Sunday 23 June 2013

PINDAAN ENAKMEN BERI MANFAAT






INDAH.....Air terjun di Imbak Canyon, salah satu kawasan pemuliharaan utama.

KOTA KINABALU : Pengelasan semula kawasan seluas lebih 63,700 hektar yang meliputi empat hutan komersial di Sabah sebagai kawasan yang dilindungi, merupakan langkah positif bagi peleraian populasi hidupan liar dan akan menjadikan zon penampan di kawasan pemuliharaan utama, lebih berkesan.

Dalam kenyataan bersama mereka hari ini, Land Empowerment Animals People (LEAP) dan Borneo Rhino Alliance (BORA) berkata peningkatan status itu kepada Hutan Simpan Perlindungan Kelas I seperti yang diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Khamis akan meningkatkan perdampingan antara kawasan pemuliharaan Lembangan Maliau, Ngarai Imbak dan Lembah Danum.

Pengarah eksekutif LEAP Cynthia Ong mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Sabah itu kerana perdampingan hutan adalah sesuatu yang penting dalam memelihara kebingkasan ekosistem.

“Kami berada di wilayah kritikal, pada waktu yang kritikal. Keberanian dan kepimpinan politik dari pihak kerajaan sangat diperlukan. Keberanian dan kepimpinan seperti ini dari semua sektor – masyarakat sivil, industri dan masyarakat – adalah sama pentingnya dalam usaha mewujudkan kelestarian menyeluruh bagi semua pihak.

“Tragedi meracun gajah pada awal tahun ini mencetuskan kesedaran penting dan kami dalam masyarakat NGO meningkatkan usaha serta kerjasama kami dengan kerajaan. Sektor swasta amat perlu memainkan peranannya,” kata beliau.

Ong berkata, bersama NGO lain dan pertubuhan penyelidikan, LEAP menyeru syarikat pembalakan dan ladang sawit yang beropersi di kawasan berlakunya tragedi yang menimpa gajah itu supaya berusaha mendapatkan sijil daripada Majlis Pengawasan Hutan (FSC) dan Rundingan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO).

“Kami ingin mengingatkan pemegang lesen Unit Pengurusan Hutan (FMU) serta syarikat pembalakan dan ladang sawit di sempadan kawasan yang baru dinaik taraf itu tentang tanggungjawab mereka. Segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan pemburu haram dan pihak lain yang mempunyai niat tersendiri, tidak menceroboh kawasan hutan simpan berkenaan,” katanya.

Hutan simpan yang dinaik taraf itu ialah Malua (33,969 ha), Mt Magdalena (6,665ha), Tambulanan (3,265 ha) dan Sungai Tiagau (19,870 ha). Tiga hutan simpan terakhir itu mempunyai nama lain sebelum pengelasan semula berkenaan dilakukan.

Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan pindaan terhadap Enakmen Hutan (Perlembagaan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984 untuk mengelaskan semula empat hutan simpan itu, yang disifatkan Kerajaan Negeri mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi dan sebagai suatu langkah untuk meningkatkan perlindungan terhadap biodiversiti serta hidupan liar.

Ong berkata langkah menaikkan taraf Hutan Simpan Malua kepada Kelas I amat penting kerana kawasan itu menjadi hos bagi Malua BioBank, bank pemuliharaan tropika terbesar di dunia bagi tujuan memulihkan habitat penting Orang Utan dan spesies terancam lain.

Malua BioBank mengeluarkan Sijil Pemuliharaan Biodiversiti untuk dijual bagi memulihkan dan memulihara hutan simpan secara lestari.

Pengarah eksekutif BORA Datuk Dr Junaidi Payne berkata komitmen untuk memulihara hutan balak merupakan suatu langkah yang patut dipuji.

Junaidi berkata pindaan itu juga meliputi aspek lain, termasuk penambahan 6,429 hektar hutan bakau yang tidak dilindungi sebelum ini di Menumbok ke dalam sistem hutan simpan.

“Berita ini patut dialu-alukan kerana ia akan membantu memelihara sumber perikanan di kawasan Brunei Bay hingga ke Weston dan Klias melalui perlindungan yang diberi terhadap kawasan semaian perikanan semula jadi.(BI)

43 comments:

  1. Sabah berjaya mencapai kejayaan memberangsangkan dalam usaha melindungi hutan- hutan dan bioversiti Negeri di Bawah Bayu menerusi pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Mapan (SFM).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keseimbangan ekosistem harus diteruskan.

