Monday, 24 June 2013

QUICK FIX TO LABUAN WATER CRISIS







LABUAN : The Ministry of Energy, Green Technology and Water should determine whether the Water Department here had 'erred' by failing to have reserve water pumps in working condition at the Beaufort station.

Such spares could be used immediately to replace faulty parts and averted Labuan plunging into a water crisis.

Member of Parliament, Rosman Datuk Isli said this in response to a question on whether there were elements of negligence that had resulted in the many parts of the island going without water since last week.

"I am concerned over the negative impact of the water shortage and the misery it was causing consumers, including industries and business establishments.

"But I am happy that the department viewed the problem seriously and swiftly responded to alleviate the situation. Two specialists have arrived to look at the Beaufort station problem.

He said the Water Department, including Fire and Rescue Services Department, had deplyed several water tankers, including hiring from private companies, to deliver water to town areas and critically affected zones.

He hope the problem would be solved soon and not till the end of the month as told by the department. "The sooner the better because we are having the Borneo Art Festival and other events this month."

Rosman also ticked off the department for depending only on a radio station to warn the public of the water shortage as many caught unaware and could not stock up supplies.

The grim water situation had been prevailling for days leading to boiling tempers in the hot present temperature. Not only comsumers were affected but restaurants, food stalls, clinics, industries and establishments like hotels.

Many had not expected such a crisis in Labuan, particularly with the completion of the RM365 million second sub-sea pipeline to deliver water from Padas river.

Jointly, the two pipelines could convey 76 million litres daily (MLD).

Water was also available from the four local reservoirs at Sg, Pagar, Kerupang, Merinding and Bukit Kuda as well as the tube wells.

The total available was about 92 MLD while the consumption was about 50MLD. Therefore there is excess water and suficient supplies till 2020.

This is not the first time that Labuan has been hit by waters problems.

A more serious one occurred and last for about a a year before the second water pipeline was completed.

The UMS-Labuan International Campus staged a rare protest over the problem.

32 comments:

  1. Beberapa langkah telah dan akan diambil pihak berkuasa untuk menangani masalah ketiadaan air yang sedang dihadapi penduduk Labuan ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah bekalan bukan isu baru, harus juga kerajaan mengambil langkah yang wajar.

      Delete
  2. Ahli Parlimen Labuan, Rozman Datuk Isli Isli berkata antara langkah drastik yang diambil ialah menyalurkan air mengunakan seberapa banyak lori tangki air untuk dibekalkan air ke kawasan perumahan dan kampung termasuk dipremis perniagaan dan tandas awam di pusat bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cuma langkah selesaikan masalah bekalan kini, apakah rancangan untuk jangka masa panjang?

      Delete
  3. Katanya, selain mengunakan tangki lori dari Jabatan Bekalan Air (JBA), beliau juga telah meminta bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta menyewa beberapa lori swasta untuk menyalurkan bekalan air sehinggalah masalah kekurangan bekalan air yang berlaku di pulau ini dapat diatasi sepenuhnya pada penghujung bulan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja sama semua golongan untuk tanggani masalah yang kini dihadapi amat diperlukan.

      Delete
  4. “ Hampir keseluruhan pulau ini menghadapi masalah kekurangan air sejak 18 Jun lalu akibat kerosakan pam air di loji rawatan Kampung Lawa Beaufort menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan ke Labuan” katanya.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas rungutan pengguna terutama penduduk tempatan berkaitan masalah kekurangan bekalan air yang sudah menjadi kritikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek naik taraf amat diperlukan.

      Delete
  6. “ Saya berharap isu air ini dijadikan tugas utama JBA kerana ia menjejaskan operasi industri, hospital, hotel, restoran dan kehidupan seharian penduduk tempatan,” katanya.

    ReplyDelete
  7. “ Saya berharap isu air ini dijadikan tugas utama JBA kerana ia menjejaskan operasi industri, hospital, hotel, restoran dan kehidupan seharian penduduk tempatan,” katanya.

    ReplyDelete
  8. Bekalan air yang terpupus menjejas aktiviti harian, harus juga kerajaan mencari jalan alternatif yang lebih berkesan.

