ANGGOTA Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh kelmarin melahirkan rasa kesal kerana kenyataannya mengenai pemimpin menjadikan program serah zakat untuk raih publisiti murahan disalah tafsir segelintir pihak.
Katanya, kenyataan itu ditujukan kepada anggota dewan undangan negeri (Adun) dan pemimpin Umno Kalabakan termasuk dirinya sendiri kerana bagi beliau menyelesaikan masalah rakyat lebih penting berbanding menyerahkan bantuan zakat Pusat Zakat Sabah (PZS).
"Apabila kita diamanahkan menyampaikan wang zakat, perlukah kita mengejar publisiti? Kalau betulpun publisiti perlu diberi, publisiti itu bukan untuk diri kita tetapi untuk Pusat Zakat Sabah yang telah berjaya melaksanakan peranannya," katanya dalam kenyataan di sini.
Ketua Umno Kalabakan itu juga berkata rakyat akan lebih menghargai pemimpin jika wakil mereka bersungguh-sungguh bekerja memperjuangkan nasib mereka.
Semalam Adun Balung yang juga bekas Pengerusi PZS Datuk Syed Abas Syed Ali berkata tidak salah pemimpin untuk terlibat dalam penyerahan wang zakat PZS kepada rakyat kerana ia sebahagian daripada tugas pemimpin itu sendiri. (BERNAMA)
No comments:
Post a Comment