Saturday, 27 August 2011

KETIADAAN ROAD MARKING BAHAYAKAN PENGGUNA



BAHAYA…… antara jalanraya di Kunak-Lahad Datu yang tidak mempunyai garisan tengah sehingga membahayakan pengguna.

Saudara Pengarang,

SEBAGAI pengguna jalanraya yang prihatin, saya mendapati Jabatan Kerjaraya atau kontraktor dilantik tidak mengambil berat keselamatan pengguna jalanraya sekalipun berjuta ringgit dibelanjakan untuk menyelenggara Lebuhraya dan jalanraya Negeri yang menerima ‘State Road Grant’; terutama ‘Glassbed Road Marking’ yang sudah pudar atau tiada langsung.

Senario ini boleh dilihat dikebanyakan jalanraya di Kunak, sama ada ‘Lebuhraya’ Persekutuan (Jalan Kunak-Lahad Datu dan Jalan Kunak-Tawau) sehingga Lebuhraya dan jalan raya di kawasan ini layak digelar ‘Kubur’ yang menunggu penghuni.

Kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) seolah-olah tidak menjalankan tugas pemantauan untuk memastikan jalan-jalan raya itu mempunyai garisan putih tengah dan tepi jalan serta tanda pandu arah yang terang dan jelas.

Misalnya di simpang tiga menuju ke Pekan Kunak dan ke Kg.Kunak Jaya yang kerap dilalui banyak kenderaan berat sudah pudar dan langsung tidak kelihatan garisan tengah pada permukaan jalanraya itu.

Sama ada jurutera JKR Kunak ‘masih tidur’ atau kontraktor yang bertanggungjawab ‘masih mengantuk’ kerana gagal menyelenggara jalanraya itu, sudah pastinya Kerajaan BN yang akan ditempelak kerana agensi berkenaan gagal menjalankan tanggungjawab mereka.

Ke mana hilangnya peruntukan untuk mengecat jalanraya berkenaan dengan menggunakan ‘Thermalplastik Glassbed Road Marking’ yang diperuntukan jika bukan untuk kegunaan jalan-jalan raya tersebut?

Keadaan yang sama berlaku di Jalan Kunak-Lahad Datu, bermula dari bulatan jalan Simpang Empat ke arah Lormalong, kawasan selekoh berbukit berdekatan Kg.Kadazan dan sebagainya tidak lagi kelihatan sehingga membahayakan pemandu yang menggunakan jalanraya dan lebuhraya berkenaan pada waktu malam.

Ops Sikap yang dilancarkan sempena sambutan perayaan Aidilfitri kini berjalan dan sudah tentu, ramai pemandu akan berada di atas jalanraya yang dinaiktaraf sebagai ‘Kubur Raya’ oleh Jabatan Kerjaraya; namun nasib mereka diperjudikan oleh kontraktor penyelenggaraan jalan yang kaya raya kerana membuat tuntutan di atas kerja yang tidak dilakukan mereka.

Berbanding daerah Tawau, kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan sempurna apabila melihat garisan pudar yang sama keadaan seperti itu; dipulihkan segera dengan ‘mengecatnya semula’ dengan bahan yang bermutu dan boleh memantulkan cahaya.

Persoalannya, mengapa di Kunak JKR masih ‘tidur’? Jika tidak ‘tidur’ mengapa ‘Road Marking’ jalanraya yang sudah pudar atau tidak wujud lagi sejak bertahun dan ada yang berbulan-bulan lamanya tidak dicat semula? Tepuk kepala kontraktor, tanya berapa masuk poket Pegawai Jabatan Kerjaraya?

Salam Hormat,

PEMANDU PRIHATIN

8 comments:

  1. Memang bahaya kalau tiada garisan yang jelas.

    ReplyDelete
  2. JKR Kunak patut mengambil tindakan segera untuk menangani isu ini.

    ReplyDelete
  3. mmg sangat merbahaya jika tak ada garisan, sukar nak nmpak jalan terutamnya waktu malam dan hujan lebat.

    ReplyDelete
  4. harap perhatian akan diberikan. keselamatan pengguna perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  5. jurutera JKR Kunak mahupun kontraktor kena jalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab. jangan tunggu sehingga sesuatu yang buruk berlaku di jalan ini baru bertindak.

    ReplyDelete
  6. Betul..Bahaya kepada pengguna ini. Susah mahu melihat jalan betul atau tidak dan akan menimbulkan keliruan.

    ReplyDelete
  7. pihak yang bertanggungjawab patut melihat kekurangan2 yang wujud di jalan raya ini sebagai punca kemalangan sebelum mempersalahkan sikap sesetengah pengguna jalan raya.

    ReplyDelete
  8. bukan sahaja di sabah. jalan raya disemananjung pun tidak selamat. kerana tidak prihatin melaksanakan tanggungjawab urusan penyelenggaraan jalan raya.

    ReplyDelete