Wednesday 24 August 2011

KENAPA TIDAK SUARAKAN DI DUN?



Saudara Pengarang,

SEBAGAI pengundi berdaftar, saya ingin meminta jasa baik semua wakil rakyat di kawasan Sandakan iaitu Datuk Peter Pang; Datuk Raymond Tan; Au Kam Wah; Datuk Shamsudin Yahya dan Datuk Zakaria Edris supaya bertanya kepada Ketua Menteri Sabah, bilakah janji projek menaiktaraf Lapangan Terbang Sandakan dapat ditunaikan?

Isu ini perlu dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung sekarang.

Sedikit masa lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pernah mengumumkan kelulusan projek ini bernilai RM110 sejak Rancangan Malaysia Kesembilan.

Namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan proaktif dibuat sehingga semua Wakil Rakyat di Sandakan menerima kutukan pengundi, termasuk saya.

Salam Hormat,

STEVE-PENAGIH JANJI

24 comments:

  1. harap janji untuk naiktaraf lapangan terbang Sandakan akan dilaksanakan segera.

    ReplyDelete
  2. mungkin ada masalah...namun penjelasan harus diberikan..ini bagi mengelak salah faham atau provokasi dari pihak tertentu.

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ajukan soalan ini. Jika tidak sampai bilapun kita tidak akan mengetahui status lapangan terbang di Sandakan.

    ReplyDelete
  4. setuju dengan mike, sebaiknya penjelasan diberikan bagi mengelak daripada isu ini dimainkan.

    ReplyDelete
  5. pekara ini pasti akan mampu diselesaikan dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  6. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya. Harap alasan yang diberikan dapat diterima.

    ReplyDelete
  7. di mana perginya RM110j yang telah diluluskan untuk projek lapangan terbang tu?

    ReplyDelete
  8. jika projek tersebut lewat untuk dilaksanakan atau tidak dapat dilaksanakan, sebaiknya perlu ada perjelsan agar rakyat tidak tertunggu2.

    ReplyDelete
  9. Jika isu ini tidak diselsesaikan dengan segera tanpa memberi sebarang penjelasan, ianya hanya membuka ruang kepada pihak lain untuk membuat spekulasi dan provokasi.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya peruntukan untuk projek ini benar2 ada ataupun tidak?

    ReplyDelete
  11. peruntukkan sudah pun diumumkan..jadi sekarang hanya tunggu masa yang sesuai untuk melaksanakannya..

    ReplyDelete
  12. dan rasanya ada isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding dengan isu naiktaraf lapangan terbang sandakan seperti bekalan air bersih...isu ini yang memerlukan perhatian segera..

    ReplyDelete
  13. Janji yang dibuat harus ditunaikan segera. Kalau tak mampu, bagitaulah jadi tak juga rakyat ternant-nanti.

    ReplyDelete
  14. Jadi sebaiknya penjelasan diberi dan biar rakyat tenhtukan s/ada mahu percaya atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  15. Apapun, jangan pula gara-gara tumpukan hal ini, isu lain yang lebih penting terabai pula:P hihi

    ReplyDelete
  16. Diharapkan penjelasan akan diberikan mengenai isu lapangan terbang tersebut.

    ReplyDelete
  17. Wakil rakyat sepatutnya berusaha membawa isu-isu di DUN dan bukan senyap-senya sahaja.

    ReplyDelete
  18. ketika pengumuman itu dibuat, Datuk Abdul Rahim tidak menyatakan secara terperinci bila projek itu akan bermula selain mengatakan ianya akan dimulakan dalam tepoh dua tahun. mungkin terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan atau mungkin penyediaan pelan reka bentuk kerja naik taraf perlu mengambil masa yang lama.

    ReplyDelete
  19. Ini janji lama, harap ditunaikan sepenuhnya oleh kerajaan. Naik tarafkanlah lapangan terbang Sandakan ini.

    ReplyDelete
  20. harap KM dapat memberi penjelasan secepat mungkin sebaik-baiknya sebelum PRU akan datang untuk mengelakkan 'hilang percaya' dari rakyat

    ReplyDelete
  21. harap janji projek menaiktaraf Lapangan Terbang Sandakan ini dapat ditunaikan secepat mungkin

    ReplyDelete
  22. tanggungjawab sebagai wakil rakyat mestilah dijalankan dengan adil dan bijaksana demikian juga peranan sebagai KM.

    ReplyDelete
  23. Rakyat harus bijak mengundi dalam PRU akan datang. Undilah calon yang betul-betul jujur, boleh mewakili rakyat untuk menyuarakan isi hati rakyat tanpa gerun dan juga mampu membangunkan tempat diwakili.

    ReplyDelete
  24. Kerajaan kenalah bertindak kerana mereka telahpun diamanahkan untuk memantau masalah dan memberi bantuan untuk keperluan rakyat.

    ReplyDelete