Tuesday 25 June 2013

KG AIR TIDAK ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR





Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

SEMPORNA : Sebenarnya Kampung Air tidak pernah mengalami masalah bekalan air sejak dari dahulu lagi  kerana kampung yang mempunyai 500 penduduk ini,  hidup dalam keadaan selesa kerana kerajaan  tidak putus-putus menyalurkan pelbagai kemudahan asas untuk dinikmati rakyatnya.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Air Semporna 1, Hj Mohd Kassim Hj Ibno Bederi berkata demikian sebagai mengulas artikel Sabahkini.net bertajuk, 'Semporna Banjir YB,Kering Air'.

“Kenyataan  Saifullah tidak tepat  kerana dia hanya mendengar  laporan daripada segelintir penduduk kampung yang sengaja mencari masalah, sedangkan sebagai Ketua Cawangan UMNO saya sentiasa memantau segala permasalahan penduduk di sini,” tegasnya.

Katanya, UMNO akan sentiasa memantau kemajuan dan keperluan penduduk kampung air, terutama yang menghadapi masalah teknikal untuk mendapatkan bekalan air paip.

"Setakat ini bekalan air mencukupi dan kita belum menerima sebarang rungutan atau laporan kawasan yang tidak mendapat bekalan air bersih secara kritikal. Jika ada catuan hanya masalah teknikal," kata Kassim yang menggesa agar penduduk kampung menghubungi beliau jika ada masalah, bukannya mencari publisiti di media.

6 comments:

  1. Syabas bekalan tiada masalah.

    ReplyDelete
  2. Kualiti bekalan harus memenuhi syarat.

    ReplyDelete
  3. Masalah yang dihadapi haurs membuat aduan kepada pihak yang betul.

    ReplyDelete
  4. Projek naik taraf harus diteruskan agar semua golongan menikmati perubahan dari segi kehidupan.

    ReplyDelete
  5. Isu ini harus disiasat apakah kebenarannya. Tuduhan rakyat harus diambil perhatian juga.

    ReplyDelete
  6. masalah bekalan air harus diatasi

    ReplyDelete