Wednesday 26 June 2013

NAJIB KOMITED UNTUK PERDAMAIAN








Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan beliau tidak menandatangani perjanjian perdamaian dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dibroker oleh bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, mengatakan beliau perlu mendapatkan persetujuan pemimpin Umno lain dan ianya mengambil masa panjang.

Dalam wawancara bersama majalah Tempo dari Indonesia, beliau mengatakan, walaupun tiada perjanjian diantaranya untuk PR dan Barisan Nasional (BN) menerima keputusan pilihan raya 5 Mei dan memastikan peralihan kuasa secara aman jika pembangkang menang, beliau komited kepadanya.

Najib mengatakan perdamaian masih boleh dilakukan tetapi hanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan pilihan raya. Berita mengenai perjanjian itu menjadi pengetahuan umum apabila ianya dibocorkan kepada akhbar antarabangsa beberapa hari selepas pilihan raya sengit menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti lebih kecil tanpa undi popular.

Anwar dan PR berada dalam keadaan tertekan berikutan daripada pendedahan perjanjian untuk menerima keputusan pilihan raya itu.

Akan tetapi ketua pembangkang itu mengatakan perjanjian itu tidak sah kerana terdapat penipuan besar-besaran dalam pilihan raya dan Najib tidak menandatanganinya.

Tempo mengatakan idea untuk perjanjian perdamaian itu berlaku sekitar akhir April, sebelum Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke 13. Anwar melawat Kalla di rumahnya di Jakarta dan membangkitkan kemungkinan untuk mengakhiri ketegangan selepas pilihan raya di Malaysia. Anwar meminta Kalla untuk menjadi pengantara dengan Najib. Tempo mengatakan Kalla dan Najib rapat kerana latarbelakang Bugis mereka.

Pada ketika itu, Anwar yakin PR akan menang pilihan raya itu. Tempo mengatakan isu perdamaian timbul kembali dua minggu lalu selepas pertemuan Anwar dan Najib dengan Kalla.

DI bawah adalah petikan temuramah Najib dengan Tempo semasa lawatan peribadinya di Jakarta.

Apakah iklim politik Malaysia terlalu panas sehingga anda perlu bermain golf di Jakarta?

Saya masih belum berehat selepas pilihan raya. Secara kebetulan, isteri saya mempunyai acara untuk dihadirinya, jadi saya dapat datang bersama dan bermain golf, bertemu rakan-rakan lama dan memerhatikan bagaimana pembangunan telah berlaku. Hubungan dengan Indonesia penting dan banyak isu boleh diselesaikan secara tidak formal.

Apakah itu sebabnya anda bertemu Jusuf Kalla? Dilaporkan anda berdua main golf di Halim.

Semasa saya memegang jawatan timbalan perdana menteri, Jusuf Kalla adalah naib presiden. Kami rakan sejawatan dan mempunyai latarbelakang sama. Dia Bugis dan saya Bugis. Isteri kami kedua-dua Minang (berasal dari Sumatera Barat). Sepanjang banyak lawatan, kebanyakannya secara tidak rasmi, kami berkomunikasi. Kali ini kami main golf bersama.

Bukankah Jusuf Kalla cuba menjadi pengantara diantara anda dan Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim yang meminta Kalla menjadi pengantara.

Apakah syarat kepada perjanjian ini?

Pertama, keputusan pilihan raya mesti diterima. Anwar Ibrahim sudah menandatangani surat komitmen di hadapan Kalla. Tetapi setakat ini, Anwar masih belum menerima keputusan pilihan raya secara rasmi.

Kami dengar anda enggan menandatangani surat itu.

Sebagai presiden parti (Umno), saya perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin parti sebelum saya menandatanganinya. Prosesnya panjang, tetapi saya kekal komited [kepada perjanjian]. Pada ketika itu Pak Jusuf Kalla kata, sebagai seorang Bugis, kita harus mempunyai integriti. Kata-kata kita adalah janji. Itu adalah prinsip orang Bugis.

Apakah ini bermaksud anda masih mahukan perdamaian?

Mereka mesti terlebih dahulu menerima keputusan pilihan raya. Itu adalah keutamaan perjanjian dan Anwar sendiri telah tandatangan. Kita terus memerhatikan perkembangannya. (TMI)

15 comments:

  1. Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  2. Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

    ReplyDelete
  3. Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang. "Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  4. "Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ReplyDelete
  5. Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  6. Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang. "Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.

    ReplyDelete
  7. Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.

    ReplyDelete
  8. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  9. "Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13. "Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.

    ReplyDelete
  10. Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.

    ReplyDelete
  11. Mengenai isu perdamaian nasional yang cuba diperlekehkan,Najib menyimpulkan situasinya bahawa pembangkang juga harus berusaha kearah itu dan tidak hanya desak kerajaan jayakannya.Beliau menegaskan langkah utama kearah itu ialah mereka wajib terima keputusan PRU13 sebagai keputusan yang muktamad.

    ReplyDelete
  12. Katanya ini kerana pilihanraya itu dijalakankan menurut perlembagaan negara,mengikut peraturan pilihanraya dan sekiranya ada apa yang tidak puashati ada saluran untuk petisyen di mahkamah.

    Najib jelas merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang terus menerus buat macam-macam hal termasuk perhimpunan haram membantah keputusan PRU13 sedangkan waktu sama mahu perdamaian nasional dicapai.

    ReplyDelete
  13. Beliau juga membangkitkan mengenai ‘pelik’ sikap mereka dalam membantah keputusan PRU13 kerana masing-masing sudah angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada hari Isnin.

    Baginya di satu pihak mereka terima keputusan di kawasan masing-masing dengan angkat sumpah dan di satu pihak lain membantah.

    ReplyDelete
  14. Beliau mengingatkan kalau pembangkang boleh menegur kerajaan maka kerajaan juga boleh menegur pembangkang.

    “Kalau kita tegur menegur dan terus berbalah sampai bila pun tak akan capai perdamaian nasional.Kalau nak mulakan proses ini pokoknya terima keputusan PRU13,”katanya.

    ReplyDelete
  15. patut Anwar terima saja keputusan PRU 13, jgn nak manipulasikan keputusan tersebut.

    ReplyDelete