Sunday 28 August 2011

SMK ARSHAD TUTUP KES GURU DERA MURID?



Oleh : AGNES LIEWPIN

MURID Tingkatan 2, SMK Arshad Kota Belud, Mohd Shafiq Bin Johardi datang menemui saya bersama ibubapanya memohon keadilan di atas perlakuan ganas seorang guru yang memukulnya tanpa usul periksa pada 25 Ogos lalu.

Bapa Mohd Shafiq telah pun membuat laporan polis dan juga membuat pemeriksaan kesihatan, tetapi amat kesal dengan pentadbiran sekolah kerana gagal memberi penjelasan yang munasabah berhubung insiden yang berlaku ke atas anaknya yang menerima hukuman malang.

Menurut pengakuan Mohd Shafiq, insiden ini membuatkan beliau trauma dan mengalami kemurungan dan merasa takut untuk ke sekolah walaupun telah mengadu kepada Pengetua SMK Arshad, Latifah Mustakim.

Malangnya Latifah hanya menjelaskan bahawa guru yang mendera Mohd Shafiq mengalami tekanan peribadi dan tidak mengambil sebarang tindakan setelah guru tersebut menyelesaikan kes berkenaan dengan ‘merasuah’ Mohd Shafie dengan wang RM200 yang dimasukkan ke dalam sampul Angpau melalui Guru Disiplin.

Wang tersebut dibawa balik dan diserahkan Mohd Shafiq kepada ibu bapanya, tetapi mereka enggan menerimanya dan bersedia untuk menyerahkan bukti berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Lembaga Disiplin Jabatan Pelajaran Malaysia.

Mengikut laporan yang diterima, banyak kes berlaku di sekolah ini tetapi telah disembunyikan oleh pihak sekolah; terutama kes buli yang dilakukan orang luar yang menceroboh masuk ke sekolah, mencari murid yang mahu didera, sehingga murid yang terlibat trauma dan tidak mendapat pembelaan sepenuhnya daripada pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment