Tuesday, 11 June 2013

PUSAT PENYELIDIKAN MARIN DITUBUHKAN DI SABAH







SANDAKAN : Sebuah pusat penyelidikan telah ditubuhkan untuk menambahbaik ekosistem marin di Pusat Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) di timur Sabah.

Pusat Penyelidikan Marin Kepulauan Sugud (SIMRC) ditubuhkan susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) semalam di Pulau Billean di perairan Sandakan.

SIMRC, terletak di Billean, ialah usaha sama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Reef Guardian Sdn Bhd dan Universiti Cardiff.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata Isnin, SIMCA telah untuk lebih 12 tahun, memainkan peranan penting menguruskan pemuliharaan terumbu karang yang telah membawa manfaat kepada ekopelancongan dan perlindungan biodiversiti.

Kerajaan negeri Sabah pada 3 Dis, 2001, mengisytiharkan kawasan seluas 46,317 hektar terdiri daripada pulau-pulau Lankayan, Tegaipil dan Billean yang meliputi terumbu karang di kawasan cetek sebagai kawasan pemuliharaan, kini lebih popular dikenali sebagai SIMCA.

"Reef Guardian, yang dilantik untuk menguruskan SIMCA sepenuhnya dengan kerjasama rapat Jabatan Hidupan Liar Sabah, sedang menjalankan inisiatif baharu bersama-sama dengan Universiti Cardiff.

"Penubuhan pusat ini akan meningkatkan penyelidikan dan pemuliharaan ekosistem marin dan menilai kejayaan kawasan pemuliharaan secara saintifik.

"Kami bangga menjadi sebahagian inisiatif ini yang pastinya akan meningkatkan minat saintis tempatan dan antarabangsa dalam penyelidikan ekosistem terumbu karang di rantau ini, dan meningkatkan ekopelancongan di pantai timur Sabah," katanya.

Pegawai Penyelidik Reef Guardian dan Pengurus SIMRC Davies Austin Spiji berkata objektif pusat itu termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelidikan marin dan pemantauan menerusi latihan, bengkel dan penyelidikan bersama bagi pengurusan sumber marin dan pemuliharaan biodiversiti secara efektif.

Beliau berkata SIMRC juga menyediakan kemudahan latihan dan pembelajaran kepada universiti dan institusi antarabangsa untuk merasai sendiri pengalaman dalam ekosistem terumbu karang tropika.

"SIMRC juga akan membantu dalam pengisian semula spesies marin yang terancam dan penting untuk pengkomersilan di Sabah menerusi amalan marikultur dan menggalakkan kesedaran pemuliharaan marin kepada awam dan pemegang amanah tempatan," katanya.

Pengarah Danau Girang Field Centre (DGFC) dan penyelidik bersama Universiti Cardiff Dr Benoit Goossens berkata penubuhan pusat penyelidikan di SIMCA akan menyediakan kemudahan pendidikan bertaraf dunia dengan struktur dan sumber diperlukan untuk inisiatif sains ekosistem marin, khususnya mengenai pulau tropika kecil dan ekologi terumbu karang.

Goossens, yang mewakili Naib Canselor Universiti Cardiff berkata universiti akan menawarkan kursus-kursus lapangan kepada pelajarnya dan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa yang menjalani latihan di SIMRC.

Universiti juga akan menguruskan pengambilan pelajar dan program kerja lapangan di pusat itu, dan akan membantu mengumpulkan dana bagi pemerolehan peralatan tambahan makmal untuk aktiviti di SIMRC.

"Kini, Universiti Cardiff berada dalam kedudukan untuk menawarkan kursus-kursus lapangan dan peluang penyelidikan dalam dua ekosistem paling berbeza di dunia - terumbu karang tropika di SIMRC dan hutan hujan tropika di DGFC dalam kawasan Kinabatangan, juga di pantai timur Sabah.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Reef Guardian bagi sokongan dan semangat setiakawan mereka dan kami menyambut baik kerjasama ini," kata Goossens.