    ReplyDelete
  9. Beberapa pendekatan akan dilakukan secara pantas oleh Ahli Parlimen Labuan, Rozman Datuk Isli untuk mentranformasikan pembangunan Labuan selaras dengan aku janji dalam manifesto tambahan beliau semasa kempen pilihan raya lalu iaitu’ Era Baru Kegemilangan Labuan’.

    Beliau berkata, usaha untuk melakukan transformasi itu juga adalah sejajar dengan hala tuju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menjadikan Malaysia lebih baik melalui pelbagai program transformasi yang diilhamkannya.

    ReplyDelete
  10. “Bagi merealisasikan transformasi itu saya memerlukan satu pasukan yang mantap dan boleh bergerak dengan pantas untuk memajukan Labuan dan kita mahu Labuan menjadi Roll Model dan negeri pertama yang mendahului melaksanakan program transformasi Perdana Menteri itu” katanya.

    Rozman yang juga Setiausaha Umno Bahagian berkata, antara perubahan yang akan diberi tumpuan dalam mentranfomasikan pembangunan Labuan itu ialah memperkasakan ekonomi Labuan dan mewujudkan ekonomi usahawan dan koperasi disamping membangunkan infrastraktur yang lebih baik termasuk pembinaan pelabuhan bersepadu dan tempat letak kereta bertingkat.

    ReplyDelete
  11. Dari sudut pelancong pula, beliau mahu mewujudkan pelbagai sukan pelancongan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.

    Beliau juga yakin kerjasama agensi kerajaan termasuk Perbadanan Labuan dengan syarikat swasta seperti Asian Supply Base (ASB), Labuan Shipyard Engineering (LSE), Petronas dan syarikat-syarikat industri minyak dan gas mampu meningkatkan ekonomi Labuan dengan lebih pantas.

    ReplyDelete
  12. RM164.9 juta peruntukan telah disediakan oleh kerajaan tahun ini bagi melaksanakan program- program penyediaan bekalan air, melibatkan kerja-kerja pengurangan kadar air tak berhasil, pembinaan loji-loji baru serta penggantian paip-paip lama.

    ReplyDelete
  13. Lebih daripada 100,000 penduduk di Labuan boleh menaruh harapan agar krisis bekalan air yang menimpa mereka sejak 2009 akan selesai dengan siapnya fasa dua projek saluran paip dasar laut. Projek saluran paip dengan kos RM387 juta yang menganjur kira-kira 25.7 km dari Sungai Padas, Beaufort ke pulau ini dijangka menjana tambahan 38 juta liter air setiap hari untuk kegunaan domestik dan industri gas dan minyak yang sedang melonjak.

    ReplyDelete
  14. Pada masa ini, Labuan mendapat 60 juta liter air sehari dan dengan siapnya projek itu, pulau itu akan mendapat tambahan bekalan air, meningkat kepada 96 juta liter dan mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat sehingga tahun 2020.

    ReplyDelete
  15. Pada masa ini, permintaan bekalan air di Labuan ialah 56 juta liter sehari. Saluran paip itu menghubungkan empat loji rawatan - Sg Pagar, Kerupang, Jalan Kolam dan Bukit Kuda dengan 27 takungan.

    ReplyDelete
  16. Dengan siapnya saluran paip ini, masalah bekalan air di Labuan itu bukan sahaja akan menjadi satu perkara yang telah berlalu tetapi pada masa yang sama, ia menunjukkan keprihatinan kerajaan Persekutuan mengutamakan keperluan penduduk pulau ini selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    ReplyDelete
  17. Sejak beberapa tahun, berikutan pembangunan pesat, pulau ini mula menghadapi catuan bekalan air yang melibatkan pengguna di 27 perkampungan di pulau ini mengakibatkan operasi loji 1 Methanol Petronas ditutup. Ia beroperasi semula bau-baru ini.

    ReplyDelete
  18. Pada 2004, kadar penggunaan air harian dilaporkan sebanyak 34 juta liter sehari dengan lebihan sejuta liter air. Tetapi kini ia melonjak kepada 56 juta liter sehari dengan Jabatan Bekalan Air Labuan mencari jalan keluar dengan membina telaga tiub bagi mengatasi masalah itu.

