Oleh: MEDIA PUTERI UMNO TENOM
SERAMAI 20 orang anak anak yatim dan daif merasa gembira kerana kehadiran golongan itu bukan sahaja dihargai malah diajak bersama-sama dengan Pergerakan Puteri Umno Tenom membeli belah di Pasaraya Rakyat, Lot 10, dekat sini pada Ahad ketika program Shopping Raya.
Mengetuai program itu Ketua Pergerakan Puteri Umno Tenom, Innahwaty Jaini dengan kerjasama Pusat Zakat Negeri Sabah memulakan operasi itu bermula daripada jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah hari.
Innahwaty ketika ditanya berhubung sumber dana yang menaja program tersebut beliau berkata, pihak Pusat Zakat Negeri Sabah menaja 12 orang manakala selebihnya seramai 8 orang ditaja oleh tabung Pergerakan Puteri Umno Tenom.
Tegasnya lagi, aktiviti seumpama itu berjalan setiap tahun dan merupakan kali ke-3 termasuk tahun ini (2011) telah dilakukan oleh pergerakan itu kerana pada dahulunya bergabung di peringkat zon, namun pada kali ini dibuat menerusi bahagian.
MEMORI…. Kelihatan anak anak yatim dan daif bergambar beramai-ramai bersama Datuk Raimie dan Puteri Umno di Tenom.
“Matlamat kita ialah untuk memberi peluang kepada anak anak yatim dan keluarga daif berkesempatan berkongsi kemeriahan sesama kita menikmati suasana menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang hanya tinggal beberapa hari lagi,” tegas Innahwaty.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi diberi penghormatan untuk menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan keluarga daif selepas membeli belah dalam program tersebut.
No comments:
Post a Comment