Saturday 5 March 2011

GUBUK BURUK HADIAH DARI BN TENOM



SEDIH….Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan, sayang engkau tak turut bersamaku kawan. Banyak cerita yang mestinya kau saksikan, ditanah basah berlumpuran.

Oleh: MEDIA PKR TENOM

PROGRAM menemui rakyat di kampung Mosolog Tipoh di DUN Melalap telah dikunjungi oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman beliau telah melihat sendiri betapa daifnya seorang penduduk bernama Jumpoh@ Abd.Rashid.

Jumpoh tinggal di gubuk buruk berkenaan tanpa tiada diambil keperdulian oleh Wakil Rakyat BN yang selama ini beliau hidup menderita tinggal di gubuk buruk walaupun sudah 10 tahun beliau memohon rumah PPRT, tapi tidak ada seorang pun dari UMNO atau BN yang mahu membantu keluarga yang serba miskin ini.

NOSTALGIA….Di gubuk buruk ini penuh nostalgia, cerita si miskin papakedana.

"Orang yang rapat dengan YB (BN) atau Ketua-Ketua UMNO sahaja kebanyakan yang dapat rumah PPRT, padahal mereka kebanyakan keluarga YB mempunyai pendapatan yang lumayan kalau banding dengan kami yang mengharapkan bantuan Kerajaan BN," jelas Jumpoh merintih.

Halik memberitahu media, "Selain dari keperluan rakyat tempat tinggal di rumah PPRT, Kerajaan juga abaikan jalan jalan kampung yang tidak terurus dengan cekap oleh Kerajaan BN."

DERITA…Luahan hati dari seorang ahli UMNO diceritakan oleh penderita, mohon rumah PPRT tidak diendahkan, 10 tahun berlalu masa.

Bidas Halik lagi, Kerajaan kita kaya dengan hasil minyak tetapi rakyatnya masih hidup dalam tahap kemiskinan tegar. PM Najib membuat satu cogan kata ‘Rakyat didahulukan’ inikah bentuk rakyat didahulukan? Sedang rakyat yang kaya dengan hasil minyak masih lagi tinggal di gubuk-gubuk buruk?

"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah Malaysia dalam PRU13 nanti, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan tidak ada lagi rakyat Malaysia yang bergelar ‘miskin tegar’.

Kata Halik lagi, "Kita akan gunakan wang Kerajaan untuk membangun rakyatnya, segala hasil mahsul Negara setiap sen adalah hak rakyat dan rakyat perlu memilikinya."

"Kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu rakyat untuk memberikan tanah bagi tanaman kelapa sawit, kita akan buat turnkey projek untuk meneroka hutan rimba negeri ini. Hasil dari kayu balak kita boleh jadikan modal untuk biayai tanaman kelapa sawit. Dalam tempoh 2 tahun rakyat akan dapat menikmati hasilnya tanpa hutang piutang," Halik jelaskan dengan penuh keazaman.

14 comments:

  1. The PPRT is suppose to help the hardcore poor. It should be distributed based on the needs of those who qualified.

    ReplyDelete
  2. Kesian, semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya:)

    ReplyDelete
  3. Tak kisahlah siapa yang tampil memabntu, yang penting bantuan harus segera dihulurkan.

    ReplyDelete
  4. "Jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah Malaysia dalam PRU13 nanti, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan tidak ada lagi rakyat Malaysia yang bergelar ‘miskin tegar’....kononnya la....hahaha kita masing2 ada tv di rumahkan rajin2 la tengok berita tv3...selalunya negeri2 dibawah jajahan PKR la yg paling bnyk masalah....hehehe geli hati saya membacanya.

    ReplyDelete
  5. penduduk yang masih hidup dalam keadaan naif ini perlu dibantu.

    ReplyDelete
  6. harap penduduk yang daif dapat dibantu. PR juga jangan hanya pandai bercakap. buktikan dulu di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

    ReplyDelete
  7. Setahu saya, ada lagi yang lebih susah dari Jumpoh@ Abd.Rashid. Jika begitu, kenapa PKR tidak memberikan rumah PPRT kepada Jumpoh@ Abd.Rashid. Jangan tahu cakap saja.

    ReplyDelete
  8. mungkin rakyat perlu lihat realiti di negeri2 yang ditadbir oleh Pakatan dahulu sebelum membuat keputusan. bagaimana kita mahu percaya dengan kemampuan PKR/Pakatan, jika di negeri2 mereka masih berlaku diskriminasi, penindasan, ketidakcekapan pentadbiran, etc.. malah barisan pemimpin utama mereka sudah banyak yang keluar parti. jika pemimpin mereka sendiri tidak percaya dengan kepimpinan parti itu, kenapa pula rakyat perlu mengambil langkah kebelakang dengan menyokong mereka?

    ReplyDelete
  9. Sebelum terlewat, kerajaan haruslah menyelesaikan masalah mereka. Utamakan mereka yg berada dlm golongan miskin.

    ReplyDelete
  10. Jangan kecewakan mereka yang telah menyokong BN dari mula. Buatlah yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  11. Kalau kerajaan boleh menyediakan rumah PPRT yang mencukupi untuk kesemuaan rakyat miskin di Sabah. Sudah pasti kita dah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sekurang-kurangnya 1/4.

    ReplyDelete
  12. Rumah PPRT ini sepatutnya membantu rakyat miskin. Harap pengagihan ini dibuat berdasarkan keperluan pemohon.

    ReplyDelete
  13. Lebih baik buat rumah dulu daripada cakap kosong...

    ReplyDelete
  14. BN Tenom pun satu, sudah berapa tahun menang, kenapa tak nampak keadaan rumah mereka?

    ReplyDelete