Monday 24 June 2013

SPNB SABAH SEDIA BANTU PEMBELI






KOTA KINABALU : Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Sabah bersedia membantu pembeli Pangsapuri Platinum Putatan dekat sini yang ingin mendapatkan bantuannya menangi masalah caj yang tidak dijangka, yang mereka perlu lunaskan.

Seorang jurucakap SPNB Sabah berkata sesetengah pembeli itu kemungkinan tidak memahami kandungan perjanjian jualan dan belian masing-masing.

"Ini boleh ditangani mengikut kes tertentu kerana cajnya berbeza antara satu pembeli dengan satu pembeli yang lain," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini Ahad.

Pangsapuri Platinum Putatan, yang terdiri daripada lebih 1,000 unit, terletak di kawasan yang pesat membangun di kawasan perbandaran Putatan.

Projek itu dilancarkan pada 2009 dan dilaksanakan oleh Kinsadana Sdn Bhd bagi pihak SPNB.

Bernama telah menerima satu kenyataan dari sekumpulan pembeli yang tidak berpuas hati yang mendakwa mereka dikenakan caj bayaran lewat dari pemaju semasa pergi mendapatkan kunci pangsapuri masing-masing.

Para pembeli itu tidak dapat memasuki pangsapuri baharu masing-masing sehingga mereka membayar caj lewat itu serta merta, yang dikenakan berbeza antara RM2,000 hingga lebih RM6,000.

"Kami telah menerima satu surat dari Kinsadana pada akhir Mei yang menyatakan kami boleh mengambil kunci pangsapuri berkenaan kerana sijil menduduki (OC) telah dikeluarkan.

"Kami tidak menjangka sama sekali pemaju akan mengenakan tindakan yang kejam itu (caj bayaran lewat) semasa kami dijanjikan boleh mengambil kunci pangsapuri kami," kata pesara Farid Abdullah.

Menurut Farid, selepas menandatangani perjanjian jualan dan belian pada 2009 dan sesetengahnya pada Disember 2011, mereka telah mendapatkan pinjaman bank dan transaksi pembiayaan telah diuruskan antara bank, peguam dan pemaju, tanpa melalui pembeli.

Beliau percaya para pembeli pangsapuri itu tidak bersalah kerana caj lewat itu dan berharap ia akan dikecualikan. (Bernama)

24 comments:

  1. senang cerita, jika caj lewat itu tidak dimansuhkan serta-merta, kembalikan saja semua bentuk pembayaran yang telah dibuat oleh pembeli.. jika awal2 lagi sudah wujud caj kejam ini, bagaimana pula selepas pembeli menduduki pangsapuri ini?? tentu lebih banyak caj yang tidak diketahui dari mana datangnya..

    ReplyDelete
  2. Pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah mesra rakyat di negeri ini akan diteruskan secara berperingkat-peringkat bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan wang yang cukup banyak setiap tahun untuk melaksanakan projek kediaman bagi keselesaan golongan berkenaan.

    ReplyDelete
  4. Beliau berkata, secara purata, projek PPRT yang diluluskan oleh kerajaan negeri di setiap buah kampung dianggarkan sebanyak 10 unit dan agihan dilaksanakan mengikut keutamaan, manakala pemohon yang telah didaftarkan dalam e-Kasih perlu bersabar menunggu giliran.

    ReplyDelete
  5. "Kerajaan negeri bukan sahaja melestarikan projek PPRT dan rumah mesra rakyat malah turut membaik pulih kediaman untuk golongan miskin.

    ReplyDelete
  6. "Penduduk amat bertuah kerana mempunyai kerajaan Barisan Nasional (BN) yang prihatin dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita.

    ReplyDelete
  7. Menurut beliau, kerajaan negeri memberi jaminan penduduk miskin yang membuat permohonan rumah PPRT dan bantuan kebajikan lain menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dipertimbangkan selari dengan aspirasi aku janji BN.

    ReplyDelete
  8. Terdahulu, Wan Rosdy meminta JKKK mengenal pasti keperluan infrastruktur yang perlu dinaik taraf khususnya jalan kampung untuk memudahkan penduduk membawa hasil pertanian ke bandar selain pelajar ke sekolah.

    ReplyDelete
  9. "Boleh dikatakan semua jalan kampung di kawasan ini sudah disambung ke kawasan projek pertanian dan kediaman, manakala usaha membaik pulih laluan yang rosak akan diteruskan berasaskan laporan JKKK," ujarnya.

    ReplyDelete
  10. Tambahnya, projek kemudahan asas khususnya di luar bandar akan direalisasikan secara berperingkat-peringkat kerana kerajaan negeri mempunyai mekanisme perancangan yang teliti untuk kebajikan dan keselesaan penduduk.

