Tuesday 23 August 2011

RIANG RIA RAYA BERSAMA 150 PENDUDUK SIM SIM


TERIMA KASIH...Salah seorang penerima bantuan daripada Liew sambil diperhatikan Awang Sham.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 150 orang penduduk Kampung Sim-Sim Berhala Dara, Sandakan masing-masing menerima sumbangan hari raya daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong di perkarangan Masjid Al-Furqan, Sim-Sim, kelmarin.

Dalam ucapannya, V.K. Liew antara lain menjelaskan bantuan sebegini rupa yang disalurkan saban tahun merupakan satu tanggung jawab para pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk meringankan sedikit beban mereka ketika menyambut hari raya.

V.K.Liew berkata, Kerajaan BN yang diberi mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum ke 12 lalu akan sentiasa menitikberatkan pembangunan dan kemudahan asas yang dinikmati oleh rakyat; bahkan ekonomi dan kebajikan rakyatnya juga perlu diutamakan demi kesejahteraan rakyat, sejajar dengan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

“Kita sedar terdapat segelintir penduduk Kampung Sim-Sim tidak setuju dengan pembinaan 28 jambatan konkrit di Kampung ini dan mereka mendakwa ini satu pembaziran wang rakyat. Tetapi ini adalah satu tipu muslihat dan propaganda pembangkang yang tidak mahu menerima bantuan, khususnya kemudahan asas sebegini daripada kerajaan yang ada sekarang,” dedah V.K.Liew.

Tegasnya, pembangkang di Sabah belum celik pembangunan dan mereka sentiasa mencari jalan memesongkan fikiran rakyat demi mencapai cita-cita politik mereka, termasuk menabur fitnah kononnya kerajaan BN menabur janji palsu.

No comments:

Post a Comment