Monday 15 August 2011

JAGA KEHARMONIAN DAN KESTABILAN LDP



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI-AHLI Parti Liberal Demokratik (LDP) di peringkat Cawangan, Bahagian dan Akar Umbi diseru supaya menanamkan semangat jati diri yang kental dalam meningkatkan perjuangan LDP agar mantap, selari semangat dengan parti-parti komponen BN yang lainnya.

Kerjasama dan semangat setia kawan dalam parti yang dianggotai adalah amat penting kerana ia menjurus kepada kewujudan perpaduan dan kestabilan dalam menikmati keharmonian yang kekal.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Kiong berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 21 tahun parti LDP bagi 6 Bahagian kelmarin.

“Saya mahu ahli-ahli LDP harus bekerja keras dan mengemaskinikan jentera masing-masing kerana pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir dan bila-bila saja akan diadakan dari sekarang,” tegas Liew.

Kerja sama yang intim dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti UMNO, GERAKAN, MCA, PBS, UPKO, MIC dan PBRS adalah penting kerana parti-parti yang berada di lingkungan kawasan Parlimen Sandakan sudah semestinya turut bekerja keras bagi membantu dan memastikan calon-calon BN yang bertanding di satu-satu kawasan,” ujarnya.

Katanya lagi, hanya BN sahaja yang mampu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara ini sesuai dengan konsep perkongsian kuasa dalam mentadbir pemerintahan negara.

“Saya meminta kepada masyarakat Cina, khususnya ahli-ahli LDP agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang yang sengaja dilemparkan oleh musuh kita, iaitu parti pembangkang yang cuba menarik perhatian dan sokongan rakyat,” tegas Liew.

Mesyuarat Agung bagi 6 Bahagian parti LDP yang diadakan di Ballroom Hotel Sanbay Sandakan telah dihadiri lebih 2,000 ribu orang dan termasuk rakan-rakan daripada parti-parti komponenan lainnya.

No comments:

Post a Comment