Monday, 22 August 2011

DEKATI RAKYAT, TRADISI PEMIMPIN BN





SUMBANGAN…Ellron dan Kurup menyampaikan sumbangan kepada rakyat di Kg Ansip disertai oleh Ketua Pegawai Perhubungan P 182 Pensiangan, Vincent Lee.

Oleh : ROZIE JUMAT

RAKYAT di kawasan pedalaman terus mendapat perhatian kerajaan dengan pelbagai bantuan diberikan untuk menambahbaik kualiti hidup. Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph kurup dan wakil rakyat Sook, Datuk Ellron Angin terus dekat di mata rakyat dan turun padang melihat keperluan rakyat di kawasan itu.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, mendekati rakyat adalah amalan tradisi pemimpin Barisan Nasional (BN) yang prihatin dan penuh dengan kasih sayang.

Beliau mengatakan demikian di majlis penyampaian barangan dan keperluan dapur di Kg Ansip dan Kg Pagalungan Ansip di sini. Seramai 11 penerima program Touch Point yang terdiri dari Orang Kelainan Upaya, warga emas dan miskin tegar menerima sumbangan tersebut beruapa barangan dapur, makanan, beras dan wang tunai untuk keperluan mereka.

“Amalan mendekati rakyat sudah lama kita amalkan, inilah kerajaan yang sentiasa prihatian kepada rakyat dan meringankan sedikit beban yang dialami oleh sebahagian rakyat yang kurang bernasib baik khususnya di P. 182 Pensiangan,” kata Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Sumbangan serupa juga turut diagih-agihkan kepada para penerima yang layak di sekitar kawasan P.182 Pensiangan.

No comments:

Post a Comment