Oleh: MEDIA SAPP
BANTUAN Orang Tua berjumlah RM300 yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini merupakan ‘lip service’ untuk menyenangkan hati rakyat, terutama warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
Menurut peraturannya, skim ini akan diagehkan kepada semua warga emas tanpa memilih kasih dan khas untuk semua kaum di Sabah.
Sedihnya, sejak skim bantuan ini dilancarkan, pelbagai kisah yang tidak menyenangkan berlaku. Ramai warga tua di seluruh Sabah mendaftar untuk mendapatkan bantuan tersebut. Dari hari pendaftaran orang-orang tua, ada yang sudah agak susah berjalan, diminta datang ke pejabat Kebajikan untuk ditemu duga beberapa kali. Setelah selesai pemohon-pemohon ini terpaksa menunggu, menunggu dan menunggu. Ada yang hampir mati menunggu, kelulusan tidak juga sampai-sampai.
Apabila mereka datang untuk menyusuli permohonan, mereka akan di tanya “Pak cik sudah buka akaun bank?”
Terpaksa pergi balik ke bank buka akaun. Selesai buka akaun kena tunggu lagi berbulan-bulan. Bila tanya Pegawai Kebajikan, dia suruh ‘beliau-beliau’ pergi cek di bank. Sampai di bank tidak ada juga duit yang masuk. Warga-warga emas ini pulang dengan perasaan hampa. Mereka dibuat seperti bola ditendang ke sana, ditendang ke mari tanpa jaringan.
Dalam lawatannya ke Kampung Sembulan Tengah baru-baru ini, Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong juga ketua CLC SAPP Tanjung Aru, menemui beberapa orang warga emas yang mengadu rasa tidak puas hati dengan cara Jabatan Kebajikan mengendalikan skim Bantuan Orang Tua.
Seorang responden, Chai Kui Siew mengadu sejak nama beliau didaftarkan awal tahun 2010, hanya sekali beliau menerima bantuan. Beberapa kali dipanggil ke Pejabat untuk ditemu duga, tetapi keputusannya hampa juga.
Begitu juga dengan Mohd.Samsul @ Chong Enn Song mengadu kepada Richard Yong bahawa beliau hanya menerima tiga pembayaran sejak diluluskan dalam tahun 2010. Itu pun bayaran berselang-selang bulan. Sampai ke hari ini tiada lagi bayaran diterima.
Kata Mohd Samsul, beliau disuruh periksa ke bank berkali-kali sehingga membuang masa dan tenaga tua secara sia-sia.
"Ini bantuan orang tua atau burung kakak tua? Burung Kakak Tua hanya pandai cakap tetapi tidak tahu apa yang dikatakan," ujar Mohd Samsul lagi.
Bagi Pipah bte Duha pula, melahirkan rasa kepuasan dan kepenatan dengan karenah-karenah pegawai-pegawai Kebajikan yang katanya, “bikin bodoh sama kami”…..
Keseluruhannya, Skim Bantuan Orang Tua yang diagungkan-agungkan ini hanyalah merupakan satu usaha kerajaan BN menipu rakyat supaya mengundi mereka. Usaha ini adalah ‘indah khabar dari rupa’ dilaksanakan tanpa keikhlasan dan tanpa kecekapan sepertimana yang diharapkan.
Skim ini bukan memberi manfaat dan keselesaan kepada warga tua, malah mengakibatkan kesusahan fizikal dan mental kepada mereka dan hanya memberikan harapan kehampaan.
Apa yang diketahui, skim bantuan ini digunakan sebagai propaganda politik BN kerana tiap-tiap permohonan skim Bantuan Orang Tua ini mestilah dengan sokongan atau rekomendasi dari Wakil-Wakil Rakyat (YB) Barisan Nasional (BN) sahaja dan tidak akan dilayan kalau dibuat oleh YB dari parti-parti pembangkang.
Sekiranya seruan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd. Dun, meminta Pegawai-Pegawai Kebajikan turun padang untuk memeriksa status penerima dapat diimplementasikan, maka ia adalah satu arahan yang baik. Tetapi dapatkah permintaan serupa ini dilaksanakan di seluruh Sabah?
Adakah ini hanya jadi ‘cakap tidak serupa bikin’? Selama Skim ini dilancarkan, ternyata perlaksanaannya amat kucar kacir. Terdapat unsur-unsur pilih kasih, situasi-situasi menyusahkan dan unsur-unsur penghinaan dan sebagainya terhadap orang-orang tua yang datang membuat permohonan.
Pada keseluruhannya, ramai warga tua yang terlibat dalam skim ini dan mengalami kejadian-kejadian yang tidak menyenangkan berpendapat bahawa ini adalah satu skim menyusahkan (bukan menyenangkan) kerana terdapat unsur-unsur penipuan dari pihak tertentu.
Hope that the funds will reached the senior citizens as promised.
ReplyDeleteAnd they call themselves welfare department. Honestly, it's quite disappointing knowing how the welfare officers treat the senior citizen who came there.
ReplyDeleteThe funds should be given to the senior citizens. Don't delay.
ReplyDeleteJabatan kebajikkan perlu cari jalan mudah untuk menyelesaikan permohonan. Contoh menyediakan tempat membuka bank dikawasan tersebut. Bagi meringankan beban warga emas ini.
ReplyDeleteKenapa pembayaran tidak tepat pada masa?Jabatan kebajikkan perlulah memberikan penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Sekarang bantuan itu terhenti?
jabatan kebajikan kena memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada warga emas. pemberian bantuan juga kena dilakukan tepat pada masanya.
ReplyDeleteJabatan kebajikan perlu lebih peka dalam pekara ini. harap pemberian bantuan dapat dibuat dengan lancar kepada mereka yang layak.
ReplyDeletekerajaan telah membelanjakan RM1.2 bilion untuk pelbagai program menolong orang miskin termasuk miskin tegar dan masyarakat berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal dan OKU. peruntukan itu adalah satu jumlah yang amat besar namun kadang2 ada puak yang tidak menghargai apabila diberi bantuan sebegitu besar. mereka lebih seronok & riuh dengan bantuan pembangkang seperti contoh di negeri PP yang bagi duit RM100 kepad warga emas yang hanya sekali setahun sahaja iaitu bersamaan RM8 sebulan. SAPP lagi la teruk, sudahlah langsung tidak membantu, malah mempolitikkan bantuan ini dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan yang selama ini serius membantu rakyat.
ReplyDeleteHarap peruntukan ini akan sampai kepada tangan warga emas.
ReplyDeleteapa2pun masalah yang dihadapi oleh warga emas ini perlu disiasat. bagaimana bantuan sara hidup oleh kerajaan itu tidak sampai kepada sasaran. dan proses permohonan sehingga kepada pembayaran perlu dipermudahkan memandangkan mereka ini adalah golongan tua dan ramai dikalangan mereka yang tinggal jauh dipedalaman.
ReplyDeletei think the problem here is the delayed payment from the federal government...if its from the state side, i suggest that all government related agency & ministry to minimize red tapes by implementing the ISO standard of procedure...
ReplyDeleteYes Polemic, late payment from the federal are one of the problems.
ReplyDeleteAduh, kalau tak beri dalam bentuk cek nanti kena rompak lagilah susah. Biasalah untuk keselamatan cek digunakan.
ReplyDeleteTapi para pegawai haruslah memudahkan warga emas dengan membawa sekali pihak bank untuk membuka kaunter di tempat yang sama. Itu biasa dilakukan tapi kenapa tidak dilakukan? Silap pegawai.
ReplyDelete