Tuesday 25 June 2013

KEDUDUKAN MALAYSIA MEMBIMBANGKAN







Oleh :    HASMY AGAM
           
ULASAN Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan dedua, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013 kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras  pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).

Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya.

Dalam laporan ATIP 2013 tersebut, Jabatan Negara AS memberikan penilaiannya terhadap rekod pemerdagangan

orang di Malaysia termasuk usaha yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu, pendakwaan, perlindungan dan pencegahan yang sebahagian daripada isu-isu tersebut pernah diutarakan oleh suruhanjaya menerusi laporan tahunan, dan juga dialog serta perbincangan meja bulat bersama agensi-agensi Kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain.

Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh melalui sesi dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan dan lawatan ke rumah perlindungan mangsa pemerdagangan, pihak suruhanjaya telah menghasilkan syor berikut:

(1) Bahawa kerajaan mengukuhkan mekanisme berhubung dengan pendakwaan ke atas pesalah, perlindungan ke atas mangsa dan pencegahan insiden-insiden baru penyeludupan melalui kerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil dan misi diplomatik, serta pihak-pihak berkepentingan serantau dan antarabangsa;

(2) Bahawa NGO perlu disediakan satu saluran untuk menawarkan kepakaran mereka kepada Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO) kerana ramai mangsa lebih cenderung mendapatkan khidmat mereka untuk bantuan;

(3) Bahawa semua mangsa disediakan dengan pemeriksaan kesihatan serta-merta setibanya di pusat-pusat perlindungan, serta lawatan berkala oleh kakitangan perubatan;

(4) Bahawa mangsa dimaklumkan status kes mereka dan sebuah mahkamah khas diwujudkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes berkaitan antipemerdagangan orang;

(5) Bahawa kerajaan menyediakan latihan yang ekstensif untuk meningkatkan kemahiran pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh negara, terutamanya di barisan hadapan, mengenai cara-cara untuk mengenal pasti mangsa yang disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia;

(6) Bahawa kerajaan meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (akta 670) dengan membenarkan mangsa untuk menerima pampasan dan untuk bekerja sementara menunggu penyelesaian kes-kes mereka; mewartakan rumah-rumah perlindungan yang dikendalikan oleh NGO, memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kes-kes penyeludupan manusia dan penyeludupan migran iaitu Seksyen 12 dan 13 di bawah Akta ATIP; serta penjelasan mengenai peranan Suruhanjaya dan keanggotaannya dalam majlis;

(7) Bahawa kerajaan mengkaji semula Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955 yang membenarkan "kontraktor bagi buruh' yang mungkin boleh mengakibatkan eksploitasi pekerja oleh pihak agensi pengambilan pekerja dan majikan; dan

(8) Bahawa kerajaan menyertai Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka serta Konvensyen Berkaitan dengan Status Pelarian.

Memandangkan Malaysia merupakan negara destinasi dan transit bagi kebanyakan pekerja migran, suruhanjaya menyeru agar kerajaan mempertingkatkan usahanya dalam memberi perlindungan yang lebih baik kepada mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan di semua peringkat, selari dengan standard antarabangsa yang  ditentukan oleh Protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagangan orang terutama yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

(NOTA : Tan Sri Hasmy Agam Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

9 comments:

  1. Graded together with Malaysia under Tier 2 Watch List in the Asean Region are Thailand and Myanmar.

    Under this grouping, the governments do not fully comply with the Trafficking Victims Protection Act’s (TVPA) minimum standards, but are making significant efforts to bring themselves into compliance with the standards.

    The report also alleged that the government made no tangible improvements to its inadequate system for identifying and protecting trafficking victims.

    ReplyDelete
  2. However, the report said the government had made modest overall progress in addressing human trafficking through law enforcement means.

    “During 2012, the government convicted 11 sex trafficking offenders and 10 labour trafficking offenders, compared to the 17 sex trafficking convictions and zero labour trafficking convictions obtained in 2011,” the report said.


    This grading riled Home Affairs Deputy Minister Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar who said it was unfair to put Malaysia under Tier 2 Watch List as it did not reflect the nation’s genuine stance and stringent laws against human trafficking.

    ReplyDelete
  3. He said Malaysia had been adopting a humanitarian approach in dealing with illegal immigrants, which constitute the bulk of the so-called ‘human trafficking’ cases in the country.

    Wan Junaidi revealed that currently there are some 1.5 million illegal immigrants in the country.

    “Malaysia is a major hub for people in this region to look for better prospects in life. Of course there are many who take advantage of our humanitarian approach and overstayed and this is a problem that we have to face.

    ReplyDelete
  4. “At the same time we cannot simply throw these people back to the sea otherwise we will be labelled us inhumane,” Wan Junaidi told The Borneo Post here yesterday.

    He said the government had initiated dialogues with other countries in the region especially Asean countries to find solutions to the problems.

    “We will continue to organise initiatives with other Asean members as most of our illegal immigrants are from these countries especially from Myanmar,” he said.

    ReplyDelete
  5. Wan Junaidi also revealed that one of the reasons for foreigners to enter Malaysia easily was because its borders were porous.

    “While we have sufficient laws to curb human trafficking, it’s not easy to enforce it as in many cases it involved illegal immigrants who are forced to come here due to many unforeseen circumstances. For that reason our detention camps are now flooding with illegal immigrants including some 200,000 illegal Myanmarese,” he said.

    Under Tier 1, are countries whose governments fully comply with the TVPA minimum standards. Most of the developed countries fall under this tier.

    ReplyDelete
  6. Tier 2 are countries whose governments do not fully comply with the TVPA’s minimum standards, but are making significant efforts to bring themselves into compliance with those standards. Most Asean countries such as Singapore, Indonesia, the Philippines and Vietnam fall under this category.

    Countries in Tier 3 are those whose governments do not fully comply with the minimum standards and are not making significant efforts to do so.

    ReplyDelete
  7. Statistik terkini kadar jenayah bagi kawasan bandar raya Kota Kinabalu pada keseluruhannya menurun kepada 635 kes dalam tempoh Januari hingga 9 Jun ini berbanding 752 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

    ReplyDelete
  8. "Ini menunjukkan penurunan sebanyak 117 kes atau 15.56 peratus," kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun.Beliau berkata bagaimanapun dua kategori kes menunjukkan peningkatan iaitu kes curi motosikal sebanyak 4.9 peratus dan pecah rumah 13.46 peratus.

    ReplyDelete
  9. "Polis sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan amanah untuk mencegah serta menbanteras jenayah," katanya ketika menyampaikan amanat sempena perhimpunan bulanan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

    Jauteh berkata setiap anggota polis mempunyai tanggungjawab yang ditetapkan terutama dalam memberi perkhidmatan kepolisan yang lebih baik kepada rakyat.

    ReplyDelete