    ReplyDelete
  11. Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyiapkan enam projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Sabah, sekali gus menyumbang kepada pembangunan perumahan untuk faedah rakyat negeri ini.(14 April 2013)

    ReplyDelete
  12. RMM yang siap itu ialah Apartment Tuaran Impian di Tuaran, Vista Seri Kiranau (Penampang), Vista Seri Melalin (Tuaran), Taman Layar Impian (Tuaran), Pangsapuri Maju Jaya (Kota Kinabalu) dan Taman Apas Permai, Batu 12, Jalan Apas, Tawau (Fasa 1).

    ReplyDelete
  13. Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPNB, pada 5 Ogos 2008, impian pemilik Apartment Vista Seri Melalin, Mengkabong, Tuaran akhirnya tercapai setelah Sijil Layak Menduduki (SLM) diperolehi daripada Majlis Daerah Tuaran.

    ReplyDelete
  14. Ini merupakan detik kejayaan SPNB dalam memenuhi janji kepada rakyat bagi menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) yang selamat untuk diduduki, kata kenyataan itu.

    ReplyDelete
  15. Projek Vista Seri Melalin, Mengkabong, Tuaran itu merupakan satu projek pembangunan Apartment Kos Sederhana yang berkeluasan 12.00 ekar.Projek perumahan itu terdiri 496 unit Apartment Kos Sederhana berkeluasan 850 kaki persegi, dan 10 unit kedai satu tingkat berkeluasan 1,000 kaki.

    ReplyDelete
  16. Setakat ini, SPNB, yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) dan menerajui program RMM, berjaya menyiapkan sejumlah 16,002 unit kediaman yang melibatkan 32 projek di seluruh negara.

    ReplyDelete
  17. Penubuhan SPNB, antara lain, bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.

    ReplyDelete
  18. Syarikat perumahan itu juga bertanggungjawab melaksanakan program RMM dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) bagi memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang mampu dimiliki selain bertindak sebagai agensi pelaksana Program Pemulihan Projek perumahan yang terbengkalai serta penempatan semula kawasan berisiko banjir seperti mana yang telah diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

    ReplyDelete
  19. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memberi jaminan akan memberi pampasan kepada pembeli rumah jika projek gagal disiapkan mengikut jadual.

    Pengarah Urusan SPNB, Datuk Kamarul Rashdan Salleh, berkata pihaknya bersetuju membayar pampasan kepada pembeli yang berhak iaitu mereka yang sudah menandatangani perjanjian jual beli serta mendapat pinjaman bank.

    ReplyDelete
  20. Antara projek perumahan SPNB di Sabah yang bermasalah ialah Putatan Platinum Apartment, Vista Minintod, Penampang serta beberapa projek di Lahad Datu serta Tawau. Semua projek itu lewat siap dari tarikh yang dijadualkan.

    Jumlah pampasan atau bayaran lewat siap (LAD) yang akan diberikan kepada pembeli yang berhak akan ditentukan sama ada mengikut harian, mingguan atau bulanan.

    Katanya, 50 peratus daripada jumlah pampasan akan dibayar sebelum pembeli memasuki rumah, manakala bakinya pula selepas itu.

    ReplyDelete
  21. "Sebagai agensi kerajaan yang prihatin, SPNB memahami segala kesulitan pembeli seperti dalam soal kewangan apabila projek perumahan tidak siap mengikut tempoh sepatutnya.

    "Jadi, kita akan membayar pampasan kepada pembeli yang berhak bagi meringankan beban mereka. Inilah komitmen SPNB untuk membantu mereka," katanya ketika dihubungi BH, baru-baru ini.

    Kamarul Rashdan berkata, pihaknya sedar rasa tidak puas hati pembeli rumah projek SPNB yang bermasalah dan meminta mereka bersabar.

    ReplyDelete
  22. "Pelbagai kritikan dilemparkan dan saya akui SPNB agak lemah dalam memberikan penjelasan kepada pembeli...banyak projek kita lewat atas sebab tidak boleh dielakkan seperti masalah pemindahan penduduk di tapak pembinaan. "Sehubungan itu, SPNB akan memperhebatkan usaha memberikan penjelasan kepada pembeli supaya mereka faham masalah dihadapi SPNB," katanya.

    ReplyDelete
  23. Berhubung projek SPNB di negeri ini tahun depan, Kamarul Rashdan berkata, pihaknya memfokuskan untuk melaksanakan projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) serta menyelesaikan projek bermasalah. "Menerusi Bajet 2013, kerajaan ada mengumumkan sejumlah peruntukan untuk SPNB melaksanakan projek perumahan di seluruh negara. Sudah tentu ada juga untuk Sabah. "Kita akan gunakan (peruntukan) untuk membina lebih banyak RMR1M dan menyiapkan projek bermasalah. Itu fokus SPNB di Sabah tahun depan," katanya.

    ReplyDelete
  24. SPNB mmg perlu bantu pembeli

    ReplyDelete