38 comments:

  1. Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan antara pusat kecemerlangan yang menjadi teras kepada bidang penyelidikan di universiti terbabit.

    ReplyDelete
  2. Institut ini telah merangka beberapa strategi untuk mencapai sasaran-sasaran dan objektif-objektifnya.


    ReplyDelete
  3. Antara yang menjadi teras utama adalah untuk mencari satu pendekatan baru berasaskan ilmu pengetahuan untuk permodenan (akuakultur dengan perspektif penyelesaian masalah bagi memenuhi keperluan keusahawanan, kebolehpasaran, kebajikan masyarakat dan kepentingan negara.

    ReplyDelete
  4. Sasaran strategi program akuakultur institut ini didefinisikan sebagai aktiviti penyelidikan dan inovasi bidang akuakultur untuk pengeluaran makanan laut secara mampan.

    Ia amat bersesuaian dengan tema keseluruhan institut iaitu Pemuliharaan dan Pembangunan Mampan Sumber Marin.

    ReplyDelete
  5. syabas kepada kerajaan negeri dan juga para NGO yang telah memainkan banyak peranan dalam melindungi hidupan marin sabah.. langkah seperti ini harus lebih agresif memandangkan ekonomi sabah banyak bergantung kepada industri pelancongan..

    ReplyDelete
  6. Ia dihasilkan untuk menyediakan kepentingan istimewa kepada penyelidikan berinovasi agar dapat mencapai matlamat pengeluaran makanan laut secara mampan dari segi ekonomi dan juga mesra alam.

    Institut ini telah menghasilkan makanan buatan atau makanan akuakultur (aqua feed) yang berkualiti tinggi khusus untuk ikan kerapu dan berjaya menghasilkan kit-kit diagnostik untuk pengesanan penyakit-penyakit ikan.

    ReplyDelete
  7. Produk- produk ini telah pun sedia untuk dikomersialkan.

    Dua bidang utama yang dibangunkan di IPMB iaitu akuakultur dan sains marin berjalan seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain.


    ReplyDelete
  8. Sebuah pusat penyelidikan telah ditubuhkan untuk menambahbaik ekosistem marin di Pusat Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) di timur Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kestabilan eko harus dipeliharakan.

      Delete
  9. Pusat Penyelidikan Marin Kepulauan Sugud (SIMRC) ditubuhkan susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) semalam di Pulau Billean di perairan Sandakan

    ReplyDelete
  10. SIMRC, terletak di Billean, ialah usaha sama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Reef Guardian Sdn Bhd dan Universiti Cardiff

    ReplyDelete
  11. SIMCA telah untuk lebih 12 tahun, memainkan peranan penting menguruskan pemuliharaan terumbu karang yang telah membawa manfaat kepada ekopelancongan dan perlindungan biodiversiti.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan negeri Sabah pada 3 Dis, 2001, mengisytiharkan kawasan seluas 46,317 hektar terdiri daripada pulau-pulau Lankayan, Tegaipil dan Billean yang meliputi terumbu karang di kawasan cetek sebagai kawasan pemuliharaan , kini lebih popular dikenali sebagai SIMCA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan pemuliharaan dan pemeliharaan adalah amat membanggakan.

      Delete
  13. The UK-based Marine Conservation Society (MCS) in collaboration with Sabah Parks, is currently demonstrating "reef restoration in action" at several fish-bombed sites in the Tun Sakaran Marine Park (Semporan) using small artificial reef structures called coral frames. The design for the frames originated in the Maldives where they were used to help rebuild reefs killed by coral bleaching. One of the advantages of the frames is that they are made from locally available materials and are not to expensive or difficult to make. Jamie Valiant Ng has been co-ordinating construction of the coral frames following the initial training course organised by MCS and says staff from Sabah Parks and the local community have quickly became skilled at cutting, bending and wheelding the bars to make the frames. "After that, we coat the frames in resin and sand so that they won''t rust underwater and there is good surface for the corals to grow on".

