Wednesday 26 June 2013

SIAPA SEPATUTNYA SELENGGARA JALAN SEMPORNA?






BERTAKUNG....Muhd Hanapi  (tengah) menunjukkan ke arah jalan berlubang yang ditakingi air sejak sekian lama tidak disenggelarakan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEMPORNA : Kerosakan Jalan Raya yang berlubang di sana berlubang sini  termasuk dihadapan Terminal Bas Dyana yang sudah hampir dua tahun tiada siapa yang mahu bertanggungjawab untuk menyelenggarakan, sama ada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau salah satu syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan iaitu Kekal Mewah Sdn Bhd mahupun Globinaco Sdn Bhd dan kini telah menjadi tanda tanya  kepada pengguna setempat.

Salah seorang pemegang saham Syarikat Pengangkutan  Awam Dyana Express Sdn Bhd, Muhammad Hanapi, 45, memberitahu kepada Sabahkini.Net  antara lain menjelaskan mengenai kerosakan jalan-jalan bukan saja di hadapan Terminal Bas Dyana; bahkan di pekan Semporna.

“Sebagai penduduk  tulen Semporna, saya memohon jasa baik Ahli Parlimen Semporna yang juga selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri  Mohd Shafie Hj Apdal agar dapat membuka mata dan mendesak JKR, Pejabat  Daerah, Majlis Daerah Semporna  (MDS) termasuk syarikat konsesi menaik taraf dan menyelenggara jalan berkenaan,” ujar Muhammad.

2 comments:

  1. buatlah aduan terus kepada pihak yang berkenaan.. bukan di semporna sahaja yang berlaku kerosakan jalan.. ada banyak lagi tempat yang perlukan perhatian..

    ReplyDelete
  2. kalau pengusaha bas express tidak boleh tunggu lebih lama, gunalah keuntungan sendiri untuk membaiki jalan terminal masing2.. tidak perlu tunggu kerajaan bertindak..

    ReplyDelete