Thursday 27 June 2013

KENAPA MDT JADI LINTAH DARAT?






Saudara Pengarang,

KAMI peniaga kecil di daerah Tuaran ingin bertanya kepada Majlis Daerah Tuaran, apakah motif dan rasional pihak berkuasa tempatan berkenaan memberikan tapak Medan Selera di pekan Tuaran untuk diuruskan oleh 'Orang Tengah'?

Kemudian 'Orang Tengah' tersebut melantik anak perempuan beliau untuk menyewakan gerai berkenaan kepada peniaga kecil dan menghisap darah kami sehingga mencecah RM450 sebulan.

Tidak cukup dengan itu, barang dagangan kami dihadkan kepada menjual makanan sahaja dan tidak dibenarkan menjual minuman kerana dimonopoli oleh 'Orang Tengah Lintah Darat' berkenaan.

Apakah jenis sistem yang diamalkan oleh MDT? Persoalan kami di sini, kenapa kami terpaksa menyewa daripada pihak ketiga? Tidak lama lagi kami semua akan gulung tikar melainkan MDT menyewakan gerai berkenaan terus kepada kami.

Semoga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor tidak membiarkan Pegawai Eksekutif MDT, Sadan Hussin bermaharaja lela menindas kami dan sekaligus membatalkan pengswastaan Medan Selera berkenaan.

Salam Hormat,

MANGSA LINTAH DARAT

6 comments:

  1. Kemudian 'Orang Tengah' tersebut melantik anak perempuan beliau untuk menyewakan gerai berkenaan kepada peniaga kecil dan menghisap darah kami sehingga mencecah RM450 sebulan.

    Pihak berkuasa harus memberi penjelasan. Kadar sewa yang tidak berpatutan ini harus diambil tindakan.

    ReplyDelete
  2. Tidak harus membiarkan pihak yang tidak bertanggung jawab ini menindas golongan awam.

    ReplyDelete
  3. Tidak cukup dengan itu, barang dagangan kami dihadkan kepada menjual makanan sahaja dan tidak dibenarkan menjual minuman kerana dimonopoli oleh 'Orang Tengah Lintah Darat' berkenaan.

    Adakah berpatutan diberi hak kepada orang tengah ini terus mengambil kesempatan?

    ReplyDelete
  4. Kerajaan tidak harus berdiam diri, sikap ini akan menyebabkan harga jualan semakin bertambah.

    ReplyDelete
  5. Adakah kadar ini berpatutan? Adakah betul diuruskan oleh orang tengah ini? Siapakah orang tengah ini?

    ReplyDelete