      Delete
    2. Keindahan alam sekitar memerlukan kesedaran semua pihak untuk menjaganya.

      Delete
  2. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pendeka- tan SFM yang mengutamakan pengetahuan, wawasan, ke- adaan yang memungkinkan dan kewangan adalah seiring dengan strategi Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) berhubung hutan bagi merealisasikan sumbangan hutan dalam ekonomi mesra alam.

    ReplyDelete
  3. Bagi Sabah, ini bukan sekadar cakap kosong. Kami mempunyai kisah-kisah kejayaan seperti Hutan Simpan Deramakot yang telah diiktiraf serta hutan yang diuruskan dengan baik di bawah skim pensijilan Majlis Pengurusan Hutan (FSC).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutan simpanan di Sabah adalah antara yang terbaik di Asia.

      Delete
  4. Daripada pengalaman Deramakot, Sabah berupaya mengembangkan pengurusan hutan secara mapan untuk diaplikasikan di seluruh negeri pada 1997, membolehkan kita mewujudkan lebih banyak pe- luang pekerjaan dan perolehan serta pada masa sama memulihara hutan dan biodiversiti, katanya.

    ReplyDelete
  5. Musa berkata cerita kejayaan lain adalah projek Ulu Segama-Malua yang meliputi kawasan seluas 240,000 hektar pengeluaran rizab hutan khusus bagi pengurusan hutan semula jadi dan pemuliharaan Orang Utan.

    ReplyDelete
  6. Sabah turut terlibat dalam usahasama Malua Bio-Bank, satu perkongsian pintar awam-swasta dalam pembiayaan pemuliharaan yang inovatif, kata beliau. Kesemua inisiatif berkenaan adalah bukti bahawa Kerajaan Sabah memperoleh hasil daripada program pengurusan hijau dan ini menandakan kedayamajuan ekonomi mesra alam, katanya.

    ReplyDelete
  7. Inilah peluang yang sedia wujud daripada ekonomi mesra alam yang boleh diperoleh di Jantung Borneo, dan ini satu tanda kesungguhan kita dalam inisiatif rentas sempadan, kata beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keunikan hutan simpanan juga menggalak pelancongan.

      Delete
  8. Musa berkata ekonomi yang mesra alam boleh mewujudkan satu era baru bagi hubungan harmoni antara ekonomi, alam sekitar, sosial dan kelestarian jangka panjang, bukan hanya untuk Sabah tetapi juga wilayah dan dunia sejagat, katanya.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai parti yang diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat, akan terus memastikan agenda pembangunan serta aku janji pada PRU13 dipenuhi.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata segala program pembangunan yang dirancang akan dilaksana selaras dengan aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang.

    "Dalam menjalankan tugas dan amanah ini, saya pohon kepada semua Ahli Yang Berhormat pembangkang khususnya, supaya dapat melihat kebaikan dan kemurnian hasrat kerajaan BN dalam melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang menjurus kepada mempertingkat kualiti hidup rakyat dan memacu pembangunan ekonomi negeri ke arah kemakmuran serta kesejahteraan yang berkekalan," katanya.

    Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri, memberi jaminan bahawa dengan mandat baharu yang diberikan rakyat Sabah kepada BN, semua program pembangunan yang dirancang sebelum ini bukan sahaja akan dilaksana bahkan diteruskan serta dipertingkat.

    ReplyDelete
  10. "Justeru, kerajaan BN Sabah akan melipatgandakan lagi usaha dan bergerak lebih pantas bagi meneruskan pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang sesuai dengan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan (GTP/ETP)," katanya.

    Bercakap kepada pemberita selepas itu, Musa yang juga pengerusi BN negeri, berkata kerajaan bukan sahaja mampu merancang malah berupaya melaksanakan segala
    perancangan dasar, projek dan inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.

    "Apa yang penting, selepas ini kita perlu terus turun padang, berikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing," katanya.

    Mengulas sidang penggal pertama yang berakhir hari ini, beliau berkata wakil pembangkang lebih banyak mengelirukan Dewan dengan memutar belit fakta dan mengeksplotasi isu untuk kepentingan politik sempit mereka.

