Saturday 12 March 2011

BUKAN 50,000, TETAPI 500,000 TIADA MYKAD



Oleh: SURIATI MAHMUD

KENYATAAN Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Datuk Haji Jaffear Henry bahawa terdapat lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan telah disangkal.

Penulis Kontroversi, Mutalib M.D menolak angka yang dinyatakan Jaffear kepada media kelmarin kerana menurut kajiannya lebih 500,000 rakyat Sabah yang berusia 12 tahun ke atas tidak memiliki MyKad.

Mutalib yang sebelum ini menulis empat buah buku penuh kontroversi, IC PALSU Merampas Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir; menekankan bahawa disebabkan masalah birokrasi dan intervensi politik, Jabatan Pendaftaran Negara keliru dengan tugas mereka.

“Jika mereka boleh memberi lebih 1.6 juta MyKad Malaysia kepada warga asing daripada Filipina, Indonesia, Pakistan dan India yang berada ribuan batu jauhnya daripada Sabah, kenapa mereka tidak dapat menyelesaikan isu pemilikan MyKad hanya setengah juta rakyat Malaysia di Sabah yang berusia 12 tahun ke atas?,” tanya Mutalib yang menggesa agar Pengarah JPN yang baru lebih proaktif dan berkhidmat dengan penuh tanggung jawab untuk rakyat Sabah.

TAKLIMAT...Haji Norzain Tawi (JPN) sedang memberikan taklimat kepada penduduk Tg Labian ketika Operasi Khas Daftar Lewat.

TENANG....Ahli Parlimen Malaysia (Silam) Haji Salleh Kalbi sedang menenangkan penduduk Kampung Tg. Labian yang menyerbu operasi khas berkenaan setelah permohonan mereka tidak dilayan JPN.

KECEWA....Sebahagian daripada lebih 21,000 orang yang datang untuk memohon daftar lewat sijil lahir dan Mykad yang kelihatan hampa kerana operasi khas tersebut hanya menumpukan mereka yang sudah mendaftar pada tahun lalu.

RAMAI....Jika Tungku mempunyai lebih 21,000 mereka yang tidak mempunyai MyKad, bagaimana dengan 60 DUN lain?

Isu pemberian MyKad kepada warga asing ini, kata Mutalib, bukan rahsia lagi kerana bukunya, IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah telah diterima sebagai bahan bukti dalam Petisyen Pilihanraya Likas dan kesemua bukunya tidak pernah ‘diharamkan’ Kerajaan Malaysia; termasuk buku IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

“Dalam senario sekarang, Kerajaan Pusat tidak perlu menafikan kesilapan mereka memberi kad pengenalan biru dan serta merah kepada warga asing dan kini 99 peratus daripada mereka telah memiliki MyKad dan MyPR,” tegas Mutalib yang merasakan tiba masanya Kerajaan Pusat mendaftar semula semua warga asing yang mendapat MyKad projek dengan memberikan Kod Negara Kelahiran berdasarkan Negara asal mereka.

Tegas Mutalib, jika beliau yang dilahirkan di Kedah diberikan Kod 02, kenapa warga asing yang lahir di Indonesia, Filipina, India, Pakistan dan sebagainya diberikan kod 12 atau 49 yang melambangkan seolah-olah mereka lahir di Sabah.

Mutalib yang mendapat taraf penduduk tetap Sabah pada 1974 berkata, Kerajaan Persekutuan telah mengkhianati rakyat Sabah dan ‘Negara’ Sabah dengan melakukan penghapusan ‘etnik’ melalui pengklonan warga asing sebagai warga Negara Malaysia tetapi kad pengenalan mereka hanya diproses atau dimohon daripada Sabah dan bukannya 13 negeri lain di Malaysia.

“Sebagai rakyat Sabah melalui kuat kuasa undang-undang, saya telah mempertaruhkan nyawa saya untuk membantu kerajaan mengenalpasti sindrom PATI. PATI telah menjadikan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia ketika Sabah berada di dalam lubuk emas,” ujar Mutalib yang menjelaskan berbilion peruntukan dana Kerajaan Persekutuan dan Negeri bocor kepada PATI yang menjadi rakyat Sabah melalui pintu belakang dan suku sakat mereka yang menjadikan rumah mereka sebagai koloni PATI sekalipun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Mutalib menjelaskan, sebagai contoh, dalam gerakerja JPN bersama Pejabat Parlimen Silam pada 2009 untuk mendaftar 212 pemohon daftar lewat surat lahir dan 20 daftar lewat MyKad di Tanjung Labian, Tungku; tetapi amat mengejutkan kerana seramai lebih 21,000 orang telah datang untuk memohon daftar lewat kelahiran dan MyKad.

