Oleh : YUSPIN M
KETIADAAN kasut ketika meniti arus persekolahan di zaman silam mungkin menyedihkan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi; namun hatinya terkesima apabila melihat salah seorang penduduk terkinja-kinja melompat kijang kerana kaki palsunya tidak lagi sesuai dan belum berganti.
“Kehilangan sebelah kaki bukanlah sesuatu yang indah untuk diperkatakan; apatah lagi setelah kaki palsu yang diberikan Jabatan Kesihatan tidak lagi sesuai kerana usianya semakin meningkat menyebabkan pergerakannya terbatas,” kata Raime ketika melawat Ampiang Ambuang setelah dimaklumkan pegawainya.
Menurut Raime, beliau akan berusaha agar Ampiang mendapat kaki palsu yang sesuai bagi membolehkan beliau bergerak bebas dan bekerja.
“Tempahan kaki palsu yang sesuai memerlukan sedikit masa dan dalam masa yang sama kita akan berikan tongkat yang sesuai sementara menunggu kaki palsu yang ditempah sampai untuk ujian dan pengubahsuaian,” kata Raime yang tidak menolak kemungkinan akan membantu Ampiang menjadi belia OKU yang berdikari.
Dalam pada itu, Ampiang ketika ditemui Sabahkini.net, melahirkan rasa amat terharu dengan kunjungan mengejut Raime.
“Inilah kali pertama saya menerima kunjungan daripada VIP dan tidak sangka beliau begitu prihatin dan bersungguh-sungguh mahu membantu saya. Terima Kasih atas kunjungan mulia ini,” kata Ampiang yang tidak sabar mendapat kaki palsu baru.
No comments:
Post a Comment