    ReplyDelete
  11. Menyatakan bahawa Sabah perlu belajar lebih tekun mengenai ekonomi mesra alam, Musa berharap persidangan itu akan menjadi landasan bagi para peserta meneroka ilmu bagaimana pembangunan masa hadapan tidak menghakis sumber-sumber asli dan membolehkan mereka memahami mengenai apa yang perlu dilakukan untuk menyokong pembangunan mampan.

    ReplyDelete
  12. "Malah mereka seolah-olah tidak memahami atau pura-pura tidak tahu pelbagai usaha dan kejayaan kerajaan BN dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di seluruh negeri, termasuk di kawasan yang mereka menangi,"katanya.

    Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang yang menggulung bagi Jabatan Ketua Menteri berkata kajian terperinci akan dibuat untuk meneliti kesesuaian Sandakan dijadikan lokasi ibu pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu, atau Lahad Datu kekal sebagai lokasi ibu pejabat ESSCOM.


    "Ini termasuk mengambil kira dari segi lokasi strategik dari aspek pertahanan dan keselamatan, kawasan liputan di samping mengambil kira dari segi kemudahan logistik yang disediakan, termasuk kemudahan lapangan terbang yang boleh menampung kemudahan atur gerak bagi tujuan pertahanan dan keselamatan," katanya.

    ReplyDelete

  13. Sementara itu, Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2013 yang mengkelaskan semula 63,769 hektar hutan kelas dua kepada hutan simpan perlindungan kelas satu sebagai usaha memulihara serta menjadikannya habitat spesies terancam seperti Orang Utan.


    Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ellron Angin ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata ia bertujuan meminda Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan (1984) itu bagi menubuhkan, mengkelaskan serta mengkelaskan semula Hutan Simpan di Sabah.


    Beliau berkata pindaan itu tidak memberi sebarang kesan kepada perbelanjaan tambahan kerajaan negeri. Persidangan Dewan ditangguh.

    ReplyDelete
  14. Sabah kini mempunyai salah satu kawasan pemuliharaan terbesar di negara ini. Keluasannya adalah hampir 15 kali ganda saiz Pulau Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemuliharaan dan pemeliharaan hutan simpanan harus dipertingkatkan.

      Delete
  15. Kawasan yang berkeluasan lebih daripada 400,000 hektar itu merangkumi tiga usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar di Sabah - Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon.

    ReplyDelete
  16. Sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah menghubungkan kawasan hutan di kawasan tiga pemuliharaan demi mengklasifikasikan semula yang ditetapkan untuk pembalakan dan aktiviti-aktiviti komersial lain ke kawasan-kawasan yang dilindungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal harus dihentikan.

      Delete
  17. Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata, khazanah itu akan dipulihara apabila Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan Enakmen Hutan 1984 pada Khamis lalu di mana 23,135 hektar hutan diklasifikasikan semula sebagai kawasan perlindungan.

    ReplyDelete
  18. "Kita kini mempunyai kawasan pemuliharaan yang besar, yang benar-benar dilindungi dan tidak boleh diambil," katanya.

    ReplyDelete
  19. Beliau berkata, kerja-kerja untuk memulihkan kawasan-kawasan yang baru dilindungi sedang dijalankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesedaran harus ada. Golongan yang mementingkan keuntungan dan sanggup merisikokan keseimbangan alam sekitar harus dikenakan tindakan.

      Delete
  20. Beliau berkata, ia dahulunya pernah menjadi hutan simpan komersial.

    ReplyDelete
  21. Mannan menambah, pihak pengurusan merancang untuk tempat-tempat seperti Gunung Rara, Ulu Segama dan Hutan Simpan Malua kini dicantikkan.

    ReplyDelete
  22. Beliau berkata, kerja-kerja pemulihan yang terlibat adalah penanaman semula spesies pokok semula jadi di kawasan yang terjejas.

    ReplyDelete
  23. Katanya, hubungan antara hutan Lembah Danum, Imbak Canyon dan Maliau Basin juga penting sebagai sebahagian daripada kawasan-kawasan ini yang merupakan habitat bagi hidupan liar seperti Orang Utan.

    ReplyDelete

  24. Beliau berkata, bahagian kawasan yang terkawal seperti Hutan Simpan Malua juga pernah menjadi sebagai sumber gen bagi spesies tumbuhan asli.

    ReplyDelete
  25. Boleh dikatakan Malaysia adalah bumi bertuah kerana masih mempunyai kawasan hutan yang luas. Kawasan hutan lazimnya dikaitkan dengan penghasilan kayu balak yang mempunyai permintaan pasaran yang tinggi selain hasil-hasil hutan yang lain.


    Pada tahun 2005 sahaja, jumlah pendapatan eksport hasil kayu Malaysia meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM21.5 bilion berbanding RM19.8 bilion pada 2004. Bagi Semenanjung Malaysia sahaja, eksport hasil kayu dan eksport hasil berasaskan kayu untuk 2005 berjumlah RM10.5 bilion, meningkat 9.4 peratus berbanding RM9.58 bilion pada 2004.


    "Bagaimanapun, kepentingan hutan bukan untuk pengeluaran kayu-kayan semata-mata malah untuk pemeliharaan tanah, sumber air, hidupan liar dan alam sekitar.

    ReplyDelete
  26. "Sebab itu kita wujudkan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan ianya diurus di bawah sistem pengurusan hutan berkekalan dan diberi perlindungan sepenuhnya," demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Perancangan & Pembangunan), JPSM, Datuk Hj Dahlan bin Hj Taha ketika diwawancara Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

    Keluasan kawasan hutan asli di Malaysia pada akhir 2005 dianggarkan berjumlah 19.52 juta hektar atau 59.5 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Malaysia.

    Daripada keluasan kawasan berhutan berkenaan, seluas 14.39 juta hektar diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal dan diurus di bawah sistem pengurusan berkekalan. Di samping itu, 2.15 juta hektar di luar Hutan Simpanan Kekal telah dijadikan Taman Negara dan Suaka Hidupan Liar.

    ReplyDelete
  27. Ini menjadikan jumlah hutan yang diberi perlindungan penuh di bawah polisi dan perundangan ialah seluas 16.54 juta hektar.

    Selain itu, katanya, baki dari jumlah kawasan hutan asli iaitu seluas 2.94 juta hektar diasingkan sebagai Hutan Tanah Kerajaan yang akan dibangunkan untuk tujuan pertanian, industri dan kegunaan-kegunaan lain.

    ReplyDelete
  28. Dianggarkan kira-kira 4.7 juta hektar luas hutan atau 63 peratus daripada jumlah keluasan tanah negeri Sabah. Kebanyakan daripada tanah diliputi hutan telah digazet sebagai Hutan Simpan Kekal, Taman Negara dan Taman-taman Negeri.

    Kawasan-kawasan Hutan Perlindungan bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai jenis hutan untuk kepentingan generasi masa kini dan akan datang.

    Vegetasi hutan di negeri Sabah merupakan hasil proses sesaran hutan dari kawasan pantai, Hutan Bakau sehingga ke kawasan Hutan Dipterokap Tanah Pamah, Hutan Dipterokap Tanah Tinggi dan Hutan Pergunungan.

    ReplyDelete
  29. Sabah kini mempunyai salah satu kawasan pemuliharaan terbesar di negara ini. Keluasannya adalah hampir 15 kali ganda saiz Pulau Pinang.Kawasan yang berkeluasan lebih daripada 400,000 hektar itu merangkumi tiga usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar di Sabah - Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon.

    ReplyDelete
  30. Kerajaan negeri akan mengekalkan 55 peratus kawasan hutan di Sabah sebagai hutan kekal dan terlindung kerana kawasan semulajadi di negeri ini merupakan antara tarikan pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.

    ReplyDelete
  31. Beliau berkata dasar kerajaan negeri adalah memastikan penerokaan dan pembangunan di Sabah tidak akan berlaku sewenangnya sehingga mengganggu-gugat hutan kekal dan hutan yang dilindungi.

    "Kelebihan Sabah yang memiliki kawasan hutan kekal dan hutan dara yang luas menjadi salah satu tarikan utama sektor pelancongan semulajadi," katanya.

    ReplyDelete
  32. A new project is on the pipeline.

    ReplyDelete
  33. Program penanaman semula adalah harus dibuat.

    ReplyDelete
  34. Undang-undang harus diperkuatkuasakan terhadap golongan yang menjalankan aktiviti haram.

    ReplyDelete
  35. kta harus kekalkan keindahan alam semulajadi kita

    ReplyDelete