    ReplyDelete
  14. Other plus factors for the frame are that they are easy to transport and handling yet once underwater are very stable. After they ahve been put in placed in the bommbed area, loose coral fragments are collected, broken into small pieces and then attached securely to the frame with cable ties. It might seem surprising that corals can withstand this rought treatment but so long as the right types of coral sre selected and they are healthy when they are tranplanted they stand a good chance of surviving. Branching corals are the best because they have the fastest growth rate and so can re-create habitat more quickly. But in comparison with plant seedlings on land, corals growth frustrating slowly

    ReplyDelete
  15. According to Project Leader Dr.Elizabeth Wood, "Even the fastest-growing corals only grow about 15cm a year, so we just have to learn to be patient. In fact we are very pleased with the results so far. After 18 months, some of the frames are already supporting dense clusters of coral and small crabs and juvenile fish are moving in". But Dr. Wood stresses that it is impossible to undo all the damage that has been done by fishing with explosives. "Many reefs in Sabah have been badly damaged and it will take decades for them to recover. We can only transplant a tiny fraction but hope in doing so to bring the issue of reef destruction to people''s attention and show that reef restoration can be effective on a local scale".

    ReplyDelete
  16. Fishing with bombs is a notorious wasteful and destructive form of fishing that has caught a huge amount of damage in Sabah as well as other countries in SE Asia. Fish-boombed reefs often fail to recover naturally because they are so unstable that new corals are unable to settle and grow. Repairing reefs on a big scale is very difficult and expensive, but small steps can be taken to make a difference. Dr. Maklarin Lakim, Assistant Director (Research & Education) at Sabah Parks has inspected some of the 130 frames that have been deployed so far and is impressed by the way the frames provide shelter and feeding areas for bigger fish too. "The design of the frames with the space inside provides an ideal place for fish to hide - unlike a reef that has been broken up by fish bombs where such habitats has completely dissapeard". The coral restoration programme is part of the Semporna Islands Project (SIP) and is supported by the Lighthouse Foundation and BBC Wildlife Fund. More frames are being made and deployed and SIP welcomes the involvement of divers in helping with cleaning and monitoring.

    ReplyDelete
  17. tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka harus kenal pasti tindakan mereka ini cuma merosakkan perhubungan dan membawa masalah kepada dirinya.

      Delete
  18. Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.

    ReplyDelete
  19. Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).

    ReplyDelete
  20. Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka gilakan kuasa. Sikap ini cuma menyebabkan lebih banyak pengorbanan.

      Delete
  21. Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.

    ReplyDelete
  22. Research centre are loudly lauded.

    ReplyDelete
  23. This shows the government cares.

    ReplyDelete
  24. The Health Ministry is working closely with the World Health Organisation (WHO) to monitor the spread of the Novel Coronavirus or Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV) ad is stepping up surveillance in the country as a precautionary measure.

    ReplyDelete
  25. Health Deputy Director-General (Public Health) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman advised those going to the affected countries in the Middle East and Europe to take the necessary health precaution.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, keselamatan diri harus diutamakan.

      Delete
  26. The ministry, he said, was also working with tour agencies and companies operating the haj pilgrimage this season to provide their clients with adequate information on the disease.

    ReplyDelete
  27. He said so far, WHO had not imposed restriction on visits to any countries and the vaccine for the illness had yet to be found.

    ReplyDelete
  28. Although there had been no report of MERS detected in the country, he said efforts were being made by the ministry to detect early any signs of the illness.

    ReplyDelete
  29. The Health Ministry, in a statement issued last Friday, said the Middle East countries that reported the MERS-CoV cases are Saudi Arabia, United Arab Emirates, Jordan, Qatar and Tunisia, while the European countries are Germany, France and United Kingdom.

    ReplyDelete
  30. WHO special adviser for health security and environment, Andrew Harper, in a media briefing in Geneva, today urged health workers around the world to be on the alert for symptoms of the deadly MERS, which he said, had the potential to circle the globe and cause a pandemic.

    ReplyDelete
  31. moga hidupan marin kita akan sentiasa terpelihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ini memerlukan kerjasama dan persefahaman semua golongan.

      Delete