Oleh: MEDIA SESB
KERJA-KERJA penyelenggaraan kritikal terhadap menara 90 (Tower 90) di jalan Tambunan telahpun siap 50 peratus (setakat 9 Mac 2011) sejak kerja-kerja ini dimulakan pada 2 Mac 2011 (Rabu) yang lalu.
Talian penghantaran sepanjang 246km ini merupakan talian utama sambungtara Grid (Grid Interconnection) yang menyambungkan Grid Pantai Timur dengan Grid Pantai Barat Sabah. Secara purata sebanyak 50-140MW tenaga elektrik dihantar ke Pantai Timur Sabah setiap hari.
Kerosakan pada menara itu berlaku disebabkan oleh cuaca buruk yang menyebabkan pokok tumbang ke atas talian menara. Kerosakan pada menara 90 (tower 90) itu juga menjejaskan dua lagi menara iaitu menara 89 dan menara 91 pada kedudukan yang berdekatan.
Kerja-kerja pembaikan menara itu akan mengambil masa dua hingga tiga minggu dan sepanjang tempoh tersebut, bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah akan bergantung sepenuhnya kepada stesen-stesen penjanaan yang berada di Pantai Timur.
Dalam beberapa hari ini, Demand Side Management (DSM) dan catuan bekalan (load shedding) di Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau terpaksa diaktifkan disebabkan oleh kekurangan kapasiti janaan di Pantai Timur Sabah. SESB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna.
Hopefully SESB can manage to speed up the repairing.
ReplyDeleteharap kerja ini akan siap sepenuhnya mengikut masa
ReplyDeleteSemoga SESB dapat melakukan kerja2 pembaikan dengan segera.
ReplyDeleteJadi2 sabarlah ya... Semuanya pasti akan selesai mengikut masa yang telah ditetapkan:)
ReplyDeletekalau boleh kerja2 membaik pulih dipercepatkan lagi kerana ia boleh menggangu operasi perniagaan yang sudah tentu memerlukan bekalan elektrik yang mencukupi.
ReplyDeleteHope that everything goes smoothly.
ReplyDelete50% sudah siapa, jadi tinggal 50% lagi mahu siap. Maka diminta untuk bersabar dengan masalah sekarang.
ReplyDeleteBersabarlah buat masa ini.
ReplyDelete