mangsa juga menyatakan beliau datang ke Malaysia atas panggilan Jabatan Imigresen Malaysia melalui sebuah syarikat dan dijanjikan pekerjaan dengan gaji RM 1,500.00, malangnya sesampai mangsa di Malaysia tiada pekerjaan disediakan, dan kini mangsa berhutang sekitar RM 12,000.00 di Negara asal.
7. ASP Azari berang dengan mangsa dan mengancam mangsa jika mangsa enggan mengikuti nasihat yang diusulkan mangsa akan ditangkap dan dipenjara dan dideportasi.

8. Mangsa menyatakan kenapa sebagai mangsa penipuan dianiaya, dan bertanya dalam permasaalahan ini siapa yang salah adakah mangsa atau Babul.

9. Pada 24 Januari 2013 mangsa diminta datang oleh ASP Azahari untuk memberi rakaman percakapan, malangnya tiada rakaman percakapan dilakukan malah ASP Azari memberi amaran keras kepada mangsa, dan seterusnya mengarahkan mangsa datang pada 31 Januari 2013.

10. Pada 30 Januari 2013 jam 8.00 mlm mangsa berjumpa dengan saya dan menyatakan beliau ketakutan dan mengesyaki bahawa ASP Azari telah menerima sogokkan dari Babul.

11. Saya menasihatkan mangsa supaya jangan takut kerana undang-undang itu diciptakan untuk keadilan dan sarankan mangsa pergi tunaikan temujanji.

12. Pada 31 Januari 2013 jam 10.00 pagi mangsa datang untuk temujanji, disini mangsa yang dihantar oleh rakan-rakan terkejut melihat Babul dan ASP Azahari berbincang.

13. Semasa Babul keluar dari pejabat ASP Azahari, beliau senyum dan memaklumkan kepada rakan-rakan mangsa bahawa mangsa kini ditahan dan akan dipenjarakan dan seterusnya akan dideportasi.

14. Pada hari yang sama 31 Januari 2013 isteri Babul, Nilima Islam menalipon beberapa rakan-rakan mangsa dan menyatakan bahawa DPP pun telah disogok melalui ASP Azari, seterusnya mengancam mangsa-mangsa lain.

15. Saya cuba hubungi ASP Azari tetapi pejabat beliau menyatakan bahawa ASP Azari tidak bekerja dan bercuti sehingga hari Isnin 4 Februari 2013.

Jenayah Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara

16. Pada 5 Februari 2013 saya mendapat panggilan dari pihak Imigresen bahawa mangsa Abdul Kader Jilani (mangsa) diarahkan oleh TPR Ishak Yusof dari Jabatan Peguam Negara Putrajaya untuk dideportasi.

17. Saya bantah dan memaklumkan kepada pegawai tersebut bagaimana mangsa diarahkan untuk deportasi sedangkan wang ditipu dan paspot ditahan oleh Babul, pegawai tersebut menyatakan ini adalah arahan TPR.

18. Pada masa yang sama saya menyatakan kenapa pihak Imigresen tidak menyiasat syarikat SNT sedangkan ianya telah diperpanjangkan ke Jabatan Imigresen.

19. Saya juga telah memaklumkan kepada TPR Tuan Ishak Yusof melalui emel dan mohon pertimbangan beliau dan diperpanjangkan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

MANGSA 2 :

20. Seterusnya pada 17 Jun 2013 Salam Molla yang juga pengadu dalam laporan polis yang tersebut diatas telah ditangkap oleh Sjn. Ling Ting Kok No. I/C polis R 103662.

21. Mangsa telah menunjukkan segala dokumen kepada Sjn. Ling, malangnya Sjn. Ling enggan mendengar penjelasan dan melihat segala dokumen yang ada pada mangsa.

