Saudara Pengarang,
SAYA ingin berkongsi dengan Sabahkini.net tentang satu pembangunan ladang usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Islam Negeri Perak (PKINP) dengan sebuah syarikat dari Sabah.
Mereka membangunkan tanah di Sungai Sabang, Sugut tanpa geran tanah yang lengkap kerana mengikut siasatan saya, tanah tersebut belum didaftarkan di Pejabat Tanah Beluran.
Walaupun tanah tidak ada geran tetapi telah dibangunkan. Mereka turut menceroboh hutan simpan paya bakau dan penggunaan khidmat pekerja asing Indonesia tanpa permit. Adakah kita semua mahu keadaan ini berlaku di tempat kita sendiri?
Persoalannya bagaimana mereka boleh sewenang-wenangnya menggunakan khidmat PATI tanpa sebarang keraguan dan mencabuli hak rakyat Sabah dengan menceroboh tanah yang bukan milik mereka dan juga bukan milik mana-mana individu ataupun syarikat dari Sabah? Kepada siapa harus kami adukan perkara ini untuk mendedahkan kebenaran?
Untuk makluman, saya sanggup mendedahkan maklumat berkaitan aktiviti ini pada bila-bila masa sahaja.
Salam Hormat,
RAZY
Hope that this is reported to the related authorities so that it can be further investigated.
ReplyDeleteNot only they are trespassing on lands that do not belong to them, or hiring illegals, but they also harming the forest reserves. Actions must be taken.
ReplyDeletetindakan segera harus diambil, kita tak boleh biarkan hutan simpan diceroboh sewenang wenangnya.
ReplyDeletesebaiknya pekara ini disiasat bagi mengetahui sama ada pekara ini benar atau tidak.
ReplyDeleteadakah anda pasti dengan kenyataan saudara. Jika benar, kemukakan perkara ini kepihak berkuasa.
ReplyDeletejangan disebabkan syarikat itu besar dan mempunyai banyak wang, maka semua tindakan mereka yang bertentangan dengan undang2 dihalalkan. mengekalkan dan melindungi hutan bakau jauh lebih penting daripada aktiviti pembangunan mereka.
ReplyDeletejika penduduk kampung boleh dihalau dan rumah serta pertanian mereka dimusnahkan, kenapa syarikat ini tidak? saya harap pihak yang berkenaan bukan sengaja membutakan mata..
ReplyDeleteShould immediately lodge a report if haven't regarding this matter.
ReplyDeleteMemang melampau, macam mana boleh dibiarkan begitu saja. Harap Sabahkini boleh membuat penyiasatan mengenai hal ini.
ReplyDeletePastikah mereka tiada permit? Kalau macam tu mana boleh diendahkan saja. Buat laporan polis dengan segera.
ReplyDeleteKalau dibiarkan habislah kawasan paya bakau itu sebagai ekosistem semulajadi. Siapa yang bertanggungjawab? Lain kali sertakan sekali nama syarikat yang melakukan. Barulah laporan tidak sia-sia.
ReplyDelete