    ReplyDelete
  19. Sejumlah 27 telaga seperti ini telah siap dibina dengan kapasiti menjana bekalan air sebanyak sembilan juta liter sehari. Pada tahun yang sama, kerajaan meluluskan pembinaan fasa dua projek saluran paip tetapi projek itu tergendala atas sebab-sebab tertentu. Kekurangan air di Labuan selepas pembinaan loji Methanol Petronas adalah kira-kira 25 peratus yang memerlukan sekurang-kurangnya 12 juta liter sehari bagi dua lojinya.

    ReplyDelete
  20. Fasa satu projek saluran paip itu bernilai RM150 juta disiapkan pada 1989 dan hanya mampu menjana 36 juta liter air sehari bagi memenuhi permintaan dan pembangunan pesat di pulau ini.

    ReplyDelete
  21. Pengarah Jabatan Bekalan Air Sulaiman Kamisan berkata Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah melakukan yang terbaik bagi memastikan bekalan yang mencukupi bagi pengguna di pulau ini. "Kita perlu berterima kasih atas kesabaran pengguna yang menghadapi kekurangan bekalan air sejak sekian lama. Ada ketikanya kami berasa, ia di luar kawalan kami. Kami tidak mahu perkara ini terjadi (kekurangan air)," katanya.

    ReplyDelete
  22. Beliau berkata pembinaan telaga-telaga tiub dan empat loji rawatan adalah antara pelan sokongan bagi keadaan di luar jangka, "seperti jika sesuatu berlaku kepada hubungan dari Sungai Padas, kemarau atau keadaan cuaca."

    ReplyDelete
  23. Sementara itu, orang ramai di pulau bebas cukai ini melahirkan penghargaan, berhubung berakhirnya episod krisis bekalan air, atas keprihatinan Perdana Menteri yang sudi datang ke Labuan untuk melihat sendiri keadaan sebenar dan merasmikan fasa dua sistem bekalan air itu.

    ReplyDelete
  24. Seorang ibu tunggal, Limah Bakri, 45, berkata kekurangan air pada masa lepas telah meningkatkan kebimbangan mengenai risiko akibat penyakit yang timbul akibat keadaan yang tidak bersih kerana dilemma itu telah menyebabkan sesetengah orang menggunakan pantai dan laut sebagai tandas. Bagaimanapun, bahaya paling besar ialah merebaknya penyakit-penyakit dari amalan yang tidak bersih itu, katanya. "Tapi, krisis air itu kini telah menjadi satu perkara yang telah lepas, kami mempunyai sebab untuk tersenyum dan menarik nafas lega, kerana ia telah kembali seperti biasa, terima kasih atas perhatian kerajaan," katanya.

    ReplyDelete
  25. Seorang lagi penduduk Labuan, Abdullah Ahmad, yang sedih berhubung masalah kesihatan, berkata: "Untuk membersihkan badan anda perlu air. Tak guna diajar mengenai kebersihan, jika kami tidak boleh mendapat bekalan air. "Wanita kebanyakannya perlu menunggu dan mendapatkan air apabila tangki air datang. Kebanyakan kami letih kerana terpaksa mengangkut sejumlah besar air menggunakan baldi dan bekas lain setiap hari." "Terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan segera bagi mempercepatkan projek itu siap, yang membolehkan kami kembali menjalani hidup yang normal tanpa perlu menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan air," katanya.

    ReplyDelete
  26. Suri rumah, Khatijah Jistoh, 28, berkata semasa krisis air, beliau perlu menziarah anggota keluarganya hanya semata-mata untuk mandi dan membasuh pakaian. "Jika tak ada bekalan air, kami terpaksa menggunakan air yang tidak bersih dari telaga yang kami gali. Sudah tentu kami tidak boleh minum air itu. Kami terpaksa beli berkotak-kotak air minuman dari kedai," katanya. Khatijah berkata konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri pada umumnya dirasai oleh rakyat Malaysia, kerana banyak isu melibatkan orang ramai dapat diselesaikan terutama bekalan air.

    ReplyDelete
  27. Masalah air juga memberi tekanan kepada kira-kira 4,000 pelajar di dua institusi pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan kolej matrikulasi kerana bekalan air ke hostel-hostel mereka adalah perlahan sehingga ke peringkat hanya titisan air, pada masa lalu.

    ReplyDelete