Wednesday 24 August 2011

ENIGMA ISU LETAK KERETA SIM SIM



BAHAYA.....Beginilah keadaan di sepanjang Jalan Raya Sim-Sim yang berbahaya kerana kenderaan diletakkan di bahu jalan saban hari.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MASALAH tempat letak kereta di perkampungan Sim-Sim Berhala Darat, Sandakan yang sekian lama dihadapi akan kita segera atasi agar kerumitan tidak berpanjangan sehingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Bagaimanapun kita sedang meneliti dengan lebih terperinci untuk mencari tapak yang lebih sesuai dan konsisten untuk dijadikan tempat letak kereta bagi kemudahan orang kampung ini, khususnya penduduk Sim-Sim.

“Tetapi masalahnya di Kampung Sim-Sim amat sukar untuk mencari kawasan mahupun tempat letek kereta kerana di sebelah kiri berbukit dan di sebelah kanannya pula kawasan perumahan pinggir laut,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong semasa lawatannya ke kampung berkenaan kelmarin.

Bagaimanapun V.K.Liew berjanji akan mencari jalan alternatif untuk mengatasi masalah tempat letak kereta ini setelah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam masa terdekat ini.

V.K.Liew turut memperingatkan agar semua penduduk kampung Sim-Sim agar tidak menunggang motorsikal di atas jambatan konkrit yang baru siap dibina kerana amalan demikian membahayakan semua pihak.

“Sebaiknya sorong sahaja motorsikal yang ingin diletakkan di rumah kerana jika diletakkan di tepi jalan akan dicuri. Kita kerana jalan keselamatan semua oihak yang menggunakan jambatan konkrit ini yang sempit ini dibuat hanya untuk pejalan kaki, bukan untuk motorsikal,” ujar V.K.Liew lagi.

No comments:

Post a Comment