22. Salah seorang anggota kumpulan Sjn. Ling menyatakan ianya boleh diurus jika ada wang.

22. Saya datang ketempat kejadian dan merakam gambar mangsa yang ditangkap.

23. Tanpa saya sedari talipon bimbit saya yang merakam dirampas oleh Sjn. Ling dan saya terus digari.

24. Salah seorang anggota telah memeriksa poket dan merampas talipon bimbit kedua saya.

25. Pada 26 Jun 2013 jam 12.09 pm saya menerima panggilan dari rakan mangsa bahawa mangsa akan didakwa dimahkamah atas kesalahan Imigresen.

Rumusan

Pihak-pihak yang terlibat di atas, kesemuanya dengan penuh pengetahuan dalam pemerdangan orang melalui tenaga kerja dan dengan penuh pengetahuan juga melindungi penjenayah penjenayah ini.

Disini saya merayu kepada YB-YB yang baru dipilih bertanggungjawab melindungi Keselamatan dan Ekonomi Negara, yang mana Negara telah dirugikan dalam putaran ekonomi yang jumlahnya berpuluh-puluh Billion USD.

Sikap yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam nampaknya mereka kebulur kepada benda-benda yang haram.

Untuk makluman saya telah membuat laporan kepada SPRM, malangnya saya dimaklumkan bahawa aduan dan laporan saya tidak boleh disiasat dan perlu dibawa kepada Jawatankuasa Siasatan.
SPRM juga menyatakan bahawa pihaknya didalam Akta SPRM tidak ada peruntukkan dan kuasa untuk soal siasat orang-orang yang dilapor yang disyaki salahguna kuasa dan melakukan jenayah rasuah.

Seterusnya saya berjumpa dan bersemuka dengan Ketua Polis Negara dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan tetapi malang juga kapada Rakyat Malaysia tiada tindakan jua.

Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca warkah ini.

Salam Hormat,

ABDUL AZIZ ISMAIL
AJK Badan Bertindak Majlis Anti Pemerdangangan Manusia Selangor
Pegawai Kongres Am MTUC

(Nota: Mangsa-mangsa di atas adalah contoh kepada sekitar 200,000 mangsa yang dilaporkan. Untuk lebih lanjut sila rujuk kepada US TIP Report 2013.)

22 comments:

  1. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengenai Perdagangan Orang telah berada di tahap 2 (Tier 2 Watchlist) sejak empat tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  2. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    Menurutnya, kedudukan negara kekal di tahap tersebut kerana mempunyai pelan tindakan yang konkrit "Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang" bagi tahun 2013-2014.

    ReplyDelete
  3. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    Beliau juga berkata, kerajaan sentiasa melakukan usaha secara berterusan bagi mempertingkatkan inisiatif nasional untuk membanteras jenayah khususnya dari aspek penambahbaikan kepada elemen perlindungan mangsa kes tersebut.

    ReplyDelete
  4. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    "Kita telah berada di tahap ke-2 secara automatik dan diberi pengecualian daripada letak di tahap ketiga kerana usaha yang telah dilakukan kerajaan. Kita juga akan terus memastikan keadaan tersebut berterusan dengan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang digariskan dalam pelan lima tahun tersebut dan projek rintis akan dilaksanakan pada Oktober depan," katanya.

    ReplyDelete
  5. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    Pada 2010, organisasi berkenaan turut meletakkan Malaysia pada Tahap Dua Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2010 berikutan keberkesanan kerajaan mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA). Namun pada tahun 2009, Malaysia diletakkan pada Tahap Tiga dalam menangani masalah jenayah pemerdagangan orang.

    ReplyDelete
  6. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    Laporan TIP menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan tahap pematuhan standard minimum bagi memerangi aktiviti pemerdagangan manusia. Tahap Satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA), manakala Tahap Tiga adalah negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

    ReplyDelete
  7. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    Menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 2010, kerajaan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sangat prihatin mengenai isu pemerdagangan manusia, mengambil pelbagai langkah termasuk meningkatkan siasatan dan mendakwa mereka yang terbabit dalam kes seumpama itu serta menambah latihan pegawai yang terbabit dalam pencegahan dan siasatan.