“Pendaftaran bergerak yang dilakukan oleh JPN memang amat baik dan tapisan keselamatan begitu ketat kerana mengikut peraturan pemohon wajib menandatangani surat akuan di hadapan Majistret Kelas Pertama, namun senario di kawasan pendaftaran tidak terjamin kerana bukan sahaja kekurangan kawalan keselamatan, malah ketiadaan Majistret Kelas Pertama,” tegas Mutalib yang mencadangkan agar JPN meminda Akta Pendaftaran Negara dengan menerima pakai Akta DNA bagi memudahkan urusan pengesanan dan pemberian taraf kerakyatan Malaysia.

JPN, kata Mutalib, hendaklah meningkatkan ciri-ciri keselamatan MyKad dan Sijil Lahir agar tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggung jawab kerana mudah begitu mudah dipalsukan; terutama ketika pilihanraya umum kerana beliau melihat ramai pemegang pasport Indonesia dan Filipina mendapat ‘MyKad Khas Untuk Mengundi’ daripada sindiket tertentu.

MEMO....Kementerian Dalam Negeri masih dalam peringkat siasatan dan dalam masa yang sama mengakui kandungan memorandum tersebut serius dan penting.

Berhubung dengan gerakerja beberapa pihak untuk mendapatkan tandatangan rakyat Sabah bagi mendesak penubuhan Suruhan Siasatan Diraja (SSD) sebagai susulan daripada memorandum yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing; Mutalib menyifatkan sebagai satu usaha yang baik dan beliau telah menandatanganinya melalui Petisyen Online.

“Sebelum ini, saya dengan Datuk Patrick Sindu dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menghantar Memorandum Khas kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Mantan Perdana Menteri (Pak Lah) bersama kesemua buku yang telah saya hasilkan agar ditubuhkan SSD untuk tujuan yang sama, tetapi sehingga kini Tuanku dan PM belum memperkenankannya,” ujar Mutalib yang mengakui terpaksa hidup dalam keadaan waspada 24 jam disebabkan ancaman demi ancaman daripada PATI dan suku sakat mereka.

19 comments:

  1. Please make sure that they are really Sabahans not illegals.

    ReplyDelete
  2. I won't deny that there are many locals that do not have IC. But there are also some that pretends to be Sabahans but they are actually illegal immigrants.

    ReplyDelete
  3. 500,000 people is quite many!

    ReplyDelete
  4. Make sure those 500,000 are really local sabahan and not foreigners.

    ReplyDelete
  5. sebagai rakyat yang prihatin, beliau sanggup merisikokan keselematan beliau dan keluarga untuk mengumpul bukti agar memudahkan kerja kerajaan..namun, sehingga kini belum ada apa2 tindakan dan tanda dari pihak kerajaan khasnya KDN untuk menyelesaikan isu ini..

    ReplyDelete
  6. apa lagi yang pihak kementerian dalam negeri tunggu? apakah tunggu sehinggan PRU 13 dan menjadikan isu ini sebagai alat politik?

    ReplyDelete
  7. ramai lagi rakyat malaysia di sabah yang TULEN tidak mendapat kad pengenalan..pihak JPN sudah tahu bahawa kebanyakkan mereka adalah tinggal di pedalaman dan miskin..maka adalah tidak wajar jika rakyat yang dipersalahkan..ianya adalah tanggungjawab JPN untuk pergi bertemu dengan mereka..JPN kan ada banyak duit...

    ReplyDelete
  8. diharap pihak JPN akan lebih proaktif dan bukan menunggu dengan mulut terngaga..

    ReplyDelete
  9. 50,000 pun dah ramai inikan lagi 500,000... huhu

    ReplyDelete
  10. Kalau betul2 orang Sabah kesianlah sbb belum apply mykad. Tapi kalau bukan, huhuhu

    ReplyDelete
  11. JPN kena teliti dalam hal ni jangan sampai ada pati yg dapat mykad pula.

    ReplyDelete
  12. So JPN do ur best dan pastikan hal ni mendapat perhatian sewajarnya. Jangan biarkan negeri kita dipenuhi pati.

    ReplyDelete
  13. Semoga perkara ini berjaya ditanggani dengan baik:)

    ReplyDelete
  14. masih ramai yang tiada mykad ni. pemberian mykad perlu dilakukan segera tapi kena pastikan mereka ni benar2 penduduk asli sabah. jangan biarkan ada PATI yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan mykad.

    ReplyDelete
  15. harap JPN dapat memastikan rakyat Sabah yang belum memiliki Mykad untuk mendapatkan Mykad. tapi kena pastikan mereka benar-benar rakyat Sabah dan bukannya warga asing.

    ReplyDelete
  16. Harap masalah MyKad ini dapat ditangani. Ramai juga yang tidak memiliki MyKad. Apa pun pastikan bukan orang asing yang memperolehi MyKad.

    ReplyDelete
  17. JPN perlu lipat gandakan usaha dan pastikan tidak ada PATI yang diberikan MyKad..

    ReplyDelete
  18. 500,000 orang bukan jumlah yang sedikit. Benarkah rakyat begitu ramai yang tidak mempunyai MyKad?? Kerajaan perlu menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  19. Ini semamngnya bukan jumlah yang kecil. Harap JPN akan menangani isu ini dengan sewajarnya.

    ReplyDelete