Monday 29 August 2011

LDP TERUS BERSUARA DEMI RAKYAT



PARTI Liberal Demokratik (LDP) hari ini berkata ianya akan memainkan peranan aktif dalam gabungan Barisan Nasional (BN) termasuk melibatkan kerajaan dalam isu-isu yang dekat di hati rakyat.

Presidennya, Datuk Liew Vui Keong berkata parti itu akan bersuara dan menyelami perasaan rakyat dan negara walaupun isu-isu tertentu yang dibangkitkan oleh pemimpin parti itu mendapat kritikan dari pihak lain.

"Sejak beberapa minggu lepas, apa jua pemimpin LDP membuat komen, kami menerima kritikan, banyak pihak amat gentar sehingga kepada keadaan paranoid," katanya ketka menutup mesyuarat agung tahunan (AGM) bersama Bahagian Kepayan dan Moyog di sini, hari Ahad.

Katanya pemimpin LDP menyuarakan mengenai isu-isu dan pandangan yang dikemukakan oleh rakyat dan ianya semua merupakan pandangan rakyat dan bukan LDP semata-mata.

"Kami memasuki era di mana pandangan rakyat adalah amat penting untuk kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah menyatakan dengan amat jelas sekali dengan agenda 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," kata Liew. Mesyuarat AGM itu juga menandakan berakhirnya mesyuarat agung tahunan yang diadakan oleh kesemua 26 bahagian LDP di Sabah.

Diminta mengulas komen Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok bahawa semua parti komponen yang berminat merebut kerusi pilihan raya dengan terkeluarnya Parti Progresif Sabah (SAPP) dari BN supaya duduk dan berbincang, Liew berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Najib, selaku Pengerusi BN. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment