Saturday 22 June 2013

WUJUDKAN RCI SIASAT 'RED BEAN ARMY'





           
GABUNGAN badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menggesa kerajaan mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kegiatan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka 'Red Bean Army'.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu menyiasat secara terperinci kegiatan kumpulan itu yang dikaitkan sebagai tentera siber pro-pembangkang dan didakwa menyebarkan mesej berbaur hasutan dan fitnah bagi menggugat keamanan dan perpaduan negara ini.

"Kerajaan perlu menyiasat perkara ini dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik pertubuhan 'Red Bean Army' dan tindakan tegas perlu diambil jika mereka didapati terlibat," katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.

Beliau berkata kewujudan kumpulan itu amat membimbangkan kerana mereka mampu mempengaruhi pemikiran rakyat khususnya golongan belia melalui medium siber, khususnya laman sosial.

"Kumpulan ini banyak memainkan isu berkaitan perkauman dan kita takut mereka akan memecahbelahkan perpaduan dan menghancurkan institusi dalam negara ini," katanya.

Nadzim berkata pihaknya akan menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara itu secepat mungkin.

Bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP Shen Yee Aun, antara yang mendedahkan kewujudan 'Red Bean Army' itu kepada media arus perdana dengan menggambarkan kumpulan itu sebagai warga profesional yang memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang kerajaan, tetapi juga rakyat biasa yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). (Bernama)


10 comments:

  1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Red Bean Army agar tampil memberi maklumat segera bagi membantu siasatan.

    ReplyDelete
  2. Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, sehingga kini siasatan masih dijalankan dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang diperuntukkan.

    ReplyDelete
  3. "Orang ramai diminta memajukan apa jua maklumat berkaitan perkara ini kepada pihak kami dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.Elakkan daripada menyebarkan spekulasi di laman sosial yang boleh menjejaskan siasatan," katanya.

    ReplyDelete
  4. Polis juga telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

    ReplyDelete
  5. Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan Youtube.

    ReplyDelete
  6. “Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan,” katanya

    ReplyDelete
  7. Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

    ReplyDelete
  8. Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

    ReplyDelete
  9. Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mera BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

    ReplyDelete
  10. Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

    ReplyDelete