Oleh: ARTI SAN
LABUK/BELURAN merupakan satu kawasan yang bermasalah kronik yang mungkin sukar diatasi jika tidak diwakili pemimpin baru yang berwibawa dan komited.
Di antara masalah kronik yang dialami oleh penduduk tempatan di Labuk, terutama daerah kecil Telupid, adalah pencabulan hak asasi manusia; rampasan ke atas tanah hak tanah adat anak negeri; pengeluaran geran ke atas tanah yang telah diusahakan; penduduk setinggan rakyat tempatan; pembangunan kemudahan yang tidak seimbang; kebanjiran rakyat asing; diskriminasi terhadap etnik minoriti rakyat tempatan dan sebagainya.
Gambaran ini seolah-olah terkabul nyata apabila Timbalan Ketua Bahagian PBS Beluran, Jukin Kurum Jawa hilang sokongan dan kalah dalam pemilihan Jawatan Pengerusi Badan JKKK Kg. Wonod di Telupid baru-baru ini.
Persoalannya, bagaimana pula seorang veteran politik yang berpengalaman dan berpengaruh boleh kecundang bertanding di kampungnya sendiri untuk jawatan seremih Pengerusi JKKK kalau tiada udang di sebalik batu?
Menurut desas-desus, mungkin ramai penduduk Anak Negeri di Kg. Wonod akan kehilangan Hak Tanah Adat mereka kepada syarikat-syarikat perladangan dalam masa terdekat jika tidak dapat ditangani oleh Wakil Rakyat Labuk, Datuk Michael Asang yang dipercayai masih juga mahu bertanding.
No comments:
Post a Comment