SALAM ……..Musa bersalaman dengan umat Islam di Kota Belud sejurus beliau tiba di daerah itu kelmarin.
Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman amat yakin daerah Kota Belud akan terus membangun pesat setanding seperti daerah lain di negeri ini.
Menurutnya, kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional sedang dalam usaha membangunkan pelbagai potensi yang ada daerah ini.
Katanya, perancangan yang dirancangkan sekarang oleh pihak kerajaan merupakan keutamaan bagi memastikan rakyat di kawasan ini terus menikmati kemajuan .
“Pembangunan projek Agro-politan menerusi projek jelapang padi, pembangunan pelancongan dengan pembinaan hotel dan resort bertaraf lima bintang serta beberapa industri yang akan dibawa masuk ke daerah ini sudah pastinya akan dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat di daerah Kota Belud.”
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama Umno Zon 1, Kota Belud, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu yang diadakan di masjid pekan Kota Belud, baru-baru ini.
Musa yang juga Ketua Perhubungan Umno Negeri Sabah turut yakin rakyat di Kota Belud akan bergerak seiringan dengan pihak kerajaan bersama membangunkan daerah itu demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
Hadir sama pada majlis itu antaranya Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin; Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said; Ketua Bahagian Umno Tuaran, Datuk Hajiji Noor; Ketua Bahagian Umno Kudat, Datuk Bolkiah Ismail; Ketua Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda. Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli; Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna; Datuk Herbert Timbun Lagadan serta para pemimpin negeri dan setempat yang lain.
No comments:
Post a Comment