Tuesday, 3 March 2015

DAP ANJUR RUMAH TERBUKA CNY DAPAT SAMBUTAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Sambutan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (Kong Hee Fatt Choy) anjuran DAP Sandakan yang diadakan di Restoran Kenalan Mu dekat sini  mendapat  sambutan  yang penuh  meriah.


Rumah Terbuka CNY yang bermula pada jam 10.00 pagi berakhir jam 1.30 petang telah dihadiri oleh masyarakat yang berbilang kaum tanpa mengira ideologi fahaman politik berbeza.

Turut Hadir para pemimpin kanan DAP termasuk rakan-rakan daripada parti-parti kompenen Barisan Nasional (BN) MCA dan LDP.



Dalam ucapan alu-aluan Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong antara lain menjelaskan tujuan mengadakan majlis rumah terbuka pada setiap  menyambut Tahun Baru Cina ini sudah menjadi satu adat resam dan budaya  yang diamalkan rakyat Malaysia untuk mengeratkan perpaduan semua kaum yang ada di negara ini.

“Saya bagi pihak DAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir di majlis ini terutama sekali kepada rakan-karan daripada komponen BN termasuk rakan-rakan Bumiputera atas kesudian hadir sama pada majlis ini” Kata Wong.


Sambil beliau mengingatkan, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah selama lima tahun atas kesalahan meliwat, namun semangat juangan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib rakyat tidak putus asa akan tetap diteruskan, ia sedikitpun tidak melemahkan semangat lawan tetap lawan.

No comments:

Post a Comment