Wednesday, 9 March 2011

JHEAINS TUTUP TADIKA AL-KHAUSAR?



Saudara Pengarang,

SAYA salah seorang bapa kepada pelajar tadika Al-Khausar Kunak. Jumlah muridnya 70 orang.

Baru-baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) datang ke Kunak dan mengarahkan tadika ini ditutup SERTA MERTA; sedangkan tadika tersebut telah wujud lebih kurang 10 tahun lalu.

Apa sudah jadi kerana Tadika Kanak-Kanak Islam ditutup tetapi kedai judi, toto dan Pusat Pelacuran semakin subur di Kunak dan tidak ditutup.

Di manakah kanak-kanak ini mahu belajar? Di Gereja?

Mohon ehsan Sabahkini.net dan pihak berwajib datang ke Kunak untuk menjalankan siasatan seberapa segera.

Salam Hormat,


MOHD ASMARIZA

10 comments:

  1. Harap perkara ini akan disiasat untuk mengetahui isu ini secara mendalam.

    ReplyDelete
  2. Bukankah perkara seperti ini sepatutnya diurus oleh menteri pendidikan? Mengapa pula JHEAINS yang datang memberi arahan?

    ReplyDelete
  3. harap penjelasan dapat diberikan oleh pihak yang berkaitan.

    ReplyDelete
  4. kenapa Tadika itu perlu ditutup? penjlasan perlu diberikan.

    ReplyDelete
  5. Jika benar ditutup, JHEAINS perlu memberikan penjelasan kenapa Tadika ini perlu ditutup??

    ReplyDelete
  6. Penjelasan harus diberikan, agar segala ketidakjelasan dapat diperjelaskan.

    ReplyDelete
  7. Jika pun ingin menutup tadika tersebut saharusnya mereka memberikan notis terdahulu. Seterusnya memberi penempatan baru agar para pelajar tidak ketingalan dalam pembelajaran.

    ReplyDelete
  8. sebaik2nya minta penjelasan dahulu dipihak JHEAINS sebelum membuat sebarang spekulasi.

    ReplyDelete
  9. Adakah patut JHEAINS menutup tadika tersebut begitu sahaja. Penjelasan mengenai hal ini harus diberikan.

    ReplyDelete
  10. Inila tanda2 akhir zaman benda yg baik di rurup tapi benda yv mungkar dibiarka berleluasa... Apa sdh jadi ni? Kurrrr semangat!!!

    ReplyDelete