Tuesday 2 August 2011

ALTIMATUM USNO TAMAT 30 JULAI



Oleh : Media USNO.

ALTIMATUM 14 hari yang diberikan Penaja USNO kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tamat pada jam dua belas tengah malam 30 Julai yang lalu, namun nampaknya masih belum ada lampu hijau daripada ROS sama ada hendak ‘Meluluskan’ atau ‘Menolak’ permohonan menghidupkan semula USNO.

Bagaimanapun mengikut sumber yang diterima penaja USNO telah mengadakan mesyuarat maratonnya pada 24 Julai 2011 lalu selama 12 jam dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan seterusnya disambung oleh pemimpimpin Veteran ‘Council Of Elders’ hari berikutnya bagi mengkaji strategi dan tindakan susulan yang akan dilaksanakan sebaik sehaja tempoh Ultimatum berkenaan luput dan tamat pada jam 12 tengah malam, 30 Julai 2011.

Sementara itu Parti Masyarakat India (MUIP) yang diluluskan pendaftarannya tidak sampai 90 hari pada 2007 mendapat layanan segera kelulusan dari ROS, diterima menyertai BN pada 30 Julai 2011 yang dipimpin oleh Datuk S.Nallakurapan.

Selain itu, mengikut rekod ROS pada tahun 2009 terdapat 3 parti mendapat kelulusan umpama ‘Mi Segera’, antaranya; PCM (Parti Cinta Malaysia) telah mendapat kelulusan dalam masa 24 jam, MMSP (Malaysia Makkal Sakti Party) Pimpinan RS Thanenthiran; HRP (Human Right Party) Pimpinan Uttayakumar yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia. Malang bagi USNO yang berpengkalan di Sabah kerana masih berjuang untuk mendaftar parti berkenaan sejak 2006.

Naib Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh yang berada di Semporna Sabah memaklumkan mereka telah siap menyediakan memorandum yang bakal diserahkan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong sejak 25 Julai 2011; sebaik sahaja tempoh tamat altimatum USNO pada 30 Julai 2011 lalu dan akan menulis surat kepada TYT Negeri Sabah untuk mengadakan kunjungan hormat bagi menyerahkan tuntutan USNO kepada TYT Sabah sebelum disampaikan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Abdullah Sani mengesahkan ada menerima maklum balas dari ROS pada 18 Julai 2011 mengenai perkembangan permohonan parti itu, tetapi para penaja USNO tetap dengan pendirian mereka bahawa tempoh 14 hari yang diberikan tetap berjalan dan tindakan seterusnya diteruskan bagi mendapatkan hak mereka dapat ditunaikan atau sebaliknya.

Selain itu pihak penaja juga telah melantik beberapa muka 9 orang AMT baru dari pantai Timur Sabah dan Kudat termasuk beberapa pemimpin PKR dari Parlimen Semporna, Kalabakan, Tawau dan Kudat yang terdiri dari kawasan-kawasan kubu kuatnya sebelum dibubarkan pada tahun 2004 oleh pihak ROS.

No comments:

Post a Comment