Monday 24 June 2013

TIADA AHLI PARLIMEN BN TENTANG PM






TIBA.....Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Parlimen pagi tadi.

Oleh : AMIN ISKANDAR

DATUK Seri Shahidan Kassim tidak percaya mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tindakan dipercayai sesetengah pihak akan dilakukan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati.

Beliau seharusnya tahu, semenjak mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli veteran Umno itu telah memainkan peranan sebagai penyelesai masalah, menemui ahli-ahli Parlimen yang kecewa.

Seorang ahli Parlimen yang tidak diberikan jawatan Kabinet walaupun menang dengan majoriti besar memberitahu, Shahidan bercakap kepadanya dan memberi jaminan akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan.

Yang lain-lain turut menunggu janji ditunaikan pada Julai apabila akar umbi Umno mula menentukan kepimpinan tertinggi parti.

Untuk kepastian, malam semalam BN mengadakan makan malam untuk semua ahli-ahli Parlimen di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam sebelum sidang Parlimen bermula hari ini.

Shahidan sendiri menyatakan keyakinannya kepada The Malaysian Insider, Kabinet Najib sudah menggambarkan keputusan Pilihan Raya 2013 dan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak telah diberikan tempat.

“Mustahil kalau BN nak bawa usul undi tak percaya kepada PM sebab siapa nak bawak usul ni? Takkan BN nak bawa?” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kalau pembangkang yang bawa, takkan ahli-ahli Parlimen BN nak sokong?” tambah beliau lagi.

Bekas menteri besar Perlis itu berkata, tidak mengejutkan jika ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana putera raja Kelantan itu merupakan veteran dalam politik Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Shahidan, beliau tidak menyedari tentang pertemuan sekumpulan besar ahli-ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur dengan bekas menteri kewangan itu.

“Tak mustahil kalau ada satu dua ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jumpa Ku Li sebab dia orang lama,” katanya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini Tengku Razaleigh telah bertemu dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menyertai Kabinet atau diberikan jawatan kerajaan lain oleh Najib.

Selepas pilihan raya umum ke 13, Najib berhadapan dengan pelbagai tekanan dari dalam dan luar parti.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 sementara asakan dalaman Umno dan BN timbul kerana ini adalah keputusan terburuk gabungan itu dalam sejarah pilihan raya Malaysia dan tidak semua mendapat “habuan” dari kemenangan itu.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen dari dua negeri tersebut, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. - 24 Jun, 2013. (TMI)

32 comments:

  1. Sokongan Najib masih baik.

    ReplyDelete
  2. Najib hadapi cabaran sebab semakin banyak yang menolak BN. Nyata sokongan BN merosot.

    ReplyDelete
  3. Pembangkang tidak mempercayai keputusan PRU13 yang disyaki ada penipuan.

    ReplyDelete
  4. “Mustahil kalau BN nak bawa usul undi tak percaya kepada PM sebab siapa nak bawak usul ni?"

    Apakah tujuan golongan yang mengeluarkan khabar ini?

    ReplyDelete
  5. Najib masih akan berkuasa walaupun adanya khabar bahawa beliau ditolak.

    ReplyDelete
  6. The allocation for the 1Malaysia People's Aid (BR1M) will be increased in Budget 2014 to be tabled in October, but the quantum would depend on the nation's financial situation, said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

    The government, he said, was committed to provide the best budget for the people, but it had to depend on the country's financial position.

    ReplyDelete
  7. Najib, who is also Finance Minister, said the government also aimed to reduce the country's deficit from 4 per cent to 3.5 per cent in 2014 and to three per cent in 2015.


    He said the government's priority for the 13th Parliament which began sitting today was to fulfill the Barisan Nasional's (BN) Aku Janji (pledges) made in the 13th general election.

    ReplyDelete
  8. "Discussions on Budget 2014 will begin next week. I, on behalf of the government, am happy to invite the people to give their views and opinions on the country's budget for next year," he said in the latest entry in his blog today.

    ReplyDelete
  9. Institut Pengarah Malaysia (MID) memberikan penghargaan khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran 'Bapa Transformasi Malaysia' kerana kepimpimpinan transformasi beliau kepada negara.(Mei 2011)

    ReplyDelete
  10. Najib diiktiraf kerana usaha-usaha beliau memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    ReplyDelete
  11. MID memberikan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana kepimpinan inovasi beliau yang memberikan inspirasi amalan terbaik dalam tadbir urus kerajaan untuk mencapai transformasi menggunakan inovasi sebagai penggerak untuk status baru global.

    ReplyDelete
  12. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan setiap rakyat tidak kira bangsa mahupun kepercayaan agama tidak akan dipinggirkan daripada arus pembangunan negara.

    Najib berkata beliau bertekad menjadi perdana menteri yang mewakili setiap rakyat tidak kira warna kulit, kepercayaan agama mahupun fahaman politik.

    ReplyDelete
  13. "Untuk itu, saya akan pastikan kemajuan yang bakal dibawa ke negara ini memberi manfaat kepada setiap rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  14. Antara Kesinambungan dan Perubahan,.KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN DALAM PARTI LAH MERUPAKAN KEKUATAN PARTI UMNO. NAJIB ADALAH YANG TERBAIK! TERUSKAN USAHA PM! WE SUPPORT U!

    ADA dua kepentingan: Dari kacamata kepimpinan, kesinambungan adalah faktor utama meneruskan suatu kemajuan; manakala daripada kaca mata ahli- pergantian kepimpinan adalah sesuatu yang wajar dilakukan untuk menyuntik idea idea dan pendekatan baharu demi pembaharuan ke arah perubahan.

    Kesinambungan kepimpinan membolehkan sesuatu yang dirancang itu hanya menunggu pelaksanaan; sementara jika berlaku perubahan kepimpinan, sudah tentunya kepimpinan baharu itu perlu melaksanakan perancangan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan.

    Boleh juga berlaku, kempimpinan yang baru itu mempunyai perancangan awal, dan hanya menunggu menjadi pemimpin untuk melaksanakan perancangannya, atas sebab itu seseorang itu menawar diri bertanding merebut sesuatu jawatan.

    Di lain pihak, penyandang sesuatu jawatan telahpun merancang sesuatu untuk tindakan pelaksanaan, hanya mungkin kekangan waktu dan kewangan membantut pelaksanaannya; atas sebeb itu dijadikan modal bagi pencabar untuk menggamit sokongan daripada para ahli, agar diberi peluang untuk menduduki sesuatu jawatan.

    Sebenarnya, yang menjadikan sesuatu perjuangan itu relevan atau tidak terletak bukan pada perubahan tetapi kepada kekuatan kesahihannya. Dan dalam konteks UMNO faktor kesinambungan inilah yang memberi kekuatan kesahihan kepada perjuangan kebangsaan Melayu yang berbeza dari kaum dan parti lain.

    Pada tahun-tahun 1990-an, untuk tempoh selama lebih sedekad UMNO seolah-olah terpukau dengan perkataan `arus perubahan'. Oleh kerana ia begitu sering diucap, sehingga hampir menjadi satu mantra, maka makna asalnya telah tenggelam dan perkataan perubahan tadi telah mendapat makna baru, iaitu perubahan, tak kira jenis apa pun, adalah sesuatu yang baik dan seterusnya diingini.

    Kita begitu taksub dengan perubahan sehinggakan banyak idea serta adab berpolitik yang sihat turun-temurun telah digadaikan.

    ReplyDelete
  15. Antara Kesinambungan dan Perubahan,.KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN DALAM PARTI LAH MERUPAKAN KEKUATAN PARTI UMNO. NAJIB ADALAH YANG TERBAIK! TERUSKAN USAHA PM! WE SUPPORT U!

    Hakikat bahawa sesetengah dari idea-idea tersebut merupakan idea yang paling bernas pada masa ia diterbitkan, dan hakikat bahawa ia telah banyak berjasa dan masih boleh diguna pakai tidak lagi jadi perhitungan, pada ketika itu kita hanya setia pada label `perubahan'.

    Kenapa kita begitu terpesona dengan perubahan? Perubahan adalah sesuatu yang lumrah, boleh jadi baik atau boleh jadi buruk, terpulang kepada bagaimana kita mengendalikannya. Secara tersendiri ia tidak mempunyai makna. We were hypnotise by the allure of change, not relizing that change is the natural order of things while progress is not.

    Kita mahukan kemajuan dalam semua lapangan hidup, moral dan material, bukan sekadar perubahan.

    Hala tuju bangsa tidak boleh ditentukan secara mutlak oleh perubahan, kita harus mengawal perubahan, bukan kita yang ditentukan oleh perubahan.

    Lebih dari itu, bagi Umno jika kita tidak berhati-hati keghairahan kepada perubahan sebenarnya menyembunyikan lebih banyak kemudaratan kerana dari segi sejarah, untuk musuh-musuh UMNO mereka mahukan agar parti lemah, akibat persengkitaan pemimpin Umno itu sendiri tidak pernah sudah-sudah; hanya kerana mahu jadi PEMIMPIN UTAMA.

    Walaupun kita telah dijajah lebih seratus tahun hakikat kita masyarakat induk bukan sahaja tidak pernah berubah tetapi berkesinambungan. Oleh itu, dari memberi fokus kepada perubahan, terdapat lebih banyak manfaat jika kita memberi masa untuk benar-benar menginsafi apa yang dimaksudkan dengan asas-asas kesinambungan yang memberi kekuatan kesahihan kepada perjuangan parti.

    Bagi mereka yang mempunyai ura-ura mencabar kepimpinan baik di peringkat tertinggi mahupun di peringkat bahagian, perlu memberi pertimbangan kepada ASAS KESINAMBUNGAN, bukan terpengaruh dengan PERUBAHAN DAN DEMOKRASI; kerana KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN DALAM PARTI LAH MERUPAKAN KEKUATAN PARTI UMNO.

