Saturday 24 September 2011

PEGAWAI ‘SAMPAH’ DI LEMBAGA BANDARAN KUDAT?



Saudara Pengarang,

SLOGAN “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” seharusnya ditukar kepada “Rakyat dikebelakangkan; Pemimpin, Keluarga Serta Kroni Didahulukan” oleh kepimpinan Barisan Nasional, khususnya Umno.

Untuk makluman pembaca, jawatan bagi Pegawai Penguatkuasa Lembaga Bandaran Kudat yang sebelum ini kosong telah diberikan kepada seorang yang hanya memegang Diploma Teknologi Maklumat daripada salah sebuah Kolej Swasta yang berdaftar di Sabah.

Pegawai ‘Sampah’ yang dimaksudkan adalah Cik Mariani Binti Datuk Masrani Parman (Mantan Adun Pitas). Yang menghairankan kerja tersebut telah diberikan kepada Mariani tanpa melalui proses temuduga ataupun tanpa diiklankan kekosongan jawatan tersebut.

Perlantikan Mariani dibuat selepas pertemuan di antara Datuk Masrani Parman dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Hj Nor kerana Lembaga Bandaran Kudat berada di bawah jurisdiksi kementerian yang diterajui Datuk Hajiji.

Dengan gred gaji pegawai sehingga mencecah hampir RM3,000 ke atas bagaimana mungkin seorang yang hanya memegang Diploma Teknologi Maklumat dilantik ke jawatan yang hanya layak diisi oleh pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ataupun yang setaraf.

Untuk mendapatkan kerja bertaraf pegawai tersebut, sepatutnya banyak prosedur yang mesti dikuti oleh Kerajaan, terutama sekali proses temuduga agar peluang sama rata dapat dikecapi oleh penganggur yang memiliki Ijazah Sarjana muda yang berlambak di pasaran.

Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerajaan Perumahan Dan Tempatan sepatutnya bertanggung jawab penuh berhubung perkara ini; apatah lagi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya menyiasat perlantikan songsang ini bagi meningkatkan kredibiliti, akauntabiliti dan akreditasi Lembaga Bandaran Kudat yang dipenuhi ramai ‘Pegawai Sampah’ (tidak berkelayakan) melalui lantikan politik.

Sebelum ini, Lembaga Bandaran Kudat (LBK) telah melantik dua orang anak Mantan Pegawai Eksekutif LBK (Ariff Abdullah), seorang daripadanya perempuan, Sufra Binti Ariff, sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa (Jawatan yang ditawarkan dalam Iklan ialah Lelaki); tambahan pula salah seorang pegawai penemuduga ialah ibu tiri Sufra!

Sebagai salah seorang penyokong Umno dan Barisan Nasional serta penganggur yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, saya amat berdukacita kerana masalah kronisme dan nepotisme masih menebal di kalangan pemimpin Umno Sabah. Saya terpaksa memikirkan semula sokongan saya terhadap Umno selepas ini.

Pengadu Malang.

AHMAD BIN ISMAIL

Warga Jati Kudat.

1 comment:

  1. Sungguh mengecewakan.. Masalah nepotisme-kronisme ini berleluasa di mana2 organisasi kerajaan yang kepalanya adalah ahli politik dari kalangan ahli UMNO-BN. Very corrupted people.

    Hal sebegini pernah juga diceritakan kepada sy oleh seorang kakitangan di LBK [kenalan kepada bapa sy] selepas dia tahu sy lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Alam Sekitar, yang sesuai untuk menjadi seorang Inspektor Kesihatan atau bahagian yang berkaitan dengan pengurusan Bandar [praktikal di JKPB DBKK].

    Sy lewat kembali ke Kudat [selepas tamat kontrak di Tenom] dan kekosongan tersebut telah diisi oleh seorang perempuan..

    -Anak Jati Kudat-

    ReplyDelete