Saturday 27 August 2011

PENDUDUK KUNAK SAMBUT AIDILFITRI DI AFRIKA?



Saudara Pengarang,

PENDUDUK di kampung Simpang Empat di Kunak semakin 'tertekan' kerana bekalan air bersih di kawasan itu sering terputus setiap hari sejak lebih seminggu lalu. Ada ketikanya, mereka hanya memperoleh bekalan air paip selama sejam dalam sehari (yakni pada waktu malam antara jam 7 hingga 8 malam).

Situasi itu amat merumitkan lebih-lebih lagi perayaan Aidilfitri akan disambut dua atau tiga hari lagi. Lebih menyedihkan bekalan air paip terlalu rendah (Low-pressure) di kawasan perumahan dan surau di kampung tersebut menyebabkan tangki simpanan air di rumah tidak dapat dipenuhkan.

Musim kering yang berlaku ketika ini juga menyebabkan tangki simpanan air di rumah menjadi 'kosong'.

Perkara ini sudah berulang kali diajukan kepada Jabatan terlibat dan aduan juga telah disiarkan menerusi media (cetak dan online) namun tidak ada perubahan ketara yang positif dilakukan oleh pihak-pihak terlibat termasuk Jabatan Air, dan juga konsesi pembekal air (Loji rawatan Lahad Datu Water Supply).

Menjadi merumitkan lagi, penduduk atau individu yang kebetulan tidak berada di rumah ketika bekalan air disalur antara jam 7 hingga 8 malam sehingga mereka tidak dapat menakung air bersih di rumah mereka.

Sungguh menghairankan, meskipun Loji rawatan telah siap sepenuhnya dan beroperasi dengan upaya membekal air sehingga 18 juta liter sehari (MLD), masalah ketiadaan air bersih di kampung terbabit terus berlanjutan, sama seperti dua dan tiga tahun lalu.

Mungkin agak memalukan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila seorang penduduk Kampung Cenderawasih Kunak bertindak kencing di dalam botol dengan memberi amaran untuk mengirim kencing kepada Perdana Menteri jika masalah air tidak selesai.

Mungkinkah kami terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan kering kontang seperti rakyat Afrika yang bertahan di tanah gersang demi untuk meneruskan kehidupan berulamkan janji demi janji kerajaan BN untuk mengatasi isu bekalan air di Kunak?

Salam Kekontangan Air Ketika Sambutan Aidilfitri.

IBRAHIM TABIR

Setiausaha Rukun Tetangga (RT)

Kg.Simpang Empat, Kunak.

10 comments:

  1. Bila lagi kerajaan akan menyelesaikan masalah ini?

    ReplyDelete
  2. Bekalan air bersih adalah keperluan asas, mana boleh tiada bekalan air. Harap kerajaan akan memastikan masalah ini ditangani segera.

    ReplyDelete
  3. masalah bekalan air yang membelenggu Kunak perlu diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  4. harap masalah bekalan air yang berlaku ini akan diatasi dengan segera..

    ReplyDelete
  5. Dalam sehari sejam saja ada air?? Teruknya. Macam mana penduduk kg tu menjalani kehidupan sehari-hari mereka.

    ReplyDelete
  6. "Perkara ini sudah berulang kali diajukan kepada Jabatan terlibat dan aduan juga telah disiarkan menerusi media (cetak dan online) namun tidak ada perubahan ketara yang positif dilakukan oleh pihak-pihak terlibat termasuk Jabatan Air, dan juga konsesi pembekal air (Loji rawatan Lahad Datu Water Supply)".

    Keras dan kebal. Sudah dikomplen pun masih lagi tiada tindakan.

    ReplyDelete
  7. Ala, mungkin ada la ba tu yg rosak...mungkin ada orang curi paip ka, curi air ka...mana juga kita tau kan?

    Sabar, berhari raya juga kamu tu...air berjuta2 gelen datang semua untuk kamu...

    ReplyDelete
  8. kemungkinan masalah tersebut bukan berpunca dari loji rawatan. ada benarnya juga kata dave. mungkin masalah perpaipan atau ada orang yang mencuri air. apapun, perlu periksa dulu punca sebenarnya baru tindakan pembaikian dapat dijalankan.

    ReplyDelete
  9. mungkin pengadu patut bantu Jabatan Air menyelesaikan masalah air ini.. sekiranya masalah disebabkan oleh tekanan air rendah, mungkin pengadu ada cara lain yang boleh menyelesaikannya masalah ini sekelip mata..

    ReplyDelete
  10. Mungkin penjelasan sudah diberikan berhubung masalah ini. Jadi tidak perlu lagi dibangkitkan isu ini. Pihak berkuasa perlulah memastikan masalah ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete