Oleh: MAIL MATHEW
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan rayuan seterusnya membebaskan keenam-enam penduduk kampung Imahit setelah mengenepikan penyabitan dan hukuman denda RM6,000 sebelum ini oleh Mahkamah Majistret di sini.
Katanya, keputusan itu telah membuktikan ketelusan dan keadilan dalam sistem perundangan di mana rakyat biasa juga wajar dilindungi dan dipertahankan hak-hak mereka selaras dengan amalan demokrasi sepertimana dalam Perlembagaan Negara.
“Kita menyambut baik malah mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu seterusnya kes ini sebagai ikhtibar dan menjadi garis panduan bahawa Enakmen Hutan 1968 yang boleh dibawa ke Mahkamah bagi mentafsirkan hak penduduk dalam NCR,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Jamawi berkata demikian semasa kunjungan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom, Hasrul Sulaiman di pejabat Pergerakan Pemuda Umno di sini pagi kelmarin.
Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Pusat dan Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mengulas keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat lepas yang menolak sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Tenom tahun lepas (2010) terhadap enam petani kerana menceroboh dan bercucuk tanam di Kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani sekitar tahun 2009.
Enam petani terbabit, Andawan Ansapi, 47, Barani Ambisi, 41, Ansaman @ Azman Yapau, 52, Johndy Kawar, 25, Stanley Boyor, 33, dan Sarim Arus, 53 mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut dimana mereka diwakili oleh peguam Ram Singh, memfailkan rayuan berikutan sabitan di Mahkamah Majistret Tenom pada November 2010
Menurut Jamawi lagi, dengan keputusan tersebut diharapkan agar Jabatan Hutan dapat menghentikan larangan dan merobohkan pondok simpanan padi penduduk Kg Sumambu, Kg Kapulu dan Kg Katubu dalam Mukim Rundum kerana dari segi fakta perundangan Hakim ada menyebut bahawa penduduk kampung berhak untuk mengusahakan kawasan tersebut.
Dalam pada itu tegas Jamawi, sepatutnya penduduk yang terlibat diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan agar mereka dibenarkan memiliki tanah tersebut kerana telahpun menduduki kawasan tersebut.
“Memandangkan mereka telah lama menduduki kawasan tersebut di samping telahpun mengusahakannya dengan aktiviti pertanian seperti tanaman getah, padi dan telahpun mengeluarkan hasil,” tegas Jamawi.
“Dari sudut pandangan lain, meskipun kawasan ini merupakan hutan simpan, namun kerajaan khususnya jabatan Hutan perlu juga memberikan pertimbangan kepada mereka yang terdiri rakyat tempatan yang telah pun bertahun-tahun mengusahakan tanah tersebut. Jika ada kawasan yang boleh dikeluarkan dari hutan simpan, pertimbangkanlah permohonan mereka untuk mendudukinya secara sah,” tambah Jamawi
Terdahulu, ketika berucap mengalu-alukan kehadiran rombongan Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom beliau yang juga Presiden Kehormat PPK Tenom meminta PPK Tenom agar dapat merangka serta melaksanakan beberapa program; yang boleh membantu masyarakat petani dan penternak di daerah itu untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian yang berdaya maju dan mampu menyumbang kepada peningkatan taraf sosio ekonomi mereka seharaian.
Katanya, PPK perlu bertindak sebagai agen perubahan dalam memberikan maklumat panduan dan bantuan kepada ahi-ahlinya untuk meneroka beberapa sektor pertanian yang sesuai untuk dimajukan bagi membantu ahli-ahlinya untuk bergerak aktif dalam sektor pertanian.
Ya, mahkamah sudah pun ada keputusan mereka, suka ataupun tidak pun kita kena terima.
ReplyDeletekeputusan yang dibuat perlulah dihormati. yang penting hak penduduk dapat dijaga.
ReplyDeletehormatilah keputusan mahkamah, keputusan ini diambil secara adil.
ReplyDeleteMgkn kerajaan negeri blh beri penempatan baru utk pduduk kg tersebut.
ReplyDeleteKerajaan kena cepat mengahadapi dan menyelesaikan isu berkaitan dengan tanah. Jika tidak pembangkang akan menjadikan isu ini sebagai senjata mereka.
ReplyDeleteTidak kira bagaimana caranya tetapi keutamaan adalah untuk rakyat.
ReplyDeleteBenar, keputusan mahkamah adalah yang terbaik untuk semua. dan kita perlulah menerimanya tidak kira itu adalah baik atau sebaliknya kepada diri kita.
ReplyDeletekemenangan keenam2 penduduk kampung Imahit ini membuktikan bahawa penduduk di kampung lain terutamanya yang menghadapi masalah yang sama iaitu tanah adat, masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula serta mempertahankan hak mereka. yang penting gunakan saluran yang betul..
ReplyDeletesaya harap selepas ini Jabatan Hutan Negeri Sabah akan lebih berhati2 dan menjadikan kes ini sebagai pengajaran untuk mereka agar lebih menghormati hak rakyat.
ReplyDeleteKeputusan adalah muktamad. Jadi mahkamah tidak akan menyebelahi mana-mana pihak. prosedur kehakiman dilakukan bagi mendapat keputusan yang muktamad.
ReplyDeleteBetul tue. Hormatilah keputusan mahkamah.
ReplyDeleteSometimes we need to face the fact.
ReplyDeleteApa yang telah berlaku telah pun berlaku.
ReplyDeleteThe state government need to do something on it. To recover the villager losses. If not sure the opposition will take advantage on it.
ReplyDeleteBaru kini kedengaran suara2 dr pihak kerajaan yg menyokong akan penduduk kg ini sebelum ini paaalisss dorg kan menolong org diri ani... Kurrr semangat...
ReplyDeletekeputusan mahkamah yang telah dibuat berhubung isu tersebut wajar dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak.
ReplyDeleterakyat tidak harus berasa gentar untuk mempertahankan hak mereka dari dicerobohi. tanah adat wajar dipertahankan sampai bila2..
ReplyDeletekerajaan negeri pasti dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan isu tanah di sabah.
ReplyDelete