Tuesday 25 June 2013

SPR JADI ‘KAMBING HITAM’






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

PAKATAN Rakyat (PR) takut menyalahkan rakyat dengan keputusan Pilihan Raya 2013 yang tidak memihak kepada mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyebabkan mereka menjadikan pengendali pilihan raya itu sebagai 'kambing hitam' dan mangsa untuk melepaskan kemarahan.

Wan Ahmad menegaskan, rasa marah yang timbul oleh kepimpinan PR itu kemudiannya disalurkan kepada penyokong mereka yang tidak mengerti akan undang-undang dan seterusnya meluahkan rasa marah dengan membantah keputusan pilihan raya di jalanan dan terbaru demonstrasi di hadapan Parlimen semalam.

"Generasi muda tidak faham ... bila timbul emosi dan sudah pasti terbit rasa marah, dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan SPR, serta menjadikan SPR sebagai kambing hitam," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Semalam, sekumpulan lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan demonstrasi di perkarangan pintu masuk Parlimen sempena upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen bagi Sidang Dewan Rakyat ke-13.

Demonstrasi yang bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir tiga jam kemudian itu menunutut agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad meletakkan jawatan ekoran dakwaan wujudnya kecurangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Demonstrasi semalam turut menyaksikan beberapa  aktivis seperti Adam Adli Abdul Halim, Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang, dan juga Shukri Razab.

"Tindakan mereka (demonstrasi) tak masuk akal .. kita buat kerja betul, ikut undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut berkata tindakan demonstrasi dan himpunan dilaksanakan PR juga seperti mempunyai agenda tersembunyi, yang mana SPR telah melaksanakan tugas dengan betul ketika pilihan raya.

"Kami telah jalankan tugas dengan baik semasa pilihan raya. Ada negeri yang telah angkat sumpah di Dewan Negeri, dan semalam upacara mengangkat sumpah di Parlimen ... ini sudah pasti ada agenda lain.

"Tapi saya tidak tahulah apa agenda mereka," katanya.

Wan Ahmad menegaskan PR menjangkakan akan memenangi Pilihan Raya 2013, namun apabila itu tidak berlaku, SPR menjadi sasaran mudah dan disalahkan.

"Mereka tewas kepada Barisan Nasional (BN) mereka rasa marah, nak kata rakyat tidak memilih, mereka takut ... jadi jalan mudah adalah menyalahkan pengendali pilihan raya," katanya.

Ditanya respon terhadap gesaan untuk pengerusi dan dirinya meletakkan jawatan, Wan Ahmad menegaskan peserta demonstrasi itu menuntut perkara yang bercanggah dengan sistem perundangan dan Perlembagaan, dan bukan keperluan untuk mereka melayani permintaan tersebut.

"Mereka dipengaruhi tuduhan-tuduhan tidak berasas, kemudian rasa marah dan duduk di tepi jalan ... itu kerja sia-sia," katanya lagi, dan menambah pemimpin PR perlu menunggu keputsan petisyen sebelum membuat dakwaan-dakwaan terhadap pengendali pilihan raya itu.

Wan Ahmad dan Abdul Aziz telah menerima kritikan keras selepas keputusan pilihan raya diumumkan apabila PR mendakwa badan pengendali itu tidak telus dalam menjalankan tugas mereka yang menyaksikan PR memenangi 89 kerusi parlimen, manakala baki 133 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen menjadi milik BN.

"Segala tohmahan dan penipuan termasuk fitnah yang dibuat terhadap SPR ataupun secara peribadi, itu balasannya di akhirat nanti.

"Bagi saya, kami telah menjalankan tugas dengan betul mengikut undang-undang," katanya lagi.

16 comments:

  1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.

    ReplyDelete
  2. Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.
    Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  3. “Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.

    ReplyDelete
  4. “Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    ReplyDelete
  5. Dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu menjadi polemik apabila pembangkang tidak berpuas hati dengan penggunaannya dan mendakwa ia satu penipuan oleh badan bebas itu.
    Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata penubuhan pasukan siasatan dalaman itu adalah langkah tepat bagi mencari kebenaran terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak mampu bertahan.

    ReplyDelete
  6. Bagaimanapun katanya, isu dakwat kekal tidak boleh dijadikan alasan ataupun sandaran untuk tindak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu, sebaliknya penggunaan dakwat itu mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan perjalanan pilihan raya di negara ini.

    ReplyDelete
  7. “Ia adalah satu langkah wajar kerana ia membabitkan soal kewibawaan dan integriti badan bebas itu selaku pengendali pilihan raya. Malah ia sebahagian daripada cadangan dikemukakan MBM dengan menyentuh isu dakwat kekal membabitkan aspek kualiti serta ketahanannya,” katanya.

    ReplyDelete
  8. Bagi bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berkata SPR kini sudah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pembangkang bagi menutup kelemahan mereka dan usaha dilakukan suruhanjaya itu bagi mencari kebenaran adalah langkah tepat.

    ReplyDelete
  9. “Petugas SPR ramai, kita tidak tahu arah sokongan mereka, semestinya siasatan terperinci perlu dibuat terutamanya membabitkan pihak yang membuat dan menerima tempahan dakwat kekal ini.

    ReplyDelete
  10. “Tidak mustahil ada yang mensabotaj penggunaan dakwat kekal bagi memburukkan imej SPR serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu,” katanya.

    ReplyDelete
  11. TERIMA REALITI KEPUTUSAN PRU-13.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan “pendamaian nasional” hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.

    ReplyDelete
  12. Segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU perlu dihentikan sebab ini hanya akan membawa huru-hara.

    “Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  13. “Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan “pendamaian nasional” perlu terima keputusan PRU13 dahulu.

    “Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan “pendamaian nasional”.Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui “pendamaian nasional” semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.

    ReplyDelete
  15. “Pokonya perlu terima keputusan PRU13.

    “Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik,” tambahnya.

    ReplyDelete
  16. SPR jgn tunduk pada pembangkang

    ReplyDelete