Sunday 23 June 2013

KAKI PROJEK SABOTAJ EKONOMI






PROJEK.....Aziz (baju putih) salah seorang kroni Menteri KKLW yang kaki projek kerana hanya mementingkan keuntungan peribadi memburu projek dan hidup merah atas kesengsaraan orang lain.



Oleh: SHAIMON S JUMADI


SEMPORNA : Kerajaan Persekutuan disaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat 'Jenayah Sabotaj Ekonomi' yang dilakukan oleh Menteri, Jabatan dan Pemimpin tertentu di Semporna sehingga taraf hidup dan prasarana di Semporna begitu rendah.

Naib Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1, Muhd Saifullah Hisham  menyarankan demikian setelah tidak lagi dapat bertolak ansur dengan sikap pemimpin UMNO Semporna, terutama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Wakil-Wakil Rakyat Semporna yang bukan sahaja mewujudkan projek untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga mereka; malah melakukan sabotaj terhadap Dasar Edonomi baru.

"Apa ertinya lebih ratusan tiang yang terpacak di sepanjang jalan di Semporna sejak zaman Tun Sakaran sehingga kini jika tidak berlampu?  Kini dibina lagi projek baru. Cuba lihat deretan tiang lampu Jalan Raya menuju ke Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya Mesra sudah hampir 3 tahun lamanya terpacak yang dilakasanakan oleh salah sebuah kontraktor kroni; tetapi gagal menyiapkan projek tersebut," kata Saifullah.

Kata Saifullah, Kampung Simunul baru sahaja mendapat gelaran atau anugerah sebagai kawasan perkampungan  Hitam (Black Area)  pihak kerajaan mahupun wakil rakyat kawasan tersebut langsung tidak mempedulikan mengenai keadaan di situ; malahan dibiarkan begitu saja seolah-olah menunggu ada kejadian-kejadian yang mengerikan barulah pihak kerajaan mahu bertindak.


“Sebagai Ahli UMNO dan penyokong kuat BN serta pengundi tegar BN, kami merasa malu kerana semua Wakil Rakyat umpa menjadi pengkhianat kepada parti dan gagal melaksanakan amanah yang tlah diberikan kepada mereka," ujar Saifullah yang turut membidas Pegawai Daerah yang gagal memastikan setiap peruntukan menepati sasaran.





LUBANG.....Saifullah menunjukkan lubang besar di tengah-tengah jalan menuju ke Kampung Lihak-Lihak yang bakal mengundang maut kepada penunggang motorsikal.

Dalam pada itu, Saifullah turut membidas kerosakan Jalan Raya menuju tiga buah perkampungan Lihak-Lihak 1, 2 dan 3 yang langsung tidak diselenggarakan Jabatan Kerja Raya Semporna telah menimbulkan kesangsian rakyat dan bakal mengundang kecelakaan kepada para pengguna, terutama sekali penunggal motorsikal.

Saifullah menjelaskan, kelalaian JKR atau syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri  iaitu Globinaco Sdn Bhd dan Kekal Mewah Sdn Bhd  untuk menyelenggara kerosakan jalan raya yang berlubang di sana sini di sepenjang jalan tersebut sejauh 45 km tersebut amat dikesali.

Kata Saifullah,  ketiga-tiga Pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua Kampung  berkenaan sudahpun memaklumkan perkara ini sama ada memberitahu JKR secara lisan, mahupun bertulis tetapi aduan mereka langsung tidak dipedulikan.

"Saya bukan hendak menentang para pemimpin UMNO di Semporna ini tetapi demi untuk kepentingan rakyat Semporna, lagipun saya adalah Ahli UMNO yang memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO  cawangan Kampung Air Semporna 1;  untuk menyedarkan mereka demi kebaikan bersama."




TERPACAK TIANG.....Lebih 100 tiang lampu  terpacak di sepanjang jalan Kg Simunul tetapi tidak dipasangkan lampu sejak sekian lama.

Kata Saifullah, beliau ingin bertanya apa peranan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang tidak pernah ambil tahu tentang permasalahan rakyat di Semporna?

"Yang dia tahu (Aziz Jamman) tahu hanya fokus kepada projek berjuta-juta ringgit, namum segala masalah rakyat terus diketepikan. Inikah peranan Ketua Pemuda yang diberi mandat, tetapi langsung tidak berfungsi," kata Saifullah yang menyindir Aziz hanya pakar merasmikan program yang menjanjikan pengaruh dan wang.

Jenis pemimpin semacam ini, kata Saifullah, tidak boleh lama dikekalkan dan beliau bersedia menggantikan tugas berkenaan jika khidmatnya diperlukan.

25 comments:

  1. Sudah 10 tahun Datuk Musa Aman menerajui kerajaan BN Negeri sabah dan beliau juga telah pun menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan untuk Sabah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa harus teruskan usaha sebab Sabah masih dalam perkembangan.

