Monday, 19 September 2011

“TAMAN SABAH! KAMI JUGA BOLEH MAIN-MAIN!”



Oleh : MEDIA LCF-TSMP

“Kalau Taman Sabah main-main sama kami, kami juga akan main-main sama Taman Sabah,“ kata seorang pewaris, Hj. Sulaiman sebagai timbal balas daripada asakan dan desakan Lembaga Taman Sabah terhadap para pewaris Taman Marin Tun Sakaran di Semporna yang dilarang menangkap ikan dan mengusahakan akuakultur di kawasan yang telah diwartakan.

Menurut Hj Sulaiman, atas Dasar dan melindungi Hak Bumiputera dan Mempertahankan Hak adat Istiadat Masyarakat Bajausuluk dari Daerah Semporna yang telah mewarisi pulau-pulau Warisan serta lautannya sejak ratusan tahun, kami Para Pemilik Tanah, Para Waris dan Penghuni Taman Marin Tun Sakaran dengan ini ingin memaklumkan Pengurusan Taman Sabah bahawasanya :

Perjanjian Lisan di antara Taman Sabah dan Waris Pulau-Pulau Semporna pada 2002 ini telah menjadi pegangan dan keputusan serta ketetapan waris LCF-TSMP telah dibuat kelmarin.

Menurut Hj Sulaiman, Pengerusi LCF-TSMP, Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh dalam Forum Khas Komuniti Taman Marin Tun Sakaran yang dipengerusikannya pada 18 September 2011 telah membuat keputusan dan ketetapan seperti di bawah ini :-

Enam Ketetapan diputuskan oleh LCF-TSMP :

1. Meminta supaya Sabah Park di TSMP menghentikan semua aktivitinya di dalam TSMP dengan serta merta sebelum merujuk kepada waris dan Undang-Undang Pengwartaan dilaksanakan.

2. Meminta semua pembangunan dan Pejabat Sabah Park di Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan dirobohkan dalam masa 2 minggu.

3. Meminta Kerajaan melaksanakan menguatkuasakan Undang-Undang Pewartaan Tun Sakaran Marin Park di bawah Ordinan & Enakmen Penubuhan Taman Sabah 2004 di bawah Perkara 1, 2, 3, 4, 5 & 6 (Warta Negeri Sabah).

4. Semua Pemilik dan Waris Taman diminta mengabaikan peraturan yang dikeluarkan Pihak Pengurusan Sabah Park dan tidak mematuhi arahan merobohkan kawasan kereka Sehingga Undang-Undang Pengwartaan dilaksanakan.

5. Melarang Pihak Pengurusan Taman membenarkan Bot Bot Pelancong dari Luar Taman dan bukan pemilik memasuki TSMP termasuk larangan Kakitangan Sabah Memasuki Tanah-Tanah Waris serta Hak Hak NCR di dalam TSMP dengan serta merta.

6. Membatalkan semua Zon Zon Larangan yang dicadangkan dengan sertamerta dan meminta Pemilik, waris serta Pemilik Hak NCR di laut TSMP tidak mematuhi semua peraturan sehingga Undang-Undang Pewartaan dilaksanakan.

Tindakan dan keputusan ini, kata Hj Sulaiman, dibuat adalah disebabkan pihak pemilik Tanah, Waris dan Penghuni Taman Marin Tun Sakaran tidak pernah dibawa berunding dalam perlaksanaan dan kuatkuasa peraturan oleh Pihak Pengurusan Taman Sabah.

Jesteru itu pihak LCF-TSMP yang mewakili Para Pemilik Tanah, Pewaris dan Penghuni Taman Marin Tun Sakaran telah membuat ketetapan itu sebelum Undang-Undang Pewartaan dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti mana dijanjikan dalam pewartaan Taman pada 2004.

Dalam mesyuarat yang berlangsung kelmarin, semua Pewaris dari 8 buah Pulau iaitu Pulau Sebangkat, Pulau Sibuan (Sibuun) , Pulau Selakan, Pulau Maiga, Pulau Tatagan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Gaya (Pulugaya), Pulau Mantabuan (Silangau) telah diwakili oleh wakil masing masing bagi membuat ketetapan itu.

Manakala wakil dari dari Pulau Sebangkat, Ismail Khatib Gupurani, Al Konso Hj. Abdul Salleh dan Mamat Balhana turut hadir bagi mewakili pulau berkenaan, Maiga Haji Sulaiman bersama dua orang, Sibuan, Mohd. Noor Im.Jiarah dan dua orang wakil dari Bohey Dulang, Jaluddin dan Julumuddin bersama dua wakil dan Pulugaya Musalkalim dan Basanuddin.

LCF-TSMP adalah wakil dan suara Pemilik Tanah, Waris NCR dan Penghuni TSMP kerana setiap pulau diwakili oleh tiga orang wakil dari pulau masing-masing disebabkan terdapat 26 geran tanah, 277 orang waris berdaftar dan 3,000 orang penghuni mengikut laporan sebelum diwartakan 2004.

Pihak LCF-TSMP juga sangat kesal dan kecewa dengan Pengurusan Taman Sabah yang tidak pernah memanggil waris untuk berbincang sejak 2005 selain membuat arahan atau tindakan bersendirian tanpa merujuk kepada para waris yang jelas mempunyai hak terhadap Ordinan/Enekmen Pengwartaan Taman berkenaan.

Pihak LCF-TSMP juga meminta Taman Sabah jangan lagi mengeluarkan peraturan atau penguatkuasaan sehingga semua hal-hal yang berbangkit dapat diselesaikan.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan beberapa Persatuan Pengerusi Nelayan Kawasan dari Tawau, Kunak dan Semporna dan Pegawai LKIM, Ketua Ketua Bahagian Penaja USNO dari Dun Senallang dan Sulabayan serta Penyelia Mukim DUN Bugaya yang bertindak sebagai pemerhati.

Sementara itu, Setiausaha LCF-TSMP, Salleh Hj. Abdul Salleh dan Timbalan Pengerusi LCF-TSMP Mohd. Noor Imam Jiara diminta supaya memaklum ketetapan ini kepada pihak yang berkenaan secara rasmi.

No comments:

Post a Comment