Thursday, 25 August 2011

PEMBANGKANG HANYA MAMPU MELELEHKAN AIR LIUR!



OPERASI……Lif Pasar Umum Sandakan akan beroperasi sebaik saja MPS menerima lesen dan sijil operasi daripada JKKP.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong menyifatkan kenyataan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) berhubung isu Lif Pasar Umum sebagai tindakan kebudak-budakan; yang sama sekali tidak berasas, malah untuk mengelirukan rakyat di Sandakan semata-mata.

V.K.Liew yang diminta mengulas kenyataan ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang tidak berpengaruh itu antaranya, George Hiew Zin (DAP) Hj Hamzah Abdullah (PAS) dan Zainudin Hassan (PKR) bertajuk ‘Lif Rosak Atau VK Liew Tidak Berfungsi?’ yang tersiar di Portal Online Sabahkini.Net pada 24 Ogos 2011.

“Projek pembinaan lif di Pasar Umum yang kini sedang berjalan lancar dan akan siap sepenuhnya pada masa terdekat ini adalah projek di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sandakan; sebelum saya menjadi Ahli Parlimen Sandakan,” tegas V.K.Liew lagi.

Kata V.K.Liew lagi, walaupun lif berkenaan sudah siap sepenuhnya tetapi jika belum mendapat Sijil Operasi (Certificate of Operation) daripada Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di samping tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh pihak JKKKP, pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak dibenarkan menjalankan operasi lif tersebut.

“Jadilah parti pembangkan yang rasional dan tidak menghentam secara membabi buta. Mereka hanya pandai bercakap tapi apa yang mereka buat untuk rakyat, sekadar air liur meleleh sahaja. Rakyat tidak menyokong tindakan sia-saia mereka,” jelasnya lagi.

Tegas V.K.Liew, beliau ingin mengimbau kembali sejarah hitam semasa pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, terutama peristiwa calon PKR, Haji Ansari Abdullah terjatuh sebanyak dua kali dari atas jambatan di kampung Gas.

“Kenapa PKR tidak membaiki jambatan tersebut sehingga ke hari ini dan kenapa PKR mahu menunggu peruntukan daripada kerajaan? Di mana letaknya maruah parti pembangkang kononnya mahu membela nasib rakyat sedangkan untuk mengganti dua tiga keping papanpun amat kepayahan,” ujar V.K.Liew kepada Sabahkini.Net, kelmarin.

Tegas V.K.Liew, pembangkang tidak harus menyalahkan pemimpin BN secara terburu-buru jika sesuatu projek tidak beres, terutama berhubung lif Pasar Umum Sandakan dan projek pembangunan lain di daerah ini.

“Sebaiknya sahaja mantan Ahli Parlimen Sandakan, Chong Hon Min menghentam habis-habisan melalui Media Sabahkini.Net, kira-kira 4 bulan yang lalu; projek yang tergendala sebentar kerana menunggu peralatan yang di kirim dari luar negara sampai. Namun sebulan kemudian, projek tersebut berjalan semula dan kini projek lif akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini,” kata V.K.Liew lagi yang menganggap ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu hanya sekadar mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian rakyat.

No comments:

Post a Comment