Oleh : HAFIZ JAMAIL
EKORAN aduan para pembayar cukai dan pemilih berdaftar, Pakatan Rakyat Sabah bertandang ke pasar umum melihat sendiri keadaan lif pasar berkenaan yang masih belum berfungsi.
Jurucakap Pakatan Rakyat, Zainuddin Hassan ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan, ketika pilihanraya kecil Batu Sapi tahun lalu, Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan) Datuk V.K.Liew berjanji bahawa isu lif pasar berkenaan akan berfungsi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
“Tetapi melalui tinjauan kita kelmarin, jangankan menjelang raya, sampai Krismas pun belum tahu siap kerana tidak ada sebarang kemajuan, melainkan janji air liur yang diungkapkan V.K.Liew sudah basi,” kata Zainuddin lagi.
Sehubungan itu, kata Zainuddin, Pakatan Rakyat mendesak kerajan BN terutama Majlis Perbandaran Sandakan tidak memandang remeh isu penting ini dan segera memastikan lif berkenaan yang digelar ‘Projek Gajah Duduk’ berfungsi untuk kemudahan rakyat.
Rombongan Pakatan Rakyat disertai George Hiew Zin (DAP) dan Hamzah Abdullah (PAS).
No comments:
Post a Comment