    ReplyDelete
  8. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    Mengulas lanjut, Wan Junaidi juga berkata kerajaan bersama NGO telah mewujudkan empat rumah perlindungan kepada mangsa perdagangan orang di Johor, Melaka, Sabah dan Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  9. PELAN TINDAKAN YANG KONKRIT MEMBUATKAN MALAYSIA KEKAL DITAHAP 2 UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

    "...keberkesanan pelaksanaan Atipsom 2007 terutama aspek kebajikan dan perlindungan mangsa. Kita juga mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada mangsa bagi tujuan menggalakkan mangsa bekerjasama memberi maklumat serta keterangan," katanya.

    ReplyDelete
  10. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengemukakan lapan syor dalam usaha memberi perlindungan lebih baik kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

    ReplyDelete
  11. engerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata lapan syor itu ialah:

    *Kerajaan diminta mengukuhkan mekasnisme berhubung dengan pendakwaan ke atas pesalah, perlindungan ke atas mangsa dan pencegahan insiden baharu penyeludupan menerusi kerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil dan misi diplomatik serta pihak berkepentingan serantau dan antarabangsa.

    ReplyDelete
  12. Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu disediakan satu saluran untuk menawarkan kepakaran mereka kepada Majlis bagi Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) kerana ramai mangsa lebih cenderung mendapatkan khidmat mereka untuk bantuan.

    ReplyDelete
  13. Semua mangsa perlu disediakan dengan pemeriksaan kesihatan serta-merta setibanya di pusat perlindungan serta lawatan berkala oleh kakitangan perubatan.

    ReplyDelete
  14. Mangsa perlu dimaklumkan status kes mereka dan sebuah mahkamah khas diwujudkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes berkaitan anti-pemerdagangan orang.

    ReplyDelete
  15. Kerajaan diminta menyediakan latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh negara, terutamanya di barisan hadapan mengenai cara untuk mengenalpasti mangsa yang disyaki dalam penyeludupan manusia.

    ReplyDelete
  16. *Kerajaan perlu meminda Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dengan membenarkan mangsa menerima pampasan dan bekerja sementara menunggu penyelesaian kes mereka; mewartakan rumah perlindungan yang dikendalikan NGO, memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kes penyeludupan manusia dan penyeludupan migran iaitu Seksyen 12 dan 13 di bawah Akta ATIP; serta penjelasan mengenai peranan suruhanjaya dan keanggotaannya dalam MAPO.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan diminta mengkaji semula Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955 yang membenarkan 'kontraktor bagi buruh' yang mungkin boleh mengakibatkan eksploitasi pekerja oleh pihak agensi pengambilan pekerja dan majikan.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan perlu menyertai Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka serta konvensyen berkaitan dengan status pelarian.

    ReplyDelete
  19. suruhanjaya itu turut melahirkan kebimbangan apabila sekali lagi bagi tahun keempat berturut-turut Malaysia diletakkan di kedudukan kedua Senarai Pemerhatian (Tier 2, Watch List) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013 kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras aktiviti pemerdagangan di bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA). "Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia ini dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya,

    ReplyDelete
  20. dalam hasil laporan ATIP 2013 itu Jabatan Negara AS memberikan penilaian terhadap rekod pemerdagangan manusia di Malaysia termasuk usaha yang diambil kerajaan dalam tiga aspek utama iaitu pendakwaan, perlindungan dan pencegahan yang sebahagian daripada isu berkenaan pernah diutarakan Suhakam.

    ReplyDelete
  21. memandangkan Malaysia merupakan negara destinasi dan transit bagi kebanyakan pekerja migran, suruhanjaya itu menyeru kerajaan supaya mempertingkatkan usaha dalam memberi perlindungan yang lebih baik kepada mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan di semua peringkat.

    ReplyDelete
  22. Selari dengan standard antarabangsa yang ditentukan oleh Protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagangan orang terutama dalam kalangan wanita dan kanak-kanak,

    ReplyDelete