    ReplyDelete
  16. ura2 kononnya Ku Li akan merebut jawatan presiden umno dan perdana menteri sebenarnya hanya sebahagian daripada taktik pembangkang untuk melaga2kan kedua2 tokoh politik BN ini..

    ReplyDelete
  17. sehingga kini Najib tetap mendapat sokongan yang kuat bukan sahaja dikalangan ahli parlimen BN, malahan juga dari semua ahli umno/BN..

    ReplyDelete
  18. pemimpin2 BN dari Sabah dan Sarawak yang pernah berjumpa dengan Ku Li sebelum ini sepatutnya sedar bahawa tindakan mereka itu lebih kepada menjatuhkan reputasi diri sendiri..

    ReplyDelete
  19. sikap sebilangan pemimpin BN yang mana perjuangan mereka hanya didorong oleh jawatan semata2 perlu disingkirkan dari parti sebelum mereka2 ini menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan pada pru14 nanti..

    ReplyDelete
  20. najib perlu bijak menangani sebarang konflik dalam parti dan bertindak tegas jika ada mana2 ahlinya atau pemimpinnya yang cuba melakukan sabotaj hanya kerana tidak diberikan jawatan..

    ReplyDelete
  21. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kekuatan
    kepimpinan politik adalah salah satu faktor penting yang bakal
    menentukan kejayaan pelan pembangunan di negara-negara Afrika dan
    transformasi sosioekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  22. Menurutnya, tanpa kepimpinan politik yang mempunyai wawasan untuk membangunkan negara, maka sebarang perubahan yang ingin dilakukan di negara terlibat akan menjadi sukar walaupun sudah bersedia dari segi adaptasi teknologi, modal insan dan kewangan.

    ReplyDelete
  23. Bercakap kepada media Malaysia dalam sidang akhbarnya selepas menyertai sesi dialog utama pada Dialog Perkongsian Pintar Global 2013 (Global 2013 bertajuk Memanfaatkan Teknologi untuk Pertumbuhan Perkongsian Pintar dalam Pengukuhan Transformasi Sosioekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Nyerere di sini hari ini, beliau berkata

    ReplyDelete
  24. "Dalam dialog pagi ini, saya telah nyatakan (kepada ketua-ketua kerajaan dan negara Afrika) bahawa Malaysia akan terus berkongsi pengalaman membangunkan negara mereka tetapi setiap negara perlu tentukan kaedah masing-masing yang sesuai. Tidak ada satu formula yang boleh diguna pakai untuk semua negara, ia perlu ambil kita keadaan setempat dan faktor lain.

    ReplyDelete
  25. "Dan paling penting bagi membolehkan segala faktor lain dimanfaatkan, ialah soal kepimpinan negara atau kepimpinan politik. Kalau tiada pemimpin politik yang mempunyai wawasan, maka faktor lain tidak boleh dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  26. Menurut Najib, dalam mengaplikasi dan memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi (STI), setiap negara di Afrika perlu mempunyai dasar STI yang jelas kerana itu amat penting untuk menentukan hala tuju bagaimana STI boleh digunakan dan dikembangkan bagi mencapai matlamat pembangunan sesebuah negara.

    ReplyDelete
  27. Selain itu, kata beliau, negara-negara peserta Global 2013 juga telah melihat betapa perlunya beberapa aspek lain diberi penekanan termasuk pembangunan teknologi pembuktian (evidence technology) dan teknologi teoritikal (theoretical technology) bagi memastikan setiap keputusan akan menjadi lebih tepat

    ReplyDelete
  28. "Penekanan kepada "evidence technology" dan "theoretical technology" ini penting kerana daripadanya kita memanfaatkan teknologi untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.

    ReplyDelete
  29. Maknanya, sebelum sesuatu dasar diputuskan (oleh kerajaan), ia mesti diasaskan kepada "evidence technology" dan "theoretical technology" supaya keputusan dan dasar yang dibuat adalah tepat

    ReplyDelete
  30. Tambah Perdana Menteri, pelan pembangunan dan pelaksanaannya juga tidak boleh melupakan faktor modal insan dan modal kewangan bagi membolehkan sebarang perancangan adalah mengikut kemampuan kerajaan dan keperluan di negara masing-masing.

    ReplyDelete
  31. Beliau menjelaskan, dalam konteks benua Afrika, negara-negara terbabit pada masa ini masih mengeksport bahan-bahan mentah atau mendapat pendapatan daripada sumber-sumber yang tidak diterjemahkan kepada nilai tambah.

    ReplyDelete
  32. "Sebab itulah mereka tidak memperoleh pendapatan yang setimpal daripada sumber yang ada di Afrika sedangkan benua ini disebut kaya dengan sumber, tetapi ia tidak dapat diterjemahkan kepada kekayaan atau pendapatan yang lebih besar kepada mereka.

    ReplyDelete