Thursday 25 August 2011

JALAN KE SRI HARAPAN, JKR TIDAK BOLEH DIHARAP



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KEROSAKAN Jalan Raya di kawasan sekitar Rumah Orang Tua, Sri Harapan, Batu 5 Jalan Sibuga, Sandakan sejak sekian lama tidak diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya kini menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna setempat.

Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Amal Cheshire Home Sabah-Sandakan, Peter Chong Thai Moi (gambar sisipan) berkata, pihaknya sudahpun menghubungi JKR berkaitan masalah tersebut, tetapi sehigga kini tiada sesiapa yang mempedulikan kerosakan jalan tersebut.

“Jalan ini berlubang-lubang. Kalau hujan, jalan ini dipenuhi air dan kalau hujan tidak sampai dua jam, jalan ini akan dilanda benjir kilat sedalam dua kaki,” kata Chong sejurus selepas menghadiri mesyuarat persatuan tersebut, kelmarin.

Bagi pihak Persatuan Cheshire Home dan penduduk Warga Tua Sri Harapan, Chong sekali lagi merayu kepada JKR agar melaksanakan kerja-kerja naik taraf jalan tersebut kerana amat penting dan merupakan satu-satunya jalan ke Sri Harapan.

No comments:

Post a Comment