Monday 29 August 2011

SIAPA GELAPKAN GERAN 07126503?



Oleh : MEDIA PAS

PAS Kawasan Batu Sapi yang dipimpin oleh Hj. Hamzah Abdullah telah berkesempatan menziarahi mangsa kebakaran Kg. Karamunting Baru serta menghulurkan bantuan berupa wang zakat dan derma dari beberapa individu kepada keluarga-keluarga yang terlibat.

Bagi pihak PAS Negeri Sabah, beliau merakamkan perasaan simpati dan turut merasa sedih diatas ujian dari Allah s.w.t. apatah lagi musibah berlaku di bulan Ramadhan dan bakal menjelangnya AidilFitri.

Beliau seterusnya meminta mangsa kebakaran agar terus bersabar dan meguatkan azam bagi menghadapi hari-hari depan. Bagi pihak PAS Negeri Sabah, beliau berikrar akan terus mendesak Ketua Menteri Sabah agar mengotakan segala janji-janji yang telah ditabur untuk segera menempatkan penduduk Kg. Karamunting di kawasan berhampiran Kem Pengakap, di Batu 4, Taman Indah.

"Saya tahu, kelulusan tanah untuk menempatkan penduduk Kg. Karamunting telah pun diluluskan lebih 15 tahun lalu dengan geran bernombor 07126503, tetapi atas muslihat tertentu, kawasan ini telah digelapkan dari pengetahuan umum!” kata Hamzah dengan nada kesal.

No comments:

Post a Comment