      Delete
    2. Sabah masih dalam perkembangan. Perancangan dan pelaksanaan projek harus di landasan yang betul.

      Delete
  2. Seperti yang kita tahu Datuk Musa telah berjaya menambah rizab negeri, memacu enjin pertumbuhan ekonomi negeri, menarik masuk pelaburan mega dan meningkatkan kompetensi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkembangan Sabah harus berada di landasan yang betul.

      Delete
    2. Sabah ada reserve fund yang terbanyak.

      Delete
  3. Pelbagai cerita yang kita dengar tetang Datuk Musa, meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kritikan, Datuk Musa masih berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada komen negatif.

      Delete
    2. Kritikan akan mendorong beliau lebih tabah untuk ke hadapan.

      Delete
  4. Rakyat Sabah seharusnya berbangga yang belanjawan negeri itu telah meningkat secara konsisten setiap tahun sejak Datuk Musa mengambil alih kepimpinan BN di negeri itu. Ini menunjukan yang mana Datuk Musa bukannya pemimpin yang mementingkan diri seperti beberapa pihak katakan mengenai keburukan beliau. Dan, Belanjawan untuk 2013 ialah RM4,088 bilion.

    ReplyDelete
  5. Paling besar pernah dibuat oleh kerajaan negeri Sabah. Ini menunjukkan yang terdapatnya pengurusan dana yang berhati-hati. Dengan pengendalian pengurusan kewangan negeri yang cekap, Musa telah berjaya mengumpulkan dana rizab negeri terbesar bagi mengekalkan ekonomi Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah harus lebih berkembang dengan sumber semulajadi yang lumayan.

      Delete
  6. Ini ialah pada hakikatnya yang mana kerajaan di bawah Datuk Musa mengamalkan pengurusan kewangan yang berhati-hati dan berhemat. Malah, untuk ini, Audit Negara telah mengumumkan yang Sabah adalah antara negeri dengan rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Sabah telah diiktiraf dengan “Clean Bill” sejak 12 tahun lepas.

    ReplyDelete
  7. Sejak sekian lama, ekonomi utama negeri itu ialah BALAK. Tetapi Datuk Musa mengambil langkah terbaik dan menyedari yang BALAK cepat pupus dan sumber negeri itu perlu dipelbagaikan. Ekonomi baru telah diperkenalkan dengan penekanan utama kepada sektor PERTANIAN, PEMBUATAN dan PELANCONGAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumber pembalakan harus dipeliharakan.

      Delete
    2. Banyak lagi industri yang berpotensi tinggi yang boleh menjana pendapatan yang baik.

      Delete
  8. Sabah amat bernasib baik kerana mempunyai Datuk Musa Aman yang menerajui BN Sabah. Kejayaannya juga ialah disebabkan beliau menggunakan “kuasa minda” berbanding emosi dalam melaksanakan tugasnya memajukan negeri itu. Maka setiap apa yang dibuat oleh Datuk Musa adalah hasil daripada pandangan dan perbincangan dengan ahli dan pemimpin lain. Terima Kasih Datuk Musa.

    ReplyDelete
  9. si Saifullah saja cari publisiti murahan.. kalau betul dia ikhlas mahu memperbetulkan keadaan, kenapa tidak jumpa terus pihak yang berkenaan?? kenapa perlu ikut cara pembangkang sedangkan dia sendiri boleh bertemu dengan YB??

    ReplyDelete
  10. bagus kau cari kerja lain la Saifullah.. trademark berkaca mata hitam bikin orang semporna menyampah ja tengok muka kau.. kunun2 lepas ni dia popular la macam artis.. miahaha..

    ReplyDelete
  11. ada ramai juga pemuda umno di sabah, tapi tidak pula balik2 masuk sabahkini mengkritik rakan seperjuangan yang lain.. ada apa2 masalah, bawa berbincang saja ba bro..

    ReplyDelete
  12. kalau ditakdirkan kau bertanding nanti PRU14, jangan harap la boleh dapat undi.. pengundi pun ragu2 mau undi kau bro.. bila ada masalah, cepat2 pakai kacamata hitam terus cari wartawan sabahkini..

    ReplyDelete
  13. Pencapaian SDC yang memasuki fasa kedua dari 2011 hingga 2015 adalah memberangsangkan dan mencatat momentum pertumbuhan yang memuaskan.Setakat ini, 11 projek swasta berkeutamaan dan berimpak tinggi , sedang dilaksanakan, yang mendapat kelulusan peruntukan kerajaan sebanyak RM1.7 bilion.

    ReplyDelete
  14. Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata kerajaan negeri juga akan mempergiatkan lagi usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta di negeri ini, di samping menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan modal insan yang berkemahiran tinggi khusus untuk pembangunan SDC.

    ReplyDelete
  15. bersama kita tingkatkan ekonomi Sabah

    ReplyDelete