Oleh : ROZIE JUMAT
SEMPENA bulan Ramadan Al-Mubarak, golongan kurang bernasib baik tidak ketinggalan mendapat perhatian dari para pemimpin masyakarat di Keningau. Terbaru Umno Bahagian P180 Keningau mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Besar Keningau. Lawatan itu diketuai oleh Naib Ketua Bahagiannya, Sahanip Jamil.
Rombongan tersebut disertai oleh kebanyakan ahli jawatankuasanya termasuk Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan, Rosdi Padiman dan Ketua Wanitanya, Amelia Ajun. Program tersebut merupakan acara tahunan Umno Keningau
Sempena lawatan itu rombongan Umno Keningau telah memberikan sumbangan Ramadhan kepada 100 pesakit dari wad pembedahan lelaki, wad perubatan wanita, wad perubatan lelaki dan wad bersalin.
No comments:
Post a Comment