Sunday 21 August 2011

NKRA BUKAN OMONG KOSONG



BANTUAN…Lajim ketika menyampaikan sumbangan peribadinya kepada wakil penerima bagi golongan sasaran yang menerima bantuan dari beliau.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PENDUDUK di sekitar kampong Laba, Kekuro, Layung dan sekitarnya mampu melonjakkan taraf siso ekonomi mereka seharian apabila jalanraya sejauh 7.5 kilometer yang menghubungkan Kota Klias, Laba, Kekuru dan Layung sesiap sepenuhnya akhir tahun depan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempaatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, berkata projek yang sedang dalam pembinaan ketika ini menelan kos RM12 juta merupakan antara projek pembangunan yang ditunggu sejak sekian lama oleh penduduk di kampong tersebut kini menjadi kenyataan.

Menurut beliau dengan siapnya kerja kerja menaik taraf jalanraya tersebut ianya akan bukan sahaja merubah landskap pembangunan di kawasan ini, sekali gus merancakkan lagi aliran ekonomi masyarakat sekitar.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha menaik taraf jalan raya itu selaras dengan usaha kerajaan dalam memastikan masyarakat umum mendapat kemudahan.

“Perlaksanaan projek tersebut juga selari dengan pelaksanaan projek infrastruktur asas luar bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika berucap di majlis ziarah Ramadan dan program berbuka puasa bersama penduduk kampong Laba, Beaufort, Sabah, petang kelmarin.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Beaufort Jupry Etok, Pengerusi Penyelaras (MAYANG) Parlimen Beaufort Hajah Johir Matlani serta pemimpin masyarakat tempatan

Mengulas lanjut, Lajim berkata, isu menaik taraf jalan raya di beberapa buah kampung di kawasan ini merupakan isu yang sering diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN) dan kini semuanya sudah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan masyarakat.

Menurut beliau, ia jelas sekali menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan dan kehendak rakyat, sekali gus mengotakan janji yang dinyatakan sebelum ini.

“Tidak ada pihak terutamanya daripada parti pembangkang yang mampu melaksanakan pembangunan seperti dilakukan oleh kerajaan BN. Sebaliknya mereka hanya pandai memutar belitkan isu, namun gagal melaksanakan apa yang mereka suarakan,” katanya.

Di majlis tersebut Lajim juga turut menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin, kurang upaya, ibu tunggal dan anak yatim juga sumbangan kewangan untuk tabung